Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Jumaat, Disember 06, 2013
Banjir satu ujian walau pahit - TGNA
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini, mengingatkan mangsa banjir supaya sentiasa bersabar dengan ujian tersebut, kerana baginya ujian daripada ALLAH itu kadang-kadang bertujuan untuk membersihkan dosa dan mengangkat darjat.
Jelas Nik Aziz yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kelantan itu, beliau sangat bersimpati dengan semua mangsa yang terlibat, dan berharap agar semua pihak dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terbabit, oleh yang demikian semua mangsa banjir diharap dapat bersabar sementara menunggu bantuan tiba.
“Saya membaca di dada akhbar bencana banjir di Kuantan,Pahang dan Kemaman Terengganu serta tempat-tempat lain, sangat-sangat simpati saya kepada semua mangsa yang terlibat.
“… apabila berlaku banjir, segala kepayahan terpaksa diharungi, bermula dari kemusnahan harta benda sehinggalah kepada kehilangan ahli keluarga.
“Harapan saya agar semua mangsa yang terlibat dapat bersabar dengan ujian ALLAH SWT. Semua pihak juga saya sangat-sangat harapkan agar dapat menghulurkan bantuan dalam kemampuan yang ada kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
“…sesungguhnya banjir adalah ujian daripada ALLAH SWT. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.
Memetik laporan baru-baru ini, banjir luar biasa telah melanda negeri Pahang dan Terengganu yang mana telah banyak mencatatkan kerosakkan harta benda.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...