Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Disember 18, 2017

Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu

Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu
Dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan suasana rakyat di Pulau Pinang dalam akhbar Berita Harian semalam dianggap palsu.
Pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin berkata, ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM700, kenyataan Presiden Pas bahawa rakyat negeri itu sedang keperitan adalah amat jelas merupakan sesuatu pembohongan.
Ustaz Wan Ji Wan Hussin
“Dari sudut perkembangan Islam pula, Pulau Pinang adalah antara negeri yang tidak pernah menghalang ceramah agama di masjid dan surau daripada mana-mana penceramah agama.
“Hatta Presiden PAS sendiri, cuma pihak kerajaan menetapkan agar sebarang ceramah tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam seperti perkauman. Kerajaan Negeri selalu tawarkan pendekatan rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui aplikasi Facebook.
Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak menyenaraikan nama-nama penceramah agama tertentu supaya dihalang berdakwah di Pulau Pinang.
“Nama-nama besar seperti Dr Maza, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru daripada Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang.
“Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak ceramah ustaz-ustaz Pas, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang,” katanya.
Andainya Presiden PAS tidak terpengaruh dengan berita propaganda khianat Umno-BN kata beliau, sudah pasti Presiden Pas akan akui bahawa perkembangan Islam di Pulau Pinang jauh lebih baik daripada banyak negeri lain di Malaysia.
“Umpamanya baru-baru ini, kerajaan memberi anugerah kepada lebih 10 orang tokoh pendakwah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah sebagai teladan dakwah di semua negeri-negeri di Malaysia.
“Ajaibnya, Presiden Pas tidak pula menyerang MCA yang apabila kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti Cina,” katanya.
Beliau menasihatkan Presiden Pas dalam membuat kenyataan, seharusnya bukan sekadar perlu memikirkan untuk tidak membuat tuduhan jahat dan dusta, malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab di hadapan Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti.
mdl
Picture

12 ulasan:

  1. Wan Ji sepatutnya bagi hujah yg jelas apa yg dikatakan oleh TGHH sebagai fitnah, barulah ada sedikit kredibiliti.. kalau setakat tuduh TGHH fitnah tanpa memperincikannya hanya menyebakan beliau kelihatan sebagai makan gaji buta sahaja.. kerana hujah yg beliau kemukakan hanya seperti di angin lalu shj..

    Mengenai dakwaan bahawa peruntukan utk pendidikan sekolah cina, kristian dan tamil jauh lebih besar drpd peruntukan utk sekolah agama, tidak melambangkan umat islam diberi lebih perhatian.. manakala sikap meneliti fatwa oleh mesyuarat exco jelas dilihat sebagai mencampuri urusan umat islam.. belum lagi masuk isu pesta arak, perjuangan hak golongan lgbt, atheis dan sekedudukan yg langsung sengaja tidak disentuh oleh wan ji menyebabkan orangramai lebih cenderung utk bersetuju dgn dakwaan TGHH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barua yang mendapat habuan dedak, berkhidmat dengan kafir. mempertahankan Tuan Dedaknya



      Padam

  2. Lalu mereka berkata: “Kepada Allahlah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang’zalim,

    Al-Ankabut (29) : 10

    Amiinn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haprak memang suka dengan fitnah

      Padam
    2. Ralat #Yunus (10):85

      Hindarilah maki hamun, perkauman dan fitnah-memfitnah. Berkata benar dan bijaksana lebih-lebih lagi jika menggunakan agama.

      Padam
    3. Agama bukan saja berkata benar, perbuatan pun kena benar juga, hatta nawaitu sekalipun, takkan kita nak biarkan saudara kita atau kita sendiri terlibat dengan LGBT dan Aties yang hanyut dengan pegangan mereka, sekurang-kurangnya bagi lah tarbiyah agar mereka kembali kepada fitrah seorang muslim dan muslimat, didik mereka dengan akhlak terpelihara, Insahaa-Allah

      Padam
    4. Hehehe...klu pelaku lgbt mrk sanggup bergelimpangan atas jln raya tak heran tiada ulamak haprak berani menyalak.Tulur mrk dlm gengaman dapigs.

      Padam
  3. hadi ni gaya mcm teringin nak jd perdana menteri... cermin diri dulu bai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lim kit siang nak jadi pm ko boleh terima tak?

      Padam
    2. Apa salahnya TGHA jadi pm

      #Lokkohopunoh

      Padam
    3. Ye betul.. dalam alquran pun ada sebut haram melantik pemimpin kafir apatah lagi yg bertaraf harbi..

      Padam
  4. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...