Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, November 16, 2017

Bagaimana ATG Nik Aziz mengundi dalam Dewan Rakyat

Kenangan. 1982. Suatu hari di Dewan Rakyat. Aku berada di Galeri Akhbar, Press Gallery untuk membuat liputan sidang Dewan Rakyat.
Dari tempat duduk aku, aku dapat lihat ahli-ahli parlimen mengambil tempat masing-masing. Masa itu tidak ada lagi liputan Dewan Rakyat secara langsung di televisyen. Ahli pembangkang jangan harap dapat masuk televisyen.
Pada hari berkenaan pula adalah pertama kali sidang Dewan Rakyat diadakan selepas berlaku krisis dalam PAS. Datuk Asri Muda dan penyokong-penyokongnya telah keluar PAS dan menubuhkan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim). Yang Dipertua Agung PAS yang baharu ialah Yusof Rawa. Asri dan Yusof tidak ada kerusi di Dewan Rakyat.
Dalam Dewan Rakyat ada lima wakil PAS. Empat ahli parlimen PAS ialah pengikut Asri dan telah melompat ke Hamim. Hanya seorang yang tetap bersama PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat dari Pengklan Chepa.
Pada hari itu berlaku pengundian. Aku tak ingat sama ada Belanjawan atau Rang Undang-undang tertentu.
Apabila mengundi, semua wakil rakyat Barisan Nasional menyokong. Sementara pembangkang termasuk DAP dan PAS menentang. Aku lihat Nik Aziz mengangkat tangan menentang. Tapi semua wakil rakyat Hamim mengundi berkecuali.
Tidak beberapa lama selepas itu Hamim memohon menyertai Barisan Nasional. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menerima kemasukan Hamim. Pada mulanya Berjasa yang ada dalam Barisan Nasional membantah kemasukan Hamim. Tetapi kemudian mereka menerima juga. Ketika itu Ketua Dewan Ulama Berjasa ialah Mahmood Zuhdi dan Ketua Pemuda Berjasa ialah Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali kemudian menyertai UMNO. Datuk Asri cuba membubarkan Hamim tetapi cadangannya ditolak oleh ahli Hamim. Datuk Asri kemudian menyertai UMNO.
Berjasa dan Hamim kemudian menyertai Angkatan Perpaduan Ummah bersama PAS dan Semangat 46.
mdl
Picture

18 ulasan:

  1. Orang yg BERPERINSIP seperti TGNA,sukar dicari di akhir zaman ini.ia ttakkan menerima pujukkan wang dan pangkat dari pemerintah.semoga allah s.w.t mencucuri rahmat ka atas rohnya.

    BalasPadam
  2. Sayang perjuangan TGNA melawan Umno hanya tinggal kenangan bagi ahli Pas. Nampaknya Pas dah jadi seperti Hamim di bawah Asri. Berkecuali dan jadi kera sumbang.

    Roh perjuangan TGNA bersama Parti Amanah Negara (AMANAH).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu umno/bn zaman mahdey rasanya layak ditentang.Sama dgn dapigs dgn maharaja lim...hehehe
      PANxxx tak payahlah mengadu domba pulak.Klu TGNA msh hidup pun beliau akan menolak makhluk munafik yg menentang cdgn penambahbaikan undang2 Islam.Apatah lagi klu kapir dapigs yg menentang dan mghinanya.
      Prinsip pegangan dan politik berbeza kecuali PANxxx yg terpaksa menerima hakikat prinsip perjuangan mrk umpama kepala mrk harus dipijak oleh kapir dapigs dulu kini dan selamanya...hehehe

      Padam
    2. Rasanya pas yg berprinsip tak akan mampu bekerjasama dgn mahdey yg puas mengutuk..mghina..menyindir dan menolak sebarang pembangunan dlm negeri kelantan suatu ketika dulu wlpun dia adalah pm ketika itu.
      Hanya puak PANxxx seronok menyerap roh mahdey dlm diri mrk.Munafik sgt puak PANxxx nie...hehehe

      Padam
    3. Huhuhu..bila Tun M keluar Umno ingat tak parti mana yang pertama hulur borang ahli?

      Tak pasal Tun M panggil parti sampah. Maksudnya Tun M dah tahu perangai parti macam komen di atas. Busuk hati dan pendendam tak sesuai dengan Al Quran dan Sunnah.

      Padam
  3. Politik Haprak adalah politik menggunakan kesucian orang yang dah mati, Haprak mana ada orang suci macam Tuan Guru, kesian

    BalasPadam
  4. PAS dibenarkan untuk bersolat hajat di Wisma Tok Guru, bukan kebenaran dari Husam tapi kebenaran dari mahkamah, nampak tak Husam hanya tin kosong je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangunan masih dalam pertikaian. Solat dalam bangunan masih kena mohon tuan punya yang disahkan Mahkamah sendiri. Kena faham ruang yang Hakim dah tetapkan. Jangan sampai pemimpin Pas didakwa kerana menghina mahkamah nanti.

      Padam
  5. semua ulama sekarang quote kata-kata ulama silam .
    semua 4 imam besar hanafi maliki syafie semua telah mati
    nik aziz adalah ulama yang paling sesuai di ikuti perbuatannya
    kerana dia hidup dizaman ini,sesuai dengan budaya malaysia iaitu
    lokasi dan negara.maka nik aziz contoh terbaik ikutan ulama
    moden.kalau ulama silam tiada parlimen

    BalasPadam
    Balasan
    1. ATGNA sarapan pagi kat warung je, ada ke pemimpin Haprak macam ATGNA? Kalau pemimpin PAS ramai la

      ATGNA nakkan hudud diperkasakan ada ke pemimpin Haprak nakkan hudud? Kalau pemimpin PAS semuanya nakkan hudud

      Persamaan ATGNA dengan pemimpin PAS ketara, perbezaan ATGNA dengan Haprak pun ketara

      Sembang bukan main laju lagi, cuba bagi contoh siapa pemimpin Haprak ambil contoh kehidupan ATGNA? Tiada kan?

      Sembang je Haprak ni, cakap je besar tapi tiada pendirian

      Padam
  6. ya pas menang ..
    tapi pas belum tentu menang perbicaraan seterusnya
    tapi yang pasti pas belum tentu menang perbicaraan
    yang hakimnya allah sendiri..
    ingatlah panduannya ada dalam alquran dan penilaian allah
    adalah hati ..bersihkah dendam kah
    allah lah yang paling adil..dan ingat
    2 malaikat dikanan dikiri sedang mencatat semua perbuatan anda
    pasti ..semuanya akan mendapat pembalasan yang adil
    yang buruk ..perbuatan terhdap manusia yang paling bahaya
    semua mesti minta maaf di akhirat nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS menang sebab mahkamah di Malaysia tidak adil, kenapa Husam tak bawa isu ni ke luar negara?

      Jangan gunakan nama Allah sedangkan kita sendiri tak ikut suruhan dan larangan Allah

      Ni baru betul jual agama dengan harga yang murah disebabkan terlalu taksub dengan kafir

      Piiiiirraaahhh.....kahkahkahkah

      Padam
  7. Jangan fitnah Tuan Guru, lain kali kalau tak ingat jangan pandai2 nak guna nama dan fitnah Tuan Guru kami, mana satu ni? Belanjawan atau Rang undang-undang?

    BalasPadam
  8. Yang penting TGNA takkan berkecuali. Niat lawan Umno kerana Allah. Berkecuali bukan lawan. Lebih baik tak hadir terus macam Hadi Awang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kalau aku kata Haprak dan pengikut Haprak ni hipokrit tak caye, itu kau yang kata bukan ATGNA.

      Hipokrit sebab guna nama orang yang dah mati, dah mati tak boleh nak buat apa2, nak nafipun tak boleh, hipokrit la tu, kalau Karpal Singh masih hidup sudah tentu Karpal Singh pun akan berkecuali, percayalah

      Niat lawan umno kerana Allah? kahkahkah....lucu betul la macai Haprak

      Guna nama Allah atas sebab berkepentingan je, yang lain tak perlu Allah, inilah sifat sebenar Haprak dan macainya, pengecut dan hipokrit

      Padam
    2. Amanat Hadi nak buang ke tong sampah mana wahai 941? Apakah tuan sedang maki hamun Hadi Awang juga yang keluarkan Amanat haram itu? Jelasnya perenggan akhir tepat pada beliau. Hadir bahas pun penakut. Macam mana nak lawan Umno?

      Padam
  9. Hehehe....mung boleh je ketepikan amanat TGHA tapi mung tak boleh ketepikan larangan Allah swt

    Amanat TGHA hanya untuk mereka yang ingin memahami bukan untuk mereka yang terkeliru

    Bukan saja umno, Haprak pun PAS akan lawan

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...