Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, November 27, 2017

Panas!! : Bekas Adun Pas anggap parti lamanya tidak bijak

Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah ketika mengumumkan keputusannya menjadi ahli Bersatu hari ini menganggap Pas melakukan pendekatan tidak bijak jika menolak untuk bersama gabungan pembangkang.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah itu berpendapat demikian ketika ditanya pemberita mengenai situasi mutakhir Pas yang dilihat hilang hala tuju.
“Pandangan saya untuk Pas bertanding bersendirian seperti mana yang berlaku sebelum ini, tidak melihat itu satu pendekatan yang bijak dan mendatangkan natijah yang baik untuk rakyat,” akuinya.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah itu juga memberitahu, itulah hasil pertemuannya kelmarin dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.
Pertemuan itu, jelasnya, berhubung kemungkinan Pas bersama Pakatan Harapan atau menjadi salah satu ahli seperti dilakukan oleh Bersatu pada peringkat awal lalu.
“Hampir-hampir mustahil hal itu berlaku,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.
Amiruddin sebelum ini dalam banyak siri ceramah di pentas Pakatan Harapan konsisten mengajak ahli Pas supaya mengundi calon blok pembangkang dianggotai AMANAH, Bersatu, DAP dan PKR itu.
Menjawab soalan pemberita tentang keahliannya dalam Pas ekoran pengumuman tersebut, mantan Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkenaan menganggap statusnya itu secara automatik akan gugur.
Amiruddin juga memaklumkan beliau tidak relevan lagi menjalankan fungsi sebagai ketua pembangkang dalam sidang Dun Negeri Kedah.
“Bila saya memohon menjadi ahli PPBM dengan sendirinya saya ingat (keahlian Pas) telah tergugur. Saya ingat wajar untuk saya tidak lagi menjalankan fungsi sebagai ketua pembangkang yang selepas ini akan bersidang April tahun depan.
“Mungkin tak dan (sempat),” katanya dalam sidang media yang dihadiri Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua Bersatu Kedah serta pimpinan negeri.
Berpakaian kemeja warna biru tua, Amiruddin yang kelihatan tenang tetapi ceria itu menyifatkan tiada syarat khusus untuk ahli Pas yang keluar parti kemudiannya perlu menyertai AMANAH.
“Saya pun tidak tahu ada semacam ini … kalau keluar Pas mesti masuk AMANAH,” ujarnya sebelum Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah memberi reaksi.
Menurut Mukhriz, tiada masalah untuk Amiruddin berbuat demikian memandangkan AMANAH dan Bersatu antara komponen Pakatan Harapan.
“Bagi saya tidak ada masalah, AMANAH dan PPBM pun sebahagian daripada Pakatan Harapan yang kami cuba nak daftarkan dengan Jabatan Pendaftaran (ROS),” tambahnya.
Amiruddin yang juga bekas Pengerusi Pembangunan Kompleks Pas Kedah itu selanjutnya menjangkakan permohonannya untuk menjadi ahli Bersatu akan diterima.
“Hari ini saya akan serahkan borang (permohonan menjadi ahli Bersatu) kepada Timbalan Presiden. Saya rasa tiada masalah kot akan diterima,” ujarnya lagi sambil ketawa.
Terdahulu, Mukhriz dalam reaksinya pada sidang media sama menyifatkan keputusan Amirrudin menyertai Bersatu sebagai “perkembangan yang sangat dialu-alukan”.
“Ini satu suntikan semangat baru bagi kami semua apabila menerima kehadiran tokoh politik yang tidak asing bagi kita semua,” katanya.
mdl
Picture

21 ulasan:

  1. Memang fitrah manusia, bila dapat bini baru diceraikan bini lama dengan bermacam-macam alasan dan perkara yang tidak betul, bini baru pula apa yang dijanjikan belum tentu akan tertunai

    Sumpah bai'ah tanggungjawab dia dengan Allah SWT, kalau sumpah dengan Allah pun sanggup dilanggarnya, apatah lagi sesama makhluk, inilah fitrah manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. bai'ah dlm masa tgnaa seumpama ubat antibiotic, tapi bai'ah di era lobai koiah longgaq seumpama ketum, disalahguna

      Padam
    2. Tak takut ke langgar baiah?.. takpe mungkin dapat tokong gampang boleh batalkan baiah tu, kan?

      Padam
    3. Repot je polis ada orang langgar baiah.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

    5. Tak payah repot bab ni.. mengadu kpd Allah sudah memadai.. jangan mengadu kpd tokong gampang pulak.. ini org islam lain nak memperkasakan mahkamah syariah, pegi mengadu kat tokong memang hanginlah si kafir lahanat tu..

      Padam
  2. Ada yang takfir orang Islam lagi ke guna baiah plop? Makin kurang umat Nabi. Dakwah maki hamun nak bagi hidayah pada orang bukan Islam. Islam kembali dagang dengan ustaz terroris macam Pas bawah Hadi Awang. Bertaubatlah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terroris hanya tuduhan liar atau fitnah.. pil kuda camana?

      Padam
    2. Buat ler repot polis Arab Saudi tuduh Hadi pengganas antarabangsa.

      Padam
    3. Dasar haprak...fitnah dan hukum slps mati dh ditolak tepi demi tuan aku dapigs...hehehe
      Biaq pi lah....hehehe
      Asal bahagia dgn kepala dipijak dapigs dulu kini dan selamanya...hehehe

      Padam
    4. Sekadar tuduhan tanpa bukti dah standard haprak...hehehe

      Padam
    5. Kesian Hadi Awang. Keseorangan digelar pengganas oleh Arab Saudi. Pengikut yang ada konon satu juta orang semua tak pertahan Hadi Awang.

      Tak ada yang repot polis atau demo 1 juta penyokong Hadi depan kedutaan Arab Saudi. Kasihan Hadi Awang.

      Padam
    6. Itu tandanya pengikut pas bijak menilai...
      Salute dgn org2 pas!!!
      Tuhan kan ada....
      Lagipun jauh mana peginya tuduhan sebegitu.Buat apa nak layan...bnyk lagi perkara lain yg lebih berfaedah.

      Klu dibandingkan kisah emosi pengikut haprak menonton tangisan syahdu bini anwar yg menuduh mahdey menfitnah lakinya sehingga ramai yg berguling2 atas jalanraya tapi skrg boleh bertepuk bahu ketawa bersama...korang tak rasa diperbodohkan ker????
      Hehehe....atau korang mmg sah BODOH!!!

      TAK KAN SEKOR HAPRAK TAK TERASA DIPERBODOHKAN...HEHEHE
      KESIANNNNN....HEHEHE
      KESIAN KRN PERTAHANKAN PARA MUNAFIK....HEHEHEHE

      Padam
  3. Politik matang sejahtera ceraikan bini guna baiah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah cerai kalau tak khianat.. simple jer kan..

      Padam
    2. Syukurlah Allah tak berdendam macam ulama akhir zaman. Alhamdulillah makin ramai kembali kepada ajaran Islam bukan terrorism.

      Padam
    3. Harap tak ada lagi terrorist haprak berguling2 atas jalanraya demi dapigs.
      Dulu mahdey gelar sikuning nie keldai...hehehe

      Padam
    4. Mana Najib tak backup sekutu dia Hadi Awang daripada tuduhan pengganas antarabangsa oleh Tok Arab Saudi?

      Takkan Najib dah pulang baki derma 2.3b tak dapat beri kata dua? Kasihan Hadi Awang jadi pengganas antarabangsa. Sudah le tak popular. Bila naik nama di Timur Tengah rupanya jadi terorris!

      Padam
    5. Jgn jd spt anwar dh ler...
      Femes juga 1 dunia...hehehe

      Padam
  4. Kalau PAS tak bijak PANdir lagi la bodoh sebab tu Amuruddin pilih parti cap bunga yang diketuai oleh bapak penyamun, Amiruddin rela memilih bapak penyamun dari membaruakan dirinya kepada DAPigs, untung banyak

    Mungkin Amiruddin tak nak jadi barua DAPigs seperti PANdir, untung sikit je

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...