Menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti
terkenangkan Baginda Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan
mulia dilahirkan.
Sungguhpun
begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12
Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu
itu haruslah dingati sepanjang masa.
Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung
dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan.
Demikian dirumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan
manusia, dasar zalim dan bobrok.
Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari
Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan
dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita
jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal
selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...