Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Julai 12, 2013

Ini Rahsia Kekuatan Parti Islam (PAS).. Rakyat Wajib Sokong!!

'Baiah calon bukan benda baru...'

Membaca baiah atau sumpah oleh calon PAS, Azlan Yusof, yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah bukan benda baru, kata ADUN, Chukai Hanapiah Mat.

Hanapiah yang juga pengurus kempen Azlan dalam pilihan raya kecil ini berkata, tindakan Azlan membaca baiah di majlis pengumuman calon kelmarin adalah keputusan PAS negeri dan ia juga dilakukan oleh calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita dah ambil perjalanan yang dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Terengganu, di mana semua calon yang bertanding dalam PRU ke-13 semua mengadakan biaah secara terbuka.

"Yang ini, dia kena ikut yang sama juga. Bukan kerana (kehendak) dia. Yang ini keputusan badan perhubungan PAS Terengganu... (Ia) bukan benda baru," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Besut hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung tindakan Azlan yang mesra dengan panggilan Che Long, membaca baiah atau sumpah secara terbuka yang dianggap jarang dilakukan oleh PAS.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan langkah tersebut sebagai di luar daripada kelaziman dan memetik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai berkata calon PAS berbaiah dengan membaca ikrar di depan wakil Majlis Syura Ulama.

Dalam baiah sumpah itu antara lain, beliau akan dilaknat oleh Allah, Rasul dan orang yang beriman sekiranya beliau meninggalkan atau melompat ke parti lain setelah dipilih menjadi ADUN.

Bahkan wang elaun ADUN yang diperolehi adalah haram dan akan melepas jawatan ADUN sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.

Mengulas lanjut, Hanapiah berkata sumpah tersebut juga terpakai pada wakil rakyat di Terengganu itu.

Ditanya mengapa membacanya dibuat secara terbuka, Hanapiah berkata, ia sebagai menepis pelbagai persepsi di kalangan rakyat wujudnya sumpah seperti cerai talak tiga.

"Ini janji kita kepada rakyat untuk bersama-sama dalam PAS... Kita kena habis kepada PAS. Biar rakyat tahu, rakyat dapat menilai.

"Sebelum ini macam-macam persepsi rakyat. Ada kata, cerai talak tiga lah. ada kata macam-macam. Jadi dia (rakyat) tahu, apa makna baiah yang kita baca pada hari tersebut," katanya.

Ditanya sama ada tindakan membaca baiah itu sebagai usaha menarik undi supaya menyokongnya, Azlan berkata: "Itu persepsi sahaja".

Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...