KUALA
LUMPUR 15 JAN: Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dua artikel diterbitkan Utusan
Malaysia bersifat berhubung temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan
BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan
bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman
dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.
Panel hakim memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada
responden, dan mahkamah turut menolak permohonan Umno untuk mencelah
dalam rayuan itu,
Dua panel lagi ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.
Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu
(M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal
mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen
yang adil dan keistimewaan bersyarat.
Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut
RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel
dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya
dengan BBC.
Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran
beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai
pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.
Dalam rayuan hari ini Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...