Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, November 19, 2017

HOT!! : 13 TANDA-TANDA HAMPIRNYA SAAT KEJATUHAN KERAJAAN PAS KELANTAN PRU14


1. Jualan harakah tidak laku dan jatuh merudum. Sebelum perpecahan Pas tahun 2015,penerbitan Harakah mencecah 300,000 naskhah tetapi hari ini hanya mampu menerbit 15,000 naskhah setiap keluaran. 

2. Ceramah Pas tiada sambutan. Kakitangan kerajaan negeri dipaksa mendengar ceramah pimpinan Pas. Tandatangan kehadiran mereka diambil terutama jawatan lantikan politik dan kontrak seperti Ahli Majlis Daerah, Penghulu, Halaqat, Peserta Ladang Rakyat, Penerima Beras Al It'am, Guru Yik, Pelajar Yik, Ubes, Upwk dan Upnk. 

3. Saling tidak percaya mempercayai antara sesama pimpinan dan sesama ahli. Walaupun bermesyuarat dan berusrah bersama tetapi ada usrah dalam usrah dan ada mesyuarat dalam mesyuarat lain secara sulit. Perpuakan dalam PAS tidak dapat dibendung lagi. 

4. Pemimpin PAS hidup dalam kemewahan dan berlebihan. Dulu PAS terkenal dengan pemimpinnya yang zuhud dan sederhana kini sudah berubah. Gaya hidup mewah yang menjadi amalan pemimpin Umno kini sudah menjangkiti pemimpin PAS. 

5. Menggunakan kuasa untuk membalas dendam politik. Kesilapan Umno ketika memerintah Kelantan tahun 80an diulangi oleh pemimpin Pas pasca Tok Guru Nik Aziz. kerajaan Pas Kelantan telah menukar dan menurunkan pangkat guru Yik dan menamatkan kontrak kakitangan di Ubes dan pejabat Mb yang tidak sependapat dengan mereka. 

6. Kekayaan negeri berlegar dikalangan keluarga dan kroni. Orang yang rapat dengan pemimpin akan dapat tender. Contohnya; isteri exco hanya mengajar 8 tahun di sekolah Yik mendapat jawatan berpencen dan rakyat biasa mengajar 35 tahun tidak dapat. 

7. Menggunakan kemudahan kerajaan untuk kuatkan parti. Jabatan kerajaan seperti Halaqat, Upkn, Upwk, Ubes, Yatok dan peruntukan adun diguna untuk menggerakkan program parti. 

8. Tidak menerima teguran rakyat. rakyat tidak boleh mengkritik kerajaan. Memberi pandangan yang berbeza dengan pemimpin dituduh lawan kepimpinan ulamak dan ingin menjatuhkan kerajaan islam. rakyat diwajib patuh dan taat kepada pemimpin secara membabi buta. 

9. Medan ilmu menjadi tempat memaki hamun dan mencerca. Kuliah pemimpin Pas diguna untuk memburuk dan memunafikkan golongan yang tidak sependapat dengannya sehingga wujudnya perpecahan dan kebencian dikalangan masyarakat. 

10. Menzalimi rakyat sendiri. Hutan simpan dan perkampungan orang asli digondolkan demi untuk kayakan cina balak. Air untuk minum dan mandi menjadi keruh pekat dan hidupan liar terancam. Kerajaan tidak menjaga kepentingan rakyat. 

11. Mewajibkan solat hajat kemenangan di seluruh negeri. Kebiasaannya solat hajat kekal kemenangan ini dibuat selepas bubar Parlimen dan hampir pilihanraya. Kali ini arahan sudah dibuat di semua kawasan, dun dan upu diwajibkan solat hajat berterusan. 

12. Menanam psikologi supaya bersedia untuk menerima kekalahan. Antara ucapan pemimpin Pas sejak akhir-akhir ini ialah "Sekiranya Pas kalah,orang yang bertanggungjawab dihadapan Allah ialah puak-puak Pan", satu lagi ucapan mereka "kita berjuang bukan untuk menang tetapi untuk mencari redha Allah". 

13. Percaya kepada musuh politiknya sendiri. Pas termakan tipu daya Umno yang menggunakan hudud sebagai umpan. Walaupun sedar hudud satu penipuan Umno namun Pas sudah tersepit. pemimpin Pas terpaksa menjilat ludahnya semula. Demi mengekalkan kuasa,Pas terpaksa bekerjasama dengan umno. 

Ikhlas daripada 

PENGUNDI RAKYAT.

Picture

32 ulasan:

  1. Hehehehe....kesian, kenapa PENGUNDI RAKYAT tak figure out tanda-tanda PANdir akan jadi kerajaan di Kelantan?

    Nyatakan tanda-tanda kemenangan PANdir, biar rakyat yang justify

    Kan sebijik UMNO...kahkahkahkah

    BalasPadam
  2. Pas sudah tidak relevan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tanya PANdir memang la tak relevan, cuba tanya orang PAS mereka akan kata PAS semakin kehadapan meninggalkan Haprak

      Hanya rakyat yang cintakan Islam nampak realiti, PANdir hanya hidup dalam kekeliruan bersama DAPigs

      Padam
    2. Patutlah semasa PAS buat kerahan sembahyang hajat sempena mendapat hak dari mahkamah untuk memasuki Wisma Tok Guru di Jalan Salor, Kota Bharu pada petang 16 November lalu "Langsung Tidak Mendapat Sambutan". Selepas majlis sembahyang hajat dibuat pula ceramah politik, kononnya pulak Penceramah lebih ramai dari penonton. Makanan yang disediakan pun tak luak, tiada siapa yang sudi makan, lalu diberi kepada kambing Jandapari yang Dato'Husam bela.

      Manakala majlis yang Dato' Husam anjurkan, yang juga pada malam tersebut di Madrasah jalan Kubur Kg. Kota, Kota Bharu, mendapat sambutan yang sangat luar biasa sehingga tidak terakam oleh kamera melainkan gambar Dato' Husam saja yang Nampak.

      Padam
    3. Kalau kehadiran orang tanda Pas masih relevan sangat kasihan. Undi Pas akan merosot. Pas tak relevan bukan pada konteks jumud seperti kehadiran dan pacak bendera. Pas hilang pengaruhnya dan makin mundur. Itulah yang akan berterusan menjadikan Pas tidak relevan lagi pada PRU14..

      Padam
    4. Fikrah yang membenci sesama Muslim dan juga sesama insan tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW. Hanya ustaz2 google yang masih mentah dan baru kenal lumpur dunia yang memalitkan kebencian sesama muslim dan sesama insan. Jika benci kepada jenayah dan penyelewengan barulah selari dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Semoga kita bersama-sama diberikan hidayah oleh Allah SWT.

      Padam
    5. Hehehehe.....tiada apa lagi yang nak sabitkan PAS, nak sabitkan akhlak pemimpin PAS dah tak mampu nak berhujan sebab pemimpin PAS mempunyai akhlak yang lebih elok jika dibandingkan dengan pemimpin Haprak, jumud hanya pada golongan yang membanci PAS tapi tidak bagi kami, persepsi dan tuduhan hanya berlegar dikalangan barua DAPigs

      Padam
    6. PAS tidak membenci sesama muslim, kalau dibandingkan Hapraklah membenci umno, kan umno tu boleh dikatakan 90% muslim, kenapa Haprak membenci muslim umno?

      Rasulullah SAW tak ajar membenci muslim tapi kita diajar membenci perbuatannya, dan Rasulullah SAW melarang kafir yang memimpin umat Islam
      sebagai pemimpin untuk memimpin muslim

      Rasulullah SAW juga melarang umatnya bergaul dengan muslim yang mengamalkan fitrah yang salah seperti LGBT, Penzina isteri orang, bersekedudukan lelaki dan wanita tanpa nikah, berjudi, clubbing, penyamun, perasuah dan banyak lagi perkara yang bertentangan dengan syarak yang dibawa oleh haprak

      Sesunggguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata menurut penilaian Allah SWT ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman

      Sesungguhnya sejahat-jahat manusia yang melata disisi Allah SWT ialah orang yang pekak dan bisu yang tidak mahu memahami

      Hidayat dari Allah adalah hijrah dari kejahatan kepada kebaikan, bilakah agaknya Haprak dan macai2nya akan mendapat hidayat dari Allah SWT?

      Padam
    7. 5.26. anda menjawab soalan sendiri secara sindiran terutamanya terhadap Pas dan Umno. Rasanya jawapan anda itu sendiri cukup sesuai sebagai hujah balas saya. I rest my case my lord.

      Padam
    8. Terkeliru rupanya....kehkehkeh

      Padam
  3. Husam tugu+mat sabun+nizar lilin...gabungan hebat parti PANxxx tajaan dapigs...hehehe
    Berkemungkinan menang besar.
    Hmmmm....kena bertanding dlm kandang dapigs...ada kemungkinan...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak calon MB Perak daripada Pas kalah saman fitnah RM200,000 dengan bekas MB Perak, semakin kuat AMANAH diserang oleh parti suci dan Umno. Adakah tanda2 nyamuk dulu dah mampu menjadi giant killer dalam PRU14? Jika begitu tahniah AMANAH. Perjuangan Tok Guru tetap dilaksanakan tanpa mundur ke belakang lagi.

      Padam
    2. Takkan Tok Guru redho dgn perjuangan utk golongan LGBT yg mencari nafkah buat “pasangan yg dikahwininya”??

      Gilolah mu ni 7:21..

      Padam
    3. Fitnah tuan bagai memakan daging saudara sendiri.

      Padam
    4. Siapa yg difitnah tu tuan? Dan siapa pula yg memfitnah 90 juta tu tuan?

      Padam
  4. Anak pemimpin tertinggi PANdir diSalor ditangkap polis kerana memiliki 200 biji pil kuda

    Siapakah pemimpin tertinggi PANdir di Salor? Macam kurang didikan je

    Bapak sibuk memburukkan PAS, anak sibuk dengan aktiviti merosakkan anak muda di Salor

    Siapa kah dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walau anak siapa sekalipun bukanlah utk kita sorakkan selain patut diambil iktibar sbb kita pun ada anak juga kan..

      Padam
  5. Jika benar dan didapati bersalah, biarlah undang2 menghukumnya. AMANAH bukan parti hak milik individu... seperti Haji Hadi buat kepada Pas. Setiap tokoh pimpinan adalah menyokong satu sama lain dan tidak berbalah dengan mikrofon.
    Insya Allah.. sifat lapang dada dan keterbukaan AMANAH boleh menjadi Rahmatan lil Alamin kepada rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahmatanlilamin harus selari dengan kehendak Al Quran bukan ikut acuan puak2 liberal

      Padam
    2. Liberal dan Al Quran bukan perbandingan yang matang. Jika Al Quran itu diangkat sebagai mukjizat, membandingkannya dengan falsafah ciptaan manusia adalah satu penghinaan.

      Padam
  6. Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin' adalah istilah Al-Quran dan benar tetapi diinginkan daripadanya kebatilan. Justeru, ia perlu dijaga daripada terus disalahguna.

    BalasPadam
  7. Kah kah kah walaun pas perasan...woii pas x kemana setakat target 40 kerusi, undi pas pasti bn akan menang lagi, nak jatuh amno undilah PH yg target sekurangnya2nya 122 kerusi...
    Cukup lah membodohkan diri sendiri jika kata pas nak ambil Putrajaya....
    Presiden sendiri dah mengaku nak jadi king makerje....

    BalasPadam
  8. Satu lg kalau nak tahu pas masih relevan atau tak tgk jualan Harakah semasa dlm PR sebyk 300,000 naskah, bila menjadi PIGS cuma 15,000 je...lu pikir la sendiri.

    BalasPadam
  9. Satu lg kalau nak tahu pas masih relevan atau tak tgk jualan Harakah semasa dlm PR sebyk 300,000 naskah, bila menjadi PIGS cuma 15,000 je...lu pikir la sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa pula jualan akhbar PAN? Dengan perkembangan terbaru kini, adakah antiug yakin PAN masih relevan? Bila buat perhimpunan yg kononnya mega, hanya 8K penyokong PAN (+DAP+PKR+PPBM) berbanding 240K penyokong PAS yg hadir.. mungkin antiug kena masuk balik TADIKA KEMAS kut?

      Harapnya antiug masih belum menceritakan perihal “kebijakan” antiug ni kpd anak2 kerana bimbang akan jadi bahan ketawa mereka turun-menurun sehingga 7 generasi!

      Padam
    2. Gabungan dan bersendirian lebih sesuai dijadikan petunjuk relevan atau tidak melawan korupsi - sebab kebanyakan yang hadir di Fastaqim tidak boleh mengundi pun. Kalau diangkut satu famili seluroh negara tapi PRU14 yang layak undi cuma 2 orang apa faedahnya?

      Padam
    3. Pelajaran matematik progresif buat antiug..

      PAN+DAP+PKR+PPBM = 8K
      PAS = 240K
      Bermakna, PAS 240/8 = 30 kali ganda > PH

      PAN = 8/4 = 2K
      PAS = 240K
      Bermakna, PAS 240/2 = 120 kali ganda > > PAN

      Jika pelajaran matematik “progresif” di atas diceritakan kpd anak2 antiug, pastilah mereka akan berbangga dgn beliau turun-menurun juga sehingga 7 generasi!

      Padam
    4. 8:50, isunya sekarang ialah samada PAS atau PAN irrrelevant di persada politik tanahair kini..

      Kalau masih ada yg belum layak mengundi di pihak PAS, pastinya di masa hadapan mereka akan layak mengundi juga..

      Bagaimana pula di pihak PH? Di masa hadapan masih lagi adakah generasi muda hendak mengundi PH?

      Di atas ialah logik yg diutarakan oleh pihak PAN sendiri.. fikir2kan..

      Padam
  10. Balasan
    1. Bodoh ke?...kahkahkah...yang bodoh ialah mereka yang mudah diperbodohkan oleh Haprak...kahkahkah

      Padam
    2. PAS dikatakan bodoh sebab tak mahu memilih si kafir sbg pemimpin ke?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...