Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, November 18, 2017

TERBAIK!! : PH semarak ekonomi warisan tempatan jika perintah Terengganu

Tidak mahu bergantung kepada pendapatan hasil minyak yang dijangka akan berkurangan dalam dekad mendatang, Pakatan Harapan (PH) akan menyemarakkan ekonomi warisan tempatan dan sektor pelancongan yang lebih berpotensi besar jika diberi mandat memerintah Terengganu.
Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, PH akan berusaha merakyatkan kembali ekonomi Terengganu dengan membantu usahawan tempatan dan industri tempatan yang sudah wujud sejak sekian lama namun dipinggirkan oleh pentadbiran BN yang lebih bergantung kepada wang ehsan hasil minyak.
“Kita bukan nak beri harapan palsu kepada rakyat dengan industri minyak dan gas seperti dijanjikan kerajaan BN hari ini. Di mana pengusaha atau ahli korporat Terengganu dalam bidang minyak dan gas? Tiada,” katanya dalam sesi wawancara dengan mingguan Amanah.
Raja Bahrin yang juga Pengerusi AMANAH negeri menaruh keyakinan bahawa produk-produk tradisi dan pelancongan tempatan mampu menembusi pasaran nasional dan antarabangsa.
“Jika Indonesia ada Bali, saya rasa ‘Bali Malaysia’ adalah Terengganu kerana kepelbagaian industri kotej dan tradisinya amat kaya,” ujarnya.
Beliau memetik kata-kata salah seorang pengasas Muzium Negara, Allahyarham Tan Sri Mubin Shepperd bahawa Terengganu adalah tempat tamadun, budaya dan warisan Malaysia dilahirkan (Terengganu is the cradle of Malay civilization).
Selain pembuatan barangan tembaga, ujar beliau songket dan batik Terengganu lebih pelbagai dan mampu menarik pelanggan.
Sehubungan itu, beliau yakin pembuatan barangan tradisi tempatan boleh dibangunkan sebagai punca ekonomi negeri daripada ‘harapan kosong’ yang disandarkan kepada industri minyak dan gas.
“Sebelum terlambat kita perlu mencari pengusaha-pengusaha lama ini yang semakin pupus. Jika kita tidak lakukan sesuatu, kita akan kehilangan segala-galanya. Hanya ilusi… negeri ini dipanggil ‘Kuwait Malaysia’. Atas kertas kita kaya tetapi rakyat terus menderita,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini Terengganu masih lagi terkelompok dalam empat negeri termiskin selain Kelantan, Sabah dan Sarawak.
“Kelantan walaupun miskin kita boleh fahami sebab royalti minyak tak pernah ia dapat. Tapi Terengganu dapat royalti minyak dan walaupun royalti minyak dihentikan, kita masih dapat ‘wang ehsan’… hampir sama tapi bentuknya berbeza. Jadi mana perginya (hasil minyak itu). Terengganu masih dikategorikan sebagai negeri miskin?” soal beliau.
Raja Bahrin turut menyentuh bajet Terengganu yang dianggap antara yang tertinggi di Malaysia.
“Selangor bajetnya antara RM1.6 bilion hingga RM1.8 bilion untuk rakyat lebih kurang 5 juta orang. Terengganu rakyatnya 1 juta tapi bajetnya RM2.2 bilion. Ke mana pergi hasil Terengganu? Rakyat masih macam ini.
“Kita tidak ketandusan aset tapi pengurusan amat lemah. Ketirisan, kebocoran (dalam perbelanjaan). Kalau kita sebut rasuah nanti orang marah, tapi inilah hakikat sebenarnya,” ujar beliau.
Wawancara penuh beliau boleh diikuti di mingguan Amanah bil. 75.
mdl
Picture

13 ulasan:

  1. Tak perlu nak gula-gulakan rakyat Terengganu

    Mereka hanya ada dua pilihan je iaitu BN atau PAS

    Parti lain akan hilang deposit

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN+Barang Naik..Sorry

      PAS=pARTI TAADA BUDGET..

      PH is the BEST OPTION.Go go PH go!!

      Padam
    2. Apa yang best tu?

      Jangan membazir duit, lebih baik sedekahkan kepada anak yatim dari hilang deposit

      Padam
  2. Raja Bahrain elok bertanding kat Penang je

    Untuk mengelakkan hilang deposit dan hilang maruah

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH Memang betul nak baik pulih negara.Ada budget sendiri,ada strategy sendiri.Pada rakyat malaysia gunakanlah akal fikiran yg allah beri.
      DEMOKRASI Berpelembagga malaysia.Adalah jalan terbaik untuk merubah kerajaan jadi yg lebih baik.FOR A BETTER MALAYSIA.

      Padam
    2. raja bAHRAIN mp Kuala terengganu!!dia menag kat situ!!mungkin kamu tak lahir lagi,pada 1986,pas masa tu hebatt,ceramah million2 orang datang,pernah di suatu malam konvoi besar2an di kuala terengganu,konvoi anak-muda bermotor lebih kurang 20,000 orng,wooow hwbat beb!!bongkak habiss semua parti kalah..pas bertanding parlimen 97,amanat hadi tengah hangat.."bercakap besar/sombong tak terkira,siap suruh mp k.t masa tu bertanding di tempat lain..AKIBATnya...kerusi MP menang satu jerr,MP Marangpun kalah olrh abd rahman bakar...Jadi sekarang kita nampak PAS seperti mahu mengembalikan masa2 lampau,masih menyangkakan mereka berada di Planet lain.

      Padam
    3. Mana ada budget sendiri? Tipu

      Semua tu adalah budget kerajaan yang memerintah

      Strategi apa? Langkah Kejang?

      Yer, gunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah supaya jangan ambil golongan kafir untuk memimpin umat Islam, contoh dah ada, Penang

      Setuju, perlembagaan boleh diubah apabila Islam yang memimpin, bukan Islam dipimpin

      FOR A BETTER MUSLIM COUNTRY

      Padam
    4. Menang atas tiket PAS dan usaha dari jentera PAS, bukan atas usaha PANdir

      Amanat TGHA adalah untuk mereka yang ingin memahami, bukan untuk golongan yang terkeliru

      Ketepikan saja amanat TGHA kalau dah terkeliru tapi jangan ketepikan amanat Allah SWT

      Bukan PAS yang bercakap sombong tapi golongan yang membenci PAS yang terasa irihati dengan PAS, nampak angkuh dan sombong pada mata pembenci ulamak

      Itu cuma sangkaan dan persepsi oleh golongan yang disalut dengan perasaan benci terhadap perjuangan Islam

      Kalau PAS berada di planet lain bermakna PAS lebih kehadapan meninggalkan golongan yang meletakkan apa yang dituntut olehNYA sebagai umat yang menumpang segala kemudahan yang dianugerahkanNYA dialam maya ini



      Padam
    5. Parti Pas parti tiada akhlak.

      Padam
    6. Hehehe.....akhlak yang macamana tu?

      Padam
  3. Lebih elok dan selamat kalau Raja Bahrain mulakan Self Analysis dikerusi-kerusi yang boleh menyelamatkan kedudukan beliau

    Kalau nak bertanding dikerusi Kuala Tranung jugak Raja Bahrain kena mula sediakan Risk Assessment dan juga Rescue Plan, kalau tak buat sekarang natijahnya beliau akan hilang wang deposit

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...