Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Januari 03, 2013

Panas!!!! Dakwaan Deepak: Najib diminta jawab dalam 48 jam


KUALA LUMPUR: PAS memberikan tempoh 48 jam kepada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor agar menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishan terhadap mereka berdua.

"Jika tidak, kita akan menganggap kedua-duanya bersalah sebagaimana yang dituduh oleh peniaga karpet berkenaan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau membuat permintaan itu ekoran dakwaan bertubi-tubi yang dibuat oleh ahli perniagaan itu terhadap Najib dan isterinya.

Namun sehingga kini, Najib dan isteri serta pemimpin BN belum membuat sebarang jawapan mengenai tuduhan itu.

Ketika dakwaan pertama dibuat oleh Deepak sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan menjawabnya.

(Ini isu jenayah yang tidak boleh dibiarkan tanpa penjelasan - Husam Musa)

Namun, tidak ada apa-apa jawapan diberikan Zahid selepas itu.

"Saya meminta, jika Najib dan Rosmah tidak mahu menjawab pun, pemimpin BN kena membuat penjelasan mengenai hal ini.

"Alasan sedang bercuti di luar negara tidak boleh diterima langsung kerana ia perkara yang sangat besar dan dakwaan ini sangat serius.

"Saya hairan bagaimana orang seperti Tun Dr Mahathir pun boleh senyap sedangkan ini isu besar negara yang melibatkan pelakuan jenayah dan perlu diberikan penjelasan," kata Husam.

Jika selepas 48 jam, Najib dan pemimpin BN tidak membuat sebarang penjelasan, Husam berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Antaranya saya akan mencadangkan agar buku yang ditulis Deepak diedarkan secara besar-besaran kepada orang ramai," kata Husam/HarakahDaily

Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!

2 ulasan:

  1. Fuyoo sensasi ini berita beb. macam ni tumbag dan Ko la be end..sayonara be end..heeeee

    BalasPadam
  2. Nasib la..sepandai pandai tupai melompat.lompat la lg

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...