KUALA LUMPUR 4 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyeru jabatan kerajaan dan pihak berwajib agar segera menghulurkan
bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.
“Jabatan dan semua harus bantu segera,” tulis Anwar dalam kenyataan ringkas di laman facebook beliau petang ini.
“Doakan kesejahteraan rakyat di kawasan yang dilanda banjir terutama Terengganu, Pahang dan Johor,” tambah Anwar.
Sementara itu, pejabat ahli parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri Semambu melancarkan Tabung Bencana Banjir.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun “Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota” di akaun 556 011 061 863 (Maybank)
Manakala sumbangan melalui akaun lain boleh dibuat ke “Pejabat ADUN Semambu” 5061 6420 6440 (Maybank).
Hotline bagi maklumat banjir boleh dibuat melalui pejabat ahli Parlimen Indera Mahkota di talian 019-9178086.
Sehingga semalam, banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000
mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah iaitu di
Kuantan, Rompin, Pekan dan Maran.
Manakala jumlah mangsa banjir di Johor dan Terengganu yang
dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat hari ini dengan masing-masing
mencatat 7,106 dan 3,486 orang.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan terbaru
melaporkan 1,072 pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang
ditenggelami air menyebabkan bekalan elektrik terputus membabitkan
62,907 pengguna sehingga jam 12 tengah hari ini.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...