PETALING JAYA - Perbincangan mengenai isu kalimah ALLAH yang
dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang
mengundang kontroversi baru-baru ini, akan dibincangkan pada mesyuarat
Majlis Pakatan Rakyat, Selasa ini.
Namun menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini,
ketetapan yang diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana,
kalimah ALLAH adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.
"Kita sudah tetapkan mesyuarat Pakatan pada 8 Januari dan saya percaya
isu ini boleh dibangkitkan walaupun Pakatan Rakyat telah pun putuskan
belum ada usul baru untuk meminda keputusan yang lama.
"Iaitu pada 2010 kita sudah putuskan. Tetapi sekiranya ada pihak yang
membangkitkan dan ada pandangan baru, kita tentu boleh bincangkan.
Perbincangan itu akan diadakan pada 8 Januari pada majlis mesyuarat
Pakatan.
"Sekiranya ada pandangan baru, kita akan bincangkan," kata beliau yang
juga Ketua Umum PR pada sidang mingguan PKR di sini, hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan
membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam
Bible versi Bahasa Melayu.
Permintaan itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini
sebagai suatu penghinaan hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang
sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.
Ia merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sementara itu, Anwar ketika ditanya berhubung kenyataan beberapa orang
mufti yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik
balik amanat beliau, membidas tindakan mufti berkenaan.
"Bagi ruang kepada Hadi untuk beri penjelasan. Kenapa isu tahun 1981, mufti yang hendak buat kenyataan," selar Anwar.
Bahkan katanya, jika perkara yang membabitkan pemimpin Umno
mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk daripada itu bahkan terlibat
dengan perniagaan arak, mufti sebaliknya mengambil sikap berdiam diri./SinarHarianOnline
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...