Naib presiden PKR N Surendran berkata tokoh Malaysia yang paling layak
diumpamakan seperti tokoh anti perkauman Nelson Mandela adalah ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, Anwar merupakan pemimpin Melayu pertama yang memecahkan tembok perkauman dan membentuk kerjasama politik antara kaum.
"Buat
kali pertama, kita mendapat ahli politik Melayu dengan kewibawaan
kebangsaan dalam diri Anwar, yang berulang kali menyatakan 'jangan lihat
warna kulit rakyat, tapi lihat keperluan mereka',” katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, MP Padang Serai itu berkata ia menjadi intipati mesej Anwar sejah bertahun-tahun lamanya.
Surendran berkata, mesej berkenaan berjaya memecahkan cengkaman kaum Umno dan BN.
"Dalam konteks ini, perjuangan Anwar selari dengan perjuangan Nelson Mandela untuk menghentikan politik perkauman,” katanya.
Tambahnya,
Anwar juga berulang kali menyebut bahawa Pakatan Rakyat tidak akan
memburu pemimpin BN selepas berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
"Akan
ada suruhanjaya kebenaran dan perdamaian seperti di Afrika Selatan.
Perjuangan ini bukanlah mengenai balas dendam tetapi untuk menyelamatkan
negara,” katanya.
Katanya, seperti juga Mandela, Anwar turut
dikurung atas tuduhan yang diada-adakan dalam konspirasi politik untuk
menamatkan karier politiknya.
Kerajaan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...