KUALA LUMPUR 10 DIS: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam akuan bersumpahnya (SD) mendedahkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu peranan dimainkan Peguam
Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail dalam pemalsuan keterangan insiden
mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mat Zain dalam akuan bersumpahnya menyatakan beliau telah bertemu
Najib selama setengah jam yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan
Perdana Menteri di Putrajaya pada bulan Oktober 2008.
Menurut SD Mat Zain, pertemuan tersebut diatur oleh seorang ahli
perniagaan yang mempunyai hubungan akrab dengan Najib dan beberapa
pemimpin tertinggi Umno yang lain.
Mat Zain (gambar) mengesahkan kepada Najib bahawa
kejadian pemalsuan keterangan laporan perubatan yang diadukan oleh Anwar
memang benar berlaku dan terdapat dokumen- dokumen untuk membuktikan
dakwaan Anwar.
Tambahnya, dalam pertemuan tersebut beliau mengesahkan kepada Najib
bahawa wujud komplot diantara Gani serta dua individu lain bagi
melakukan pemalsuan tiga laporan perubatan berkaitan kecederaan mata
lebam Anwar.
Lebih mengejutkan, di dalam akuan tersebut Mat Zain mendedahkan dalam
pertemuan tersebut Najib sendiri membuat beberapa komen menunjukkannya
seolah-olah tahu apa yang berlaku dan peranan dimainkan Gani Patail.
Mat Zain sebelum ini menyatakan, kerajaan gagal bertindak berdasarkan akaun bersumpah bertarikh 7 Oktober 2013 yang dibuatnya.
keadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...