Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, November 06, 2017

Mahathir, Husam akan muncul dalam program ‘hard talk’ anjuran PH Kelantan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad akan hadir dalam satu majlis bersama perantau anjuran PH Kelantan awal Disember ini.
Pengerusi Jentera Pilihanraya PH negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata tujuan majlis ini adalah untuk mempernalkan barisan pimpinan PH Kelantan yang telah selesai dibentuk.
“Program ini dirancang dalam bentuk ‘hard talk’ yang disertai Datuk Husam Musa dan Tun Dr. Mahathir sendiri.
“Pada majlis itu nanti pihak kita (PH) akan mengemukakan program-program yang dirancang dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.
“Pihak kita juga akan mengemukakan tawaran-tawaran yang akan dilaksanakan bila dipilih mentadbir Kelantan nanti,” katanya.
Beliau ditemui selepas mesyuarat jentera pilihan raya PH negeri berkata, beliau bersyukur kerana pembentukan jentera telah dapat dibentuk dengan sempurna.
“Hari ini, saya, Datuk Sazmi Miah dan Saudara Khir Zahari Ghani sebagai setiausaha telah menyelesaikan perlantikan portfolio utama yang sebahagian telah bersama dan sebahagian lagi akan dijemput dalam mesyuarat berikutnya.
“Apa yang menarik inilah kami pertama sebuah jentera yang melibatkan semua parti di luar kerajaan berjaya dibentuk,” katanya.
Mulai sekarang menurut beliau, semua pergerakan berkaitan pilihan raya tidak lagi berjalan berasingan mengikut parti masing-masing.
“Kita telah memutuskan semua peringkat dari Negeri, Parlimen, Dun dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) kita bergerak atas satu jentera.
“Bilik operasi semua peringkat juga hanya satu akan diadakan bagi semua parti dalam PH.
“Dan paling penting setiap kawasan pilihan raya kita akan ada hanya satu calon iaitu calon PH,” katanya.
Menurutnya butiran lengkap program itu termasuk tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
mdl
Picture

9 ulasan:

  1. Tolong selesaikan masalah mangsa banjir di Penang dulu lepas tu boleh la nak ber"hard talk" sampai pagi

    Dulu masa Kelantan dilanda musibah kamu lah yang paling lantang mengkritik, sekarang apabila rakan kamu dalam kesusahan kamu diam macam tikus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan dilayan sgt org tua pelupa tu!!!
      Dia kaya...anak2..waris2..proksi dan kroni2nya dah kaya raya menjarah harta negara.Adakah kita nak kekal jadi mangsa kleptokutty slps 22 tahun???

      Padam
  2. Kalau PH menang, rakyat yg akan di klepetbykutty..

    BalasPadam
  3. ..kadang2 kita lebih dari ALLLAH swt,Allah itu maha pengampun,tapi kita manusia ,susah nak memaafkan orang lain,nampaknya kita lebih tahu dari Allah swt hati sesaorang itu..inilah jadinya,jika kita anggap kita lebih baik dari orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak maafkan orang tak semestinya kena ikut orang tu, maaf je la tak perlu la sampai lantik jadi Top Dog kamu.....

      Padam
    2. He he betui tu.. yg terbaru pula pemimpin PH mintak JAWI dakwa husni hanzalah di bawah QAZAF.. kalau Tun M pun boleh lepas dari dakwaan QAZAF utk LIWAT 1, tak logiklah husni boleh sangkut.. keh keh..

      Padam
    3. Aku amat berharap husni akan tanya tun m tips utk lepas dari tuduhan QAZAF.. ntah laa..

      Padam
  4. ..ketahuilah olih kita,akhir itu lebih baik dari mulanya...rujuk surah Ad Dhuha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketahuilah juga olih kita, Allah melarang kita umat Islam melantik pemimpin dari golongan kafir untuk memimpin golongan muslim.....rujuk surah Al Baqarah....

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...