Azmin: Apa dosa rakyat S’ngor Pusat sorok dana kerajaan negeri?
KUALA LUMPUR 5 Oktober: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin
Ali menempelak Kerajaan Pusat kerana menyembunyikan maklumat terperinci
berkenaan projek dari pengetahuan kerajaan negeri.
Ia berikutan Selangor hanya menerima RM364 juta untuk tempoh dari
Januari 2012 hingga September 2012 sedangkan negeri itu merupakan
penyumbang terbesar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu
sebanyak 23 peratus.
“Menteri Kewangan menyentuh isu KDNK dengan menyatakan pertumbuhan
ekonomi negara berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5
peratus dan buat julung kalinya melepasi paras RM1 trilion, dan Selangor
merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 23 peratus daripada KDNK
negara hasil daripada amalan pentadbiran yang baik dan telus,” kata Ahli
Parlimen Gombak itu dalam laporan perbahasan Bajet 2013.
“Bajet Selangor hanya berjumlah RM1.5 bilion, jika benar Kerajaan
Pusat menyerahkan sejumlah RM67 bilion, di mana selebihnya wang tersebut
kerana audit negara yang dijalankan ke atas bajet negeri hanya bernilai
RM1.5 bilion,” soal Azmin lagi.
Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoal badan yang menjalankan audit ke atas RM67 bilion tersebut.
“Hanya Laporan Ketua Audit Negara mampu menjawab persoalan ini,
malangnya, pada tahun ini sekali lagi Laporan Ketua Audit Negara
disorokkan,” katanya.
Azmin berkata, jika betul jumlah yang sebegitu besar disalurkan demi
kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri patut dibenar menguruskan
dana itu.
“Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipilih rakyatnya patut
membuat keputusan bagaimana dana tersebut dapat dimanfaatkan,” tegas
Azmin.
“Mengapa Kerajaan Pusat mengkhianati semangat federalisme dengan
menyembunyikan maklumat terperinci projek-projek dari pengetahuan
kerajaan negeri?
“Apa dosa kerajaan negeri dan rakyat Selangor?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu lagi./KeadilanDaily
BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...