Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Disember 19, 2017

Umno-Pas hipokrit, sudah ‘bersatu’ atas isu umat Islam

Umno-Pas hipokrit, sudah ‘bersatu’ atas isu umat Islam, dakwa Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Umno dan Pas dilihat mahu menjadi juara dalam menangani isu Palestin dengan menganjurkan ‘Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis’ sedangkan ia membabitkan masalah umat Islam sejagat.
“Isu Baitulmaqadis dan Palestine adalah permasalahan Islam sejagat. Ianya harus ditangani oleh semua ummah sejagat bagi mempertahankan kota Baitulmaqdis mahupun PalestinKoordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, himpunan yang akan diadakan pada Jumaat ini, tidak membabitkan parti-parti politik dan NGO lain untuk mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC baru-baru ini.
“Kenapa perhimpunan ini hanya dikhususkan pada Umno dan Pas saja? Mengapa tidak menjemput semua parti-parti politik dan NG0 lain untuk turut sama mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC.
“Masalah orang-orang Islam di seluruh dunia bukan harus ditangani oleh Umno dan Pas secara eksklusif saja! Tetapi ianya adalah milik bersama ummah sejagat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru katanya lagi, himpunan solidari untuk Palestin ini adalah sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Dua pemimpin ini sedang memperbodohkan ahli-ahli akar umbi parti masing-masing agar tidak protes pada penyatuan mereka secara memperalatkan agama bagi menghalalkan cara ke arah mencapai matlamat kerjasama menggunakan parti Pas untuk pecah undi orang-orang Melayu demi menjamin kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Perdana menteri paling korup dan haji hadi awang sudah bersatu pada hakikatnya. Namun Umno dan Pas cuma berselindung di sebalik isu-isu tertentu,” ujarnya.
Khairuddin mendakwa perhimpunan pada 22 Disember ini di Putrajaya membuktikan hubungan di antara umno dan Pas amat jelas.
“Cuma kaedah mereka ialah berselindung di sebalik isu-isu tertentu untuk bergabung bagi mengaburi pandangan ahli-ahli akar umbi masing-masing yang tidak boleh terima kerjasama di antara umno dengan Pas khususnya pada PRU14.
“Najib serta Hadi sedang melaksanakan agenda menghalalkan cara bagi memperbodohkan ahli-ahli akar umbi masing-masing.” ujarnya.
Khairuddin berpendapat apapun yang cuba dilakukan Umno dan Pas dengan berselindung sekalipun, akan memanfaatkan Pakatan Harapan kerana ahli-ahli akar umbi Umno dan Pas ujarnya, akan memprotes terhadap parti masing-masing, manakala undi mereka pula akan diberikan pada Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.
“Perhimpunan di putrajaya dengan pemimpin-pemimpin Pas yang bakal dihadiri oleh perdana menteri paling korup melambangkan hipokrasi Umno dan Pas,” katanya.
Najib yang juga Presiden Umno itu dipetik berkata,langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan yang akan dihadirinya bersama pemimpin Pas di Putrajaya, Jumaat ini.
Beliau berkata, parti tonggak Barisan Nasional (BN) berkenaan dan Pas perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.
“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad seperti dilaporkan Bernama.
mdl
Picture

5 ulasan:

  1. Memang HIPOKRIT pun..semua orang tahu,kecuali walaunta shj.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju memang dia ni hipokrit.. ada tak dia tarik balik buku dia yg bertajuk “50 dalil mengapa anwar tak boleh jadi PM”?

      11:32, kamu setuju ke dgn buku tu? Sila jawab. Kalau tak mampu nak jawab kerana IQ kamu yg memang rendah, maka hanya memalukan PAN aje..

      Padam
    2. Manusia mcm datuk bankrap_kaya tu hanya peduli periuk nasi dia jer.
      Waktu bankrap nak main2 kawtim tapi tak dipeduli.Join mamak kerala 24 jam jd kaya balik.
      Asal kaya tak kesah jd hipokrit atau munafik bagi macai haprak nie.Kentut dia pon adalah semerbak mewangi bagi pengikut haprak.Tak heran itulah standard manusia2 yg dipuja dlm haprak.Yg bodoh sanggup mati berguling2 atas jln raya nanti adalah para pengikut setia haprak.Yang seronok gumbira adalah berok2 tua yg gila nak kaya dan harta dunia demi anak..waris..proksi dan kroni.

      Padam
  2. mesia sila cermin diri dulu. mesia sebuah negara kecil yg nun jauh dia asia tenggara. nabi2, imam2 mazhab 4 pon bukan dari lubuk nusantara nih. so cermin diri dulu.. negara bukan maju sgt pon, najib hanya membandingkan dgn negara yg lebih mundur utk nampak gah. kata bangsawan, tp duit x cukup, kelabu mata bila nampak lobang utk mencuri!

    BalasPadam
  3. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...