Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, November 07, 2017

Hot!! Akhirnya Hadi berjaya heret Najib ke mahkamah

Akhirnya Hadi berjaya heret Najib ke mahkamah
Perkara paling mungkin akan berlaku serta sukar dielakkan dalam kes saman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report, Clate Rewcastle-Brown ialah perlunya kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai saksi di mahkamah London.
Oleh kerana nama beliau telah dikaitkan secara langsung, bukan saja dalam isu RM90 juta yang didakwa diberikan kepada Pas, tetapi juga berkaitan RM200juta yang dikatakan diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, keperluan Najib untuk hadir memberi keterangan tidak boleh lagi dipandang remeh.
Apatah lagi buat pertama kalinya, Najib semalam juga menafikan pernah memberikan wang RM90 juta itu kepada Pas.
Memandangkan kenyataan itu dibuat secara terbuka ditempat umum, maka ia perlu disahkan sekali lagi dengan Najib sendiri mesti tampil sebagai saksi di mahkamah.
Jika tidak, penafian Najib itu tidak boleh diterima dan hanyalah umpama perbualan dalam sembang-sembang di kedai kopi saja.
Dengan yang demikian, untuk menentukan Najib benar-benar tidak pernah memberikan wang, sama ada dalam jumlah RM90 juta atau RM200 juta, beliau perlu mengesahkannya di mahkamah.
Dalam hal berkaitan, bukan saja peguam Clare ingin menyoal Najib dengan lebih detail, malahan tentunya peguam Hadi juga ingin berbuat perkara yang sama.
Najib pula, dalam keinginan untuk memastikan Hadi menang kes samannya terhadap Clare itu, sudah pasti sukar untuk menolak daripada menjadi saksi kerana keengganan untuk hadir secara tidak langsung memperlihatkannya tidak mahu membantu Presiden Pas itu.
Hadi sendiri tentunya amat kecewa jika Najib enggan hadir untuk memberi keterangan dan membantunya dalam perbicaraan itu.
Dah jadi kawan, adatnya tentulah Najib dan Hadi boleh saling bantu-membantu.
Apabila hadir di mahkamah London, Najib pasti bukan saja akan ditanya mengenai wang RM90juta, tetapi juga berkenaan RM200juta dan kaitannya dengan 1MDB.
Ini kerana sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kesemua wang yang dikatakan pemberian Najib itu adalah dipercayai bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam pendedahannya melalui akuan bersumpahnya sebelum ini, walaupun tidak menyebut jumlahnya, mengatakan Najib telah memberikan wang yang bersumberkan daripada 1MDB kepada Nasharuddin untuk disalurkan kepada pemimpin-pemimpin Pas.
Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pula, di sebalik tidak menyebut nama sesiapa, tetapi secara terbuka mendedahkan angka RM200juta itu serta nama sebuah bank, Affin Bank sebagai tempat di mana wang tersebut disalurkan.
Jika Rafizi dan Husam pun ada maklumat sedemikian rupa, apakah tidak mungkin peguam Clare mempunyailebih maklumat lagi?
Maka, mampukah Najib menafikannya dalam mahkamah nanti?
Apa yang menariknya di sini, kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.
Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.
Akhirnya, meskipun Clare yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah – suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib.
*Shahbudin Hussin adalah penulis  buku politik dan blogger
mdl
Picture

11 ulasan:

  1. sebagai manusia biasa,kita bagi benefit of the doubt pada hadi,mahkamah masih bersidang,nampak gayanya inilah tempat terbaik Hadi dan najib bersama,pastikan berhujah,PELUANG TERBUKA LUAS,jika dia tak mencuri duit 1mdb,tiada arahan bunuh altantuya,kevin morais , taukeh ambank ,beri rm200juta pada ustz nasha dan 90juta...MASA YG CUKUP BAIK memberi keterangan,TIADA PILIH KASIH,sebab di U.K Pakai sistem JURY..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi belum dibuktikan TGHA menerima wang dari Najib dan selagi belum dibuktikan Najib memberi wang kepada PAS, mereka tak pelu hadir ke mahkamah melainkan segala bukti dah ada didepan hakim, baru mereka akan diminta untuk hadir, kalau setakat dokument pembelaan Rewcastle setebal 55 mukasurat itu yang penuh dengan fitnah terbaru, masih belum dapat membuktikan fitnah ini, sila buktikan dulu dimana aliran wang, account bank mana, bila, atas nama siapa? Juri-juri di UK tak sebodoh yang disangka oleh pengikut Haprak di Malaysia ni.

      Padam
  2. Sepatutnya yang menuduh itu perlu lah bawa bukti, bukan tertuduh yang kena sediakan saksi dan bukti

    Ini adalah satu contoh fitnah akhir zaman yang dimainkan oleh Pakatan Haprak

    Berdepan secara jujur tidak berkemampuan, hanya fitnah yang menjadi senjata mereka

    Mereka ini lah yang dimaksudkan oleh Allah SWT, syaiton-syaiton dari kalangan manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu lah dulu bro..kes masih di peringkat awal..
      Defenden nk tengok permainan bodoh geng pis dulu..
      Lepas tu bila dh di dedah kan kat court,baru lah terlondeh segala jubah bagai..kah,kah,kah

      Padam
    2. Kita tengoklah nanti, siapa yang otaknya dan turun ke lutut.

      Padam
    3. Nak dedah macamana bukti tak ada, hanya hearsay, yang gelabah sekarang ni SR dan Haprak, PAS tenang je....

      Padam
    4. Kalau aku jadi barua dAP pasti aku akan tanya husam mana bukti2 akaun affin utk 10 org pemimpin pas tu? Aku akan perhati je apa yg dia nak jawab.. keh keh.. jangan pulak disorok ‘bukti2’ tu kat dalam bangunan org lain dan di tanah orang lain sudah la..

      Padam
  3. Klu rasa tak bersalah buat apa takut diheret ke mahkamah.
    Cuba bayangkan reaksi husam tugu dan geng kleptokutty yg sana sini menabur fitnah rm90juta tu diheret ke mahkamah...hehehe
    Gerenti pucat lesi dan serupa mayat hidup kena soal pendakwaraya sana.Tambah lagi kena speaking london...hehehe
    Sedangkan pendukung lgbt siampitgay tgh gelabah bila claire brown menyebut nama dia...apatah lagi husam tugu jika dia terpanggil...hehehe
    Lain kali...kena siasat dulu.Jangan ingat bila berkawan dgn geng kleptokutty dan dapigs kita boleh pandang rendah kebolehan org lain.Baru di dunia...belum di akhirat....hehehe

    BalasPadam
  4. Nak heret najib jika ada buktii silakan.. bagaimana pula jika tak ada bukti transaksi dsbnya? Jika begitu, bukan ke lebih baik heret husam yg sarat dgn bukti akaun affin (KONONNYA) utk kesemua 10 org pemimpin PAS.. ? keh keh..

    BalasPadam
  5. It’s really a great and useful piece of information. I’m glad that you just shared this

    helpful information with us.
    Please stay us informed like this. Thanks for sharing. ??

    Agen Bola
    Agen Bola Terpercaya
    Poker Online Indonesia
    Poker Online Uang Asli
    Poker Uang Asli
    Agen Poker Online
    Poker Online
    DellPoker
    DellPoker
    IngatPoker
    Axioobet
    Axioobet

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...