SEREMBAN: "Kita bukan gila kuasa tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang-orang yang gila kuasa."
Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad(gambar) yang menolak kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat gila kuasa.
Menurut beliau, orang gila kuasa ini membuat pelbagai perkara untuk mempertahankan kuasanya tanpa rasional sehingga bolehlah dikatakan mereka gila kuasa.
"Kalau nak berlawan biarlah berlawan cara anak jantan. Hujah dibalas dengan hujah. Ini tidak! Pukul dan bantai (mengutuk) kita seorang-seorang, fitnah itu, fitnah ini tetapi tidak beri peluang untuk kita balas fitnah tersebut," kata Norazman dalam satu ceramah anjuran PKR Seremban di Taman Paroi Jaya baru-baru ini.
Norazman turut mengulas isu pemberian BR1M oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kalau ikhlas nak beri BR1M, masuk terus dalam akaun rakyat. Tak payah nak beratur berjam-jam sampai ada yang pengsan.
"Ada juga banyak kes di mana ada individu yang beratur berjam-jam, sampai di kaunter nama individu tersebut tidak ada dalam senarai penerima BR1M," ujar Norazman.
Turut hadir dan berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Penerangan PKR, Dr Mohammad Nor Manuty dan Pengarah Strategik Rafizi Ramli./HarakahDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...