Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, September 04, 2013

Dr M dan Anwar bakal berkongsi pentas?


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merancang untuk menampilkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seteru ketatnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pentas yang sama untuk meraih sokongan bagi membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ia dirancang sebagai acara kemuncak dalam siri 15 perhimpuna dan pidato umum dari 17 September di seluruh Malaysia.

Ia juga diadakan sempena kunjunga presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 11 Oktober.

"Kedua-dua tokoh ini lantang menggesa kerajaan menolak perjanjian TPP. Pada masa sama, mereka menuduh satu sama lain sebagai pro-AS.

"Oleh itu, kita berilah mereka peluang untuk mengenpikan ego dan politik domestik demi mempertahankan kedaulatan ekonomi negara,” kata pemimpin SAMM Badrul Hisham Shahrin dalam satu kenyataan.

SAMM berkata mereka telah menyediakan undangan bagi kedua-dua pemimpin dan akan mengumumkan butiran tersebut minggu depan.

NGO itu berharap Mahathir dan Anwar akan berkongsi pentas pada 10 Oktober, sehari sebelum kunjungan Obama ke KLCC.


MalaysiaKini

3 ulasan:

  1. Terimakasih banyak atas informasi yang telah disampaikannya

    BalasPadam
  2. Terimakasih banyak atas informais yang telah disampaikannya

    BalasPadam
  3. Saya ucapkan terimakasih banyak atas informasi 2 yang telah anda sampaikan nya kepada kami,, kami akan selalu menyimak informasi informasi yang anda sampaikan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...