Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, November 28, 2017

Panas!! Hampir 10 ribu ahli Umno Pulau Pinang keluar parti

Hampir 10 ribu ahli Umno Pulau Pinang keluar parti, sertai Bersatu
Umno dan BN di Pulau Pinang jangan merasa selesa menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang memandangkan keahlian mereka semakin susut setelah begitu ramai meninggalkan parti tersebut.
Sehubungan itu dakwaan Umno dan BN akan merampas kembali Pulau Pinang kini hanyalah omongan dan tidak lagi berdasarkan pada fakta.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya ketika ditemui di Bagan kelmarin.
Marzuki Yahya menerima penyerahan borang keahlian Bersatu daripada bekas ahli Umno.
Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada ahli Bersatu yang ada di Pulau Pinang ketika ini adalah terdiri daripada ahli Umno yang telah keluar parti.
“Ahli Umno yang paling ramai semakin susut adalah bagi Bahagian Bayan Baru, Tasek Gelugor dan juga Bagan.
“Yang terkini ahli Bersatu di negeri ini telah pun mencecah 12 ribu orang dan 50 peratus daripadanya merupakan golongan muda.
“Ia sekali gus membuktikan bahawa kedudukan Umno di kesemua 13 bahagian berada dalam keadaan yang semakin meruncing, ” ujarnya.
Walau bagaimanapun katanya, statistik yang tidak dikemaskini menunjukkan ahli Umno masih ramai, walaupun terlalu ramai yang telah pun keluar parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga berkata, Bersatu hampir mencapai penyelesaian dan kesepakatan bersama PH dalam pengagihan kerusi bagi menentang Umno dan BN serta mana-mana parti yang bersekongkol dengan mereka.
“PH sebenarnya tidak tergugat dengan pelbagai ancaman Pas di Pulau Pinang.
“Sebenarnya Pas tidak mempunyai kekuatan sama ada di Seberang Perai maupun di Pulau Pinang.
“Sekiranya mereka mendapat sokongan rakyat, sudah jelas ia akan dapat dipamerkan dalam keputusan pilihan raya umum sebelum ini, ” jelasnya.
Malah katanya, sejak sekian lama Pas hanya mampu menang di kerusi Dun Permatang Pasir.
“Dalam pilihan raya umu ke-13 Pas bertanding di enam kerusi Dun, tapi hanya mampu menang satu kerusi tunggal.
“Manakala calon mereka bagi kerusi Sungai Acheh turut hilang deposit.
“Kini dengan senario politik yang ada, tidak mungkin Pas mampu untuk menang satu pun kerusi sekali lagi termasuk Dun Permatang Pasir sekiranya ia turut ditandingi oleh Amanah, ” tegasnya lagi.
Sebahagian ahli Umno yang keluar parti dalam majlis penyerahan borang menyertai Bersatu di Bagan.
Beliau juga berkata kehadiran Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Pantai Barat agak berbeza dengan situasi yang ada di Pantai Timur.
Justeru katanya, kehadiran Pas untuk turut bertanding dalam pertandingan tiga penjuru merupakan platform untuk memenangkan Umno dan BN serta tidak harus dipandang enteng.
Namun begitu tambahnya, ia sedikitpun tidak akan menggugat sokongan dan kemenangan yang akan diraih oleh Bersatu dan PH sekali pun dalam pertandingan tiga penjuru.
mdl
Picture

9 ulasan:

  1. Letak je kat tepi angan2 tu dulu, kita tunggu pru 14, lepas tu baru boleh cakap besar

    BalasPadam
  2. Tengok pada gambar tu kebanyakkannya warga emas, mana pergi 50 % anak muda?

    BalasPadam
  3. Ubat sakit mental Prozac boleh mengurangkan kemurungan. Boleh cuba kalau ada stok. Di Penang dan Kedah no problem. Tun M kan hadoo.. Kahkahkah!

    BalasPadam
  4. bapak kau dgn pas.. peduli apa aku dgn pas. 1.6 billion umat islam seluruh dunia bukan ada tau pon pasal pas. ini cuma parti tin milo utk para lebai yg pemalas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ahli umno tak memilih PANdir, kenapa parti cap bunga yang jadi pilihan?

      Sebabnya PANdir bodoh dan hanya jadi barua kepada DAPigs

      Kahkahkahkah

      Padam
  5. Bak kata Mat Sabu, bila sendirian jajahan Pas cuma dari Kemaman ke Rantau Panjang. Di sini DAP tak bertanding pun, tapi yang paling teruk kena ialah DAP. Sampai berebut-rebut nak maki DAP. Kahkahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat Sabu inilah ketua segala barua tiada daya tarikan, sebab tu ahli umno lebih berminat dengan parti cap bunga, mereka cerdik sikit dari PANdir, mereka tak rela dijadikan barua dan digelar kuda tunggangan DAPigs

      Kahkahkahkah

      Padam
  6. Hahaha...Nampak tak berebutnya 'mereka' nak maki DAP? Lawak..lawak.. tak terasa langsung kena perli. Kahkahkah!

    Ada jugak umat Melayu Islam nak makan nasi free dekat kedai Jamal Jamban. Dah lupa ke Jamal Jamban satu-satunya orang Islam yang tak kena tangkap pasal beli dan pecahkan botol arak berkotak2? Nabi Muhammad SAW laknat wooo orang beli arak...

    Belanja pulak MO1 pencuri dan penjenayah pengubahan wang haram. Cuba tengok kenapa banyak wang haram kononnya dikembalikan semula kepada kerajaan melalui tangkapan dan serbuan???

    Ini semua nak cuci semula duit haram mereka. Kes2 ubah wang haram macam ini penjenayah takkan dapat jumpa atau dah kautim penjara setahun dua dan lepas. Jahanam Malaysia bawah penjenayah macam Najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap kamal jamban tak buat octobefest macam di penang dan selangor..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...