Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mac 04, 2013

Utusan, TV3: Minta maaf atau disaman RM100 juta dari DSAI


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Utusan Malaysia dan TV3 sama ada membuat permohonan maaf atau berdepan saman masing-masimg RM100 juta ekoran mengaitkannya dengan pencerobohan warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.

Ianya ekoran kedua-dua media pro Umno itu melaporkan kononnya Anwar adalah dalang dalam insiden terbabit.

Utusan bertarikh 2 Mac lepas di muka hadapan bertajuk “Ketua Pembangkang dikaitkan dengan Pencerobohan” dan di muka surat 10 bertajuk “Tiga Kumpulan jadi dalang,” itu secara jelas dilihat cuba mengaitkan Anwar.

TV3 juga dikatakan menggunakan istilah dalang dalam mengaitkan Ketua Umum PKR itu dalam insiden tersebut.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran berkata, surat tuntutan kepada kedua-dua pihak itu telah dihantar.

Dalam tuntutan itu katanya, kedua-dua pihak itu diminta menarik balik dakwaan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam bermula hari ini.

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas, fitnah dan jahat. Kita telah menghantar surat kepada pihak Utusan untuk menuntut menarik balik dakwaan itu dan membuat kenyataan maaf secara terbuka.

“Kita meminta tuduhan tidak berasas itu ditarik balik dengan segera dan TV3 juga perlu meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya./HarakahDaily

Kerajaan Najib/umno Mengupah APCO Worldwide untuk Memburukan DSAI

1 ulasan:

  1. saman ,dapat duit boleh bagi sedekah pd org miskin dan buat belanja kempen pilihan raya. Dapat pahala banyak. Media penipu UMNO banyak duit, ada yg tolong sponsor.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...