Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, November 15, 2017

Isu Wisma Tokguru, dendam Pas yang menguntungkan Amanah

DALAM "BEREKAN" HUJAN


Husam menasihat orang Amanah bertenang hadapi
kerenah Pas.
Tanggal 16 November, lusa adalah tarikh akhir yang ditetapkan oleh Pas Kelantan untuk memasuki Wisma Tokguru di Salor itu sebagai menandakan parti itu memiliki premis itu secara rasmi. Pada hari itu juga Pas akan mengadakan solat hajat dan syukur; dikerahkan para penyokongnya beramai-ramai. Khabarnya untuk menjayakan majlis itu dan bagi menarikan kehadiran disediakan makanan (upah) untuk 5,000 orang.

Ertinya Pas mensasarkan majlis itu nanti dihadiri 5,000 orang. 5,000 orang kalau mengikut kapasiti batalion dalam askar sebanyak lima batalion.

Dan malam tadi pihak Amanah telah berhimpun di premis itu untuk mengadakan majlis munajak dan memohon kepada Allah agar premis itu selamat terus menjadi hak mereka. Majlis malam tadi diketuai sendiri oleh "pemilik" premis itu Husam Musa yang juga merupakan penasihat Amanah Kelantan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan.

Yang hadir malam tadi bukan sahaja di kalangan orang Amanah tetapi turut sama dihadiri oleh anggota komponen Pakatan Harapan (PH) daripada PPBM dan juga PKR serta mereka tidak berparti yang bersimpati dengan nasib diterima Amanah dan dialami Husam. Majlis munajak malam tadi menampakan wujud solidariti di kalangan komponen PH menyerlahkan semangat juang yang gigih dan tidak mudah mengaku kalah.

Itulah mungkin rahmat di sebalik onar brutal yang dibuat oleh Pas, membeli tanah bangunan Wisma Tokguru itu secara senyap, akhirnya perbuatan itu menyuntik semangat juang dan mendapat simpati di kalangan penyokong dan ahli Amanah dan komponen PH di Kelantan.

Selepas bermunajak semalam, Husam membuat sedikit penjelasan berkaitan dengan status Wisma Tokguru berkenaan. Ramai orang tidak menyedari bahawa Wisma itu adalah pusat khidmat Adun Salor yang mana beliau adalah Adunya. Dari penjelasan itu menunjukkan Wisma itu adalah menjadi haknya dan ini dikukuhkan dengan pengakuan oleh pihak Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) yang menamakan bagunan itu sebagai Pusat Khidmat Adun Salor, di mana dalam penamaannya tidak ada pun perkataan PAS.

Menyentuh mengenai bangunan itu, Husam memperakui tanah tempat berdirinya bangunan itu adalah milik isteri Allahyarham Rusli Ibrahim yang mana telah diberikan kebenaran kepadanya mengguna bangunan itu dan membina bangunan tambahan. Surat keizinan itu ada kepadanya. Yang menghairankan dan timbul persoalan kenapa penjualan tanah itu oleh isteri Rusli tidak diberitakan kepada Husam dan dilakukan secara senyap.

Apakah isteri Rusli ada masalah dengan Husam atau beliau dihasut? Kerana kalau beliau tidak ada masalah sepatutnya sebelum menjualkan tanah itu beliau seharusnya bertanyakan Husam terlebih dahulu yang sedang menduduki tanah berkenaan yang mana sepatutnya Husam dahulu yang ditawarkan.

Di sinilah timbul anggapan penjualan dan pembelian tanah itu ada konspirasi. Ia sengaja diaturkan demikian rupa dengan motif tertentu. Apa lagi proses pembelian itu, menanda tangani borang 14A (penjualan) dilakukan di rumah bukan di pejabat seperti lazimnya.

Memahami apa dijelaskan Husam semalam bahawa kerja-kerja membina dan membesarkan bangunan yang dinamakan Wisma Tokguru itu dibuat dengan kebenaran dan menggunakan wang beliau bukannya ia diambil dari wang derma orang ramai khasnya PAS. Tidak ada mana-mana institusi atau pun taukeh pasir dan balak membantunya.

Semalam Husam sekali lagi mencabar mana-mana orang Pas dikatakan menghulurkan derma untuk pembinaan itu memberi tahunya agar pembayaran balik boleh dibuat. Beliau juga bertanya sebanyak manakah Ahmad Yakob selaku Pesuruhjaya Pas dan MB menderma untuk membina Wisma berkenaan.

"Berapa banyak Ustaz Mat derma tolong bagi tahu?" tanyanya.  Menurutnya tidak ada satu sen pun begitu juga dengan Nik Amar, katanya Nik Amar usahkan satu sen, setengah sen pun tidak ada.
"Apa yang Nik Amar buat ialah dengan membeli 10 buah kereta, itu saja," tengkis dan sindir Husam.

Mengenai notis yang dihantarkan kepadanya agar keluar dari bangunan itu Husam menegaskan ia sesekali tidak akan berbuat demikian kerana bangunan itu adalah haknya. "Notis bukan perintah mahkamah," katanya membayangkan beliau tidak akan berganjak dari bangunan itu sehingga ada perintah mahkamah.

Dia yakin berhak ke atas bangunan itu. Sambil mengakui tanah itu hak orang lain, tetapi sebahagian daripada bangunan itu dibina hasil titik peluh dan wang ringgitnya, derma Allahyarham Rusli serta bersama sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk. Apa yang berlaku terhadap Wisma Tokguru itu ialah tuntutan bertindih di antara tuan tanah (Yassin) dengannya yang memilik bangunan itu. Jelas dari segi keadilan ia perlu diselesaikan menurut lunas undang-undang agar tidak ada yang teraniaya dan dianiaya.

Atas hujah itu Adun Salor itu mempertahankan bangunan itu dan beliau tidak akan keluar hanya sekadar dengan menerima notis daripada orang bernama Yassin yang bertindak bagi pihak Pas. "Notis bukan perintah mahkamah, notis hanya pemberitahuan," tegasnya sekali lagi. Justeru katanya dia meminta anak-anak muda Amanah terus menjaga dan mempertahankan bangunan itu sehingga ada perintah mahkamah.

Dalam pada itu juga berhadapan dengan isu itu Husam menasihati orang-orang Amanah bertindak secara waras, patuh kepada undang-undang , banyak berdoa dan menyerah kepada Allah.

Sesuatu yang pelik juga mengenai notis yang diterima Husam itu ia berakhir 16 November tetapi sebelum tamat tempoh beliau sudah dihalau keluar. Ini menggambarkan niat busuk dipihak Pas serta kejahilan mereka dalam membaca maksud notis itu sendiri.

Husam turut membaca perenggan akhir notis yang diterimanya, yang menyebut sekiranya beliau enggan keluar atau tidak patuh pihak penghantar notis itu akan membawa ke mahkamah. Jelas apa disebut notis itu, tarikh yang diberikan belum matang dan usaha membawa ke mahkamah juga belum dilakukan. Ertinya mahkamah belum berbuat apa-apa keputusan dan perintah. Anihnya pihak Pas sudah ghairah untuk memasukinya.

Sikap ini menyebabkan Husam menyifatkan Pas menerusi Setiausahanya Che Abdullah Nawi tidak memahami maksud dan makna notis itu.

"Takkan sampai begitu sekali (bodohnya) takkan Che Abdullah sendiri tidak memahami notis yang dihantar," tempelak Husam.

Untuk lebih harmonis Husam mencadangkan kedua-dua pihak, pihaknya dan pihak Pas sabar menunggu keputusan mahkamah dan tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana kes itu sudah dibawa ke mahkamah. Mahkamah sedang dan akan memperimbangkan.

Beliau sendiri telah memfailkan injuksi bagi menghalang Pas memasuki ke premis itu. Beliau berharap mahkamah akan mendengar injuksi itu dan membuat keputusan sebelum 16 November. Manakala perbicaraan mengenai perebutan itu akan diadakan pada 4 Disember nanti. "Dah tak lama takkan tidak boleh tunggu," katanya.

Katanya dia dan Amanah bersedia menerima apa sahaja keputusan nanti. Kalau mahkamah berpihak kepadanya, alhamdulilah, tetapi kalau sebaliknya semua pihak kena terima.

Memerhati kemelut mengenai Wisma Tokguru ini saya teringat kepada pertanyaan seorang yang hadir dalam ceramah berkelompok di Panji dimana Mohd Amar Nik Abdullah sebagai penceramah utamanya. Orang itu menanyakan Mohd Amar sejauh manakah Pas mendapat keuntungan dengan membeli Wisma Tokguru itu.

Nik Amar tidak menjawab secara spesifik pertanyaan itu hanya mengatakan, pembelian itu untuk menjaga maruah Pas. Katanya maruah penting mengikut maqasid syariah.

Maruah apa? Maqasid apa? Bagi saya Pas akan menjadi lebih bermaruah kalau tidak menganggu Amanah, melakukan kerja-kerja pembelian tanah itu secara senyap apa lagi menggunakan wang hasil meluluskan tanah hutan di Kuala Krai seperti mana dakwa Husam itu.

Sebaliknya Pas akan dilihat sebagai parti yang cerdik dan matang apabila tidak merebut secomping tanah dan sesandang rumah yang cuba dimiliki Amanah untuk dijadikan tempat berteduhnya itu. Bukakah kita juga mengatakan Amanah anak yang dilahir cacat sejak dalam telor tetapi kenapa harus takutkannya bagaikan takut harimau serkas yang terlepas?

Apabila Pas telah melakukan pembelian itu dengan niat mahu menyusahkan Amanah, menyusahkan Husam dan menyakiti hati seluruh orang Amanah dan PH selamanya Pas akan dikenang sebagai parti jahat dalam kasus itu. Parti yang tidak cekap dan bodoh sombong berpolitik.

Percayalah dan yakinlah Amanah tidak akan lebur walaupun Pas dapat membela maruahnya dengan memiliki premis itu. Husam tidak akan mudah mengaku kalah dan berundur kalaupun Pas menganggu kloninya. Kalau beliau takut tentu tidak dimula sejak awal. Sebaliknya benar seperti kata Husam semalam, Amanah mungkin akan kehilangan Wisma Tokguru, tetapi Amanah akan mendapat sokongan dan simpati rakyat. Sesungguhnya Wisma Tokguru memberi simbol dan makna besar kepada Amanah dan Husam. [wm.kl.11:02 am 14/11/17]

http://msomelayu.blogspot.my/

Picture

7 ulasan:

  1. Sejak menyokong AMANAH ulasan yang dibuat oleh MSO menjadi semakin mengarut dan berbau fitnah.
    MSO buat-buat tak tahu yang tanah tersebut dibeli oleh Arwah Dato' Rosli Ibrahim dari Pn Minah Bt Musa pada tahun 1993 dan dipindah milik atas nama isterinya Datin Haripah binti Dollah. Asalnya tanah tersebut merupakan sawah padi, kemudiannya Dato' Rosli membina bangunan simple semacam rumah kedai 1 tingkat. Semasa Dato' Rosli menyertai Parti Melayu S46, premis tersebut dijadikan pejabat parti dan Pusat Khidmat DUN kemudiannya ditutup selepas Parti S46 dibubar.
    Apabila Dato' Rosli menyertai PAS, atas persetujuan isterinya, tanah dan bangunan tersebut diwakafkan kepada PAS Salor walaupun nama pada geran belum diubah. Pada masa inilah Dato Husam memainkan peranan atas nama Parti PAS dan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Exco Kanan, memungut dana bagi membina bangunan yang nilainya tidak kurang dari RM1 juta.
    Kontraktor, peniaga dan rakyat marhain berlumba-lumba menyumbangkan derma pada masa itu, termasuklah Dato' Husam sendiri yang menyumbang sebanyak RM45,000.00 Mereka memberi sumbangan atas nama PAS DUN Salor. Bukannya menyumbang untuk Dato' Husam apatah lagi AMANAH yang belum lagi wujud pada waktu itu. Kebanyakan mereka menyumbang dengan ikhlas untuk PAS walaupun ada sebahagiannya yang ampak macam tidak ikhlas, ini kerana ada yang minta projek dari kerajaan negeri selepas bagi sumbangan untuk PAS.
    Tindakan PAS Kelantan membeli tanah tersebut adalah untuk menjaga tujuan asal penderma kepada bangunan tersebut. Saya cukup yakin MSO sedar akan keadaan ini kerana hubungannya dengan sebahagian pimpinan PAS Kelantan dan rakyat marhain di Salor pada masa itu agak rapat.
    Apakah MSO terpaksa menutup kebenaran kerana “musuh-musuh PAS yang sentiasa mengisi dedak kedalam pasu usang ditepi tangga rumahnya pada setiap pagi?”

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat pas gelojoh xnk tunggu arahan mahkamah? Kata ikut islam,islam mana ajar gelojoh camni nooo.. Ooo islam rompak balak tu yea.hahah

      Padam
    2. Perompak dalam Haprak dan BN bersepah

      Padam
    3. Bangunan Pejabat ADUN Salor dengan Pejabat Pas Salor pun tak boleh beza nak jadi pemimpin ke? Kes dah bawa ke mahkamah tak payah tunjuk samseng beriman sangat. Nampak bodoh bila guna ayat Quran, ibadah dan takbir untuk tujuan menyesatkan. Bagi hakim buat keputusan sebelum nak memandai buat andaian sendiri. Dah terbukti Pas tak pandai hal pentadbiran.

      Padam
  2. Tiada apa yang untung PANdir hanya menguatkan lagi gelaran PENYANGAK

    BalasPadam
  3. ..bila kita anggap kita orang yg paling baik...inilah terjadi pada penyokong PAS..terima bulat2 apa pemimpin atasan kata...inilah yg terjadi pada orang yahudi dan nasrani kerana ikut cakap tok alim mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa lagi yang lebih baik? Sila senaraikan nama2 mereka

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...