KUALA LUMPUR 3 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu
beri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil di siaran
televisyen sebagai bukti beliau serius dengan transformasi yang
dicanangnya.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia ekoran
tuntutan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan
kesediaan untuk tampil di RTM, diikuti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat yang turut mahu diberi ruang sama.
“Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap pihak wajar mendapat hak
yang sama, termasuk untuk muncul di media arus perdana,” kata Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu.
“Ruang
itu harus juga diberi kepada pembangkang. Ini perkara asas demokrasi
dan sejajar dengan slogan transformasi Najib,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Nik Nazmi, kali terakhir Anwar muncul di televisyen pada
2008, sewaktu debat harga minyak bersama Menteri Penerangan ketika itu,
Datuk Ahmad Shabery Chik.
“Najib berjanji untuk beri semua pimpinan termasuk pembangkang
berkempen menjelang pilihan raya. Ia sepatutnya dijadikan kebiasaan bagi
menjamin proses pendemokrasian di negara ini,” tambahnya.
Jun lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemuka
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Ia kononnya memberi peluang sama rata kepada setiap parti politik
yang bertanding pada PRU 13 untuk menjelaskan manifesto mereka menerusi
stesen televisyen./KeadilanDaily
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...