KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam
negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh
ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul
Iskandar Mohd Akin.
Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan
(Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk
Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi
semalam.
Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan
melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md
Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.
“Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua
individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan
polis dengan segera”
“Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan
jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan
perubatan bagi tujuan menutup insiden ‘mata lebam’ terhadap Anwar pada
20 September 1998.
“Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan
penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan
Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu
kepada Singapura.
“Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di
dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu
Puteh,” kata Shamsul.
Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail.
“Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang
dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa
walaupun bertanggungjawab berbuat demikian.
“Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan,” kata Shamsul (gambar).
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...