Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Julai 14, 2018

Rancakkan semula pembangunan Labuan tanpa rasuah, azam Menteri Wilayah

Khalid bergambar dengan ketua-ketua jabatan kerajaan di Labuan sebelum memulakan perbincangan.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kementerian Wilayah berazam untuk mengembalikan semula pembangunan Labuan yang agak suram sejak kebelakangan ini di samping membanteras rasuah yang menjadi dasar kerajaan persekutuan.
Menterinya, Khalid Samad dalam kunjungan pertama beliau ke Labuan selepas dilantik minggu lalu berkata, dasar kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah anti rasuah.
“Oleh itu, saya akan memgambil sikap ‘toleransi sifar’ dalam apa bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” kata Khalid memberitahu media selepas pertemuan itu.
Khalid memberitahu, beliau akan mengambil tiga pendekatan utama dalam mengendalikan Labuan termasuk toleransi sifar dalam rasuah.
Dua lagi adalah membangunkan semula Labuan selepas ia malap sedikit sebelum ini dan satu lagi adalah mengenepikan fahaman politik dalam menguruskan Labuan.
“Semua pihak ada hak untuk menyokong parti politik masing-masing tetapi apabila bertugas sebagai kakitangan kerajaan, semua kena beri tumpuan dan tidak bermain politik.
“Jika kita mencapai kata sepakat dalam tiga isu ini, kita boleh bekerjasama dengan baik dan tidak ada mana-mana pihak yang terpinggir,” kata Khalid.
Bersalam dengan pelajar agama selepas solat Jumaat di Masjid An Nur, Labuan.
Selain mendengar taklimat dan perbincangan asas dengan Perbadanan Labuan Khalid juga berjumpa dengan 95 ketua-ketua agensi kerajaan persekutuan yang ada di Labuan.
Ketika pertemuan dengan ketua agensi kerajaan itu, Khalid berjanji akan memberikan tumpuan untuk membangunkan semula Labuan yang agak terabai sebelum ini.
Beliau berazam mahu menjadikan Labuan sebagai pusat pelancongan dengan menggunakan kekuatan utamannya yang ada iaitu laut dan pantanya yang cantik dan makanan laut.
Beliau mahu semua pihak menyediakan kertas cadagan masing-masing untuk membangunkan Labuan.
Labuan menjadi pusat pembangunan sebelum ini serentak dengan kemajuan industri minyak dan gas.
Namun apabila indusrti itu menurun dan mempunyai masalah dengan kejatuhan harganya, ramai pekerja hilang pekerjaan dan ramai yang keluar dari pulau yang mahu dijadi pusat kewangan antarabangsa itu.
Memeriksa ikan bilis yang dihasilkan dalam projek rangsangan ekonomi oleh Perbadanan Labuan.
Taklimat tentang cadangan projek Masjid Terapung di kawasan tapak projek.
Menanam pokok limau kasturi sebagai tanda kunjungan ke Jabatan Pertanian Labuan.
mdl

Picture

6 ulasan:

  1. Jebon di mana-mana. Ulama pi mana? Garu telur dalam jubah? Turun padanglah jangan tunggu kamera datang baru nak buat kerja. RUU355, Mahkamah Syariah, hak kahwin kanak-kanak dan hak baiah talak bini untuk YB luar Kelantan belum ada tokoh yang nak perjuangkan lagi. Takkan nak royalti dan peruntukan dulu baru buat kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap para jebon yg menjanjikan TOLol dimansuhkan akan menunaikan janji mrk.
      Royalti minyak 20% mana??

      Kpd macai2 haprak yg msh menunggu minyak rm1.50 seliter sila pulanglah ke rmh msg2.Buat nyemak di stesen minyak jer...korang dh kena kencing!!!!

      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH

      Padam
    2. BENGAP Betul mamat ni! manefesto PH tak kata turunkan harga minyak rm1.50 seliter,manefesto kata stabilkan harga & beri subsidi minyak yg mana perlu....mungkin dedak dah abis kot,meroyan tak tentu hala.

      Padam
    3. Royalti dan harga minyak semua Jebon perjuangkan. Pemimpin Melayu Islam dalam Pas dan Umno nak tuntut hak apa pula untuk rakyat? Kahwin kanak-kanak? Beli barang kemas diluar kemampuan suami?

      Padam
    4. Dah kena kencing pon msh tak nak mengaku jebon haprak nie....hehehehe

      Padam
  2. Padan muka Umno pilih pemimpin korupsi jadi Presiden. Apa yang dibuat bukan pembaikpulihan parti. Tapi cara nak selamatkan pemimpin korupsi untuk pentadbiran parti ala kleptokrasi terburuk. Penyokong dan pendokong Umno masih lagi guna kaedah serangan sama sebelum PRU14, malah lebih teruk dan tidak masuk akal.

    Pemimpin Pas nampak juga bangun bila kena tegur dan sindiran. Berubahlah kalau nak majukan bangsa dan negara. Hapuskan budaya penyamun dan kebodohan melampau. Buatlah kerja dan buktikan pengundi tak salah memangkah seorang penyamun atau pemalas.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...