KUALA LUMPUR 10 DIS: Penafian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
bahawa kenyataannya disalah lapor media hanya alasan meneruskan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST).
“Mustahil
akhbar yang dikawal Barisan Nasional (BN) akan mengeluarkan kenyataan
sedemikian jika tidak benar,” kata ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen
kepada Keadilandaily.
“Jika benar akhbar itu tersalah petik kenyataan, ambil tindakan terhadapnya,” katanya.
Pada 25 November akhbar The Star bertajuk ‘Najib: It’s either GST or
facing bancruptcy’ memetik Najib sebagai berkata, Malaysia perlu
melaksana GST jika mahu Malaysia menjauhi risiko muflis seperti negara
Greece jika terus meminjam wang.
Pada hari yang sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
sewaktu sidang Dewan Rakyat pula berkata, kedudukan kewangan negara
masih stabil.
Najib dalam satu majlis di Putrajaya semalam menafikan kenyataannya
yang mengatakan negara akan muflis jika GST tidak dilaksanakan.
Sebaliknya, dia mengatakan Malaysia berisiko menjadi seperti Greece
jika negara terus berbelanja tanpa mengambil kira jumlah pendapatan yang
dipungut.
“Jika
benar negara tidak akan muflis, tak payah laksanakan GST. Kedudukan
kewangan negara bukan bergantung kepada GST, sebaliknya cara kewangan
negara diuruskan,” ujar Wong Chen (gambar).
Mengikut anggaran Malaysia akan memungut tambahan pendapatan sebanyak RM26 bilion setahun apabila GST dilaksanakan.
“Apabila GST dilaksanakan, Najib dan BN akan dapat lebih banyak duit untuk belanja.
Duit yang banyak ini akan membuatkan mereka terus boros tanpa
mengurangkan hutang negara. Rakyat pula terpaksa menanggung beban,”
katanya
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...