iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Presiden PKR pada November 2018 nanti.
Jelas beliau, mutakhir ini terdapat beberapa pandangan mengenai keperluan untuk beliau turun ke gelanggang mengemudi PKR selaku Presiden menggantikan Azizah.
“Saya mengamati setiap pandangan yang dilontar dengan penuh teliti.
“Sayugia diingatkan, sejak Pemilihan PKR tahun 2007 saya telah diminta untuk memimpin PKR selaku Presiden. Namun, sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan pada ketika itu ternyata menjadi kendala, malah lebih parah lagi membawa implikasi pembubaran parti.
“Demi maslahah lebih besar, saya memilih untuk berundur sementara Azizah kekal selaku Presiden PKR.
“Maka wajar kita melihat ke belakang sebagai pedoman ke hadapan, Azizah mengemudi PKR selaku Presiden usai tahun 1999 dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi,” kata beliau dalam kenyataan itu.
Tambahnya, namun iktikad Presiden, Timbalan Presiden, pimpinan dan akar umbi, ditambah keazaman rakyat menyaksikan kita mendobrak sejarah memimpin Pakatan Rakyat (ketika itu) bersama Azizah menafi dua pertiga Umno-BN pada PRU Ke-12.
“Meraih undi popular mencecah 51% pada PRU Ke-13, dan melangkah gagah ke Putrajaya dengan menjadi parti komponen terbesar di Parlimen melalui muafakat Pakatan Harapan tanggal 9 Mei yang lepas.
“Justeru setelah berbincang dengan Azizah, Timbalan Presiden, dan kempimpinan, serta mengambilkira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan PKR, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR.
InshaaAllah sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku Presiden selepas selesai Kongres Nasional PKR pada November 2018,” katanya lagi.
mdl
Esok harga minyak naik lagi ke tidak? Dah 5 bulan berturut-turut tak naik. Harap janganlah naik. HAHAHAJIB.
BalasPadamJadi rakyat kena kencing dgn rapiji lah.. dia yg kata harga minyak yg turun tapi rupa2nya tomato yg turun..
PadamJaga-jaga Anwar Ibrahim. Perangkap dah pasang untuk jahanam Pakatan Harapan. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Nanti beruk Pas dan Umno melompat dalam Parlimen. HAHAHAJIB.
BalasPadamPerangkap sape lagi kalau bukan azmin dan tun m.. jaga2 tok sah duk berharap lagi jawatan PM tuh.. ingat anak2 Tun M nak duk saja ka? Depa dah pernah kena dgn dsai pasal syarikat perkapalan sebanyak 2 billion kalau x silap!!
PadamSiapa yang memandai ajak pembangkang keluar Dewan? Selepas itu masuk semula Dewan? Konon bantah pelantikan Speaker tidak ikut peraturan? Tolong kenakan tindakan disiplin parti. Buat malu parti sungguh. HAHAHAJIB.
BalasPadamNasib baik ada KJ dan Anifah duduk dalam Dewan lagi. Annuar Musa kata tindakan keluar adalah konsensus parti. Ketua kumpulan konsensus yang bersetuju keluar dan masuk semula Dewan patut dikenakan tindakan disiplin parti. Apa dia ingat parti macam sarkas ke? HAHAHAJIB.
BalasPadamNajib tak jadi saman Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh sebab lawyer Najib buat strategi baru. Strategi ada termasuk pecat dan tukar jabatan macam tahun 2015 dulu? HAHAHAJIB.
BalasPadamDah 75 hari ni bila nak keluar bukti 1mdb? Tony Phua pun takde maklumat pasal pas terima duit 1mdb.. memang husam kaki kelentong lah tu.. eloklah dia kalah..
Padam