ANTARA sebab utama kejatuhan kerajaan bekas Perdana
Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak
Lah ialah menaikkan harga minyak.
Pak Lah dilihat lemah apabila tidak dapat berbuat sesuatu dalam
membendung kenaikan harga minyak ini. Rakyat bangkit dan membenamkannya
dengan menafikan majoriti 2/3.
Sejarah ini haruslah menjadi ikhtibar yang berguna kepada Perdana
Menteri, Datus Seri Najib Tun Razak yang dilihat memang mahu ke lubang
yang sama dengan Pak Lah.
Dari segi politiknya Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah boleh
mula membayangkan memakai baju melayu hitam untuk mengangkat sumpah
sebagai perdana menteri yang baru.
Namun Muhyiddin perlu lebih efisien mengorak langkahnya agar tidak tersunggkur sebelum Najib benar-benar rebah.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad
berjaya mengekalkan kerajaannya kerana hampir keseluruhan zamannya
minyak hanya naik pada kadar yang sangat minimun.
Zaman emas inilah di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri
Kewangan. Mereka berdua sama sama menegakkan yang kebaikan ekonomi waktu
itu angkara masing masing.
Takpalah sapa yang bertanggungjawab asalkan rakyat yang memperolehi keuntungan.
Bagi pihak PR pula, inilah waktunya. Anwar yang pada waktu ini sudah agak sejuk perlu memasang kembali enjin ‘PMnya’.
Inilah masa yang agak sesuai untuk menghentam kerajaan Najib dan menyediakan laluan kepada pemimpin pelapis selepasnya.
Anwar sudah tidak releven untuk jawatan PM lagi jika PRU berlaku dalam
tempoh empat tahun lagi. Oleh itu Anwar perlu berjiwa besar menyediakan
tapak ke arah itu.
Pas sendiri perlu sedikit kuasa untuk menguasai pakatan. Kuasa itu mungkin hanya akan bangkit selepas muktamar ini.
NGO dan aktivis juga boleh memulakan sesuatu. Mungkin Bersih ialah
antara wadah yang paling berjaya setakat ini dalam menghimpunkan
manusia.
Namun dalam masa yang dekat ini satu NGO yang berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan perlu di lahirkan dan digagahkan.
Isu kenaikam ini agak menyentuh kesemua pihak. Ianya baru bermula
semalam. Kenaikan harga minyak ini mengundang kepada kenaikan barangan,
tiket atau tambang dan serba perkara lagi.
Kenaikan yang tidak seimbang dengan kenaikan gaji ini bisa menjadikan
rakyat lebih payah dan sakit. Hanya manusia yang payah dan sakit mampu
melawan.
Ayuh mulakan langkah masing masing! Perlawanan baru bermula.
Haji Joe Osama
Penyelaras SAMM Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...