Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Oktober 02, 2017

'Siapa mahu lawan BN patut bersama Harapan'

'Siapa mahu lawan BN patut bersama Harapan'

KUALA TERENGGANU - Mana-mana parti politik yang mahu menjatuhkan kerajaan BN untuk masa depan negara lebih baik bersama dengan Pakatan Harapan dalam mencapai kemenangan dalam PRU14.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan objektif Harapan untuk menumbangkan BN dan membentuk kerajaan baharu dapat difahami.
“Objektif kita jelas iaitu untuk tumbangkan BN. Siapa yang ada motif sama patut bersama kita,” katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Pilihan raya PKR Terengganu di Lorong Salak, Chabang Tiga, semalam.

Hadir sama Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan barisan kepimpinan PKR lain.
Wan Azizah mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan parti Islam itu bukan sebagai satu kerugian, sebaliknya kedua-dua parti tersebut disifatkan telah menyingkirkan diri sendiri.
Mengulas lanjut, Wan Azizah memberitahu, bukan Harapan yang menyingkirkan Pas daripada gabungan pembangkang tetapi parti itu sendiri yang bertindak memutuskan tahalul siyasi antara PKR dan DAP.
Malah katanya, Pas boleh menyatakan apa saja termasuk kekuatan yang dimiliki oleh parti itu, namun akhirnya rakyat sendiri akan membuat pilihan parti mana berhak untuk menjadi kerajaan.

Wan Azizah turut menjelaskan bahawa analisa yang diperoleh menyatakan, Pas mencapai kemenangan pada PRU13 disebabkan kerjasama parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
Terengganu merupakan negeri pantai timur pertama dikunjungi Wan Azizah untuk melancarkan bilik gerakan pilihan raya sebagai persiapan parti itu menghadapi PRU14 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa saja.
Sehingga akhir tahun ini, PKR dijangka melancarkan keseluruhan bilik gerakan pilihan raya parti itu di seluruh negara.

sh

Picture

8 ulasan:

  1. Atas alasan apa sesiapa yang nak menjatuhkan BN kena bersama Haprak?

    Kan sama je BN dengan PH?

    GS la pilihan tepat.

    BalasPadam
  2. Setuju..BN dan PH sama-sama melindungi persuah dan salah laku. Di awal kewujudan PKR, parti tu bukan main lagi mengutuk dan menghina Tun Mahathir yang dilabelkan sebagai diktator,Maha Zalim, mahafiraun, merompak harta Negara untuk megkayakan kroni. Tapi sekarang, semuanya berubah. Setelah Mahathir duduk bersama dalam PH terus Mahathir jadi bersih. Anwar yang dulunya tuduh Mahathir menggunakan Wang BNM untuk "skim perjudian" forex, telah membersihkan Mahathir semasa dipanggil saksi dalam siasatan RCI baru-baru ini. Mahathir pun sama telah membersihkan Anwar dari kesalahan moral yang dijajanya bertahun-tahun walaupun Anwar masih lagi di hukum penjara atas kesalahan liwat. BN pun macam tu jugak, mana-mana menteri yang letak jawatan dan cuba memburukan BN akan disiasat, contohnya DS Husni Hanzalah bekas menteri kewangan kedua, tapi kalau bela UNMO semuanya selamat, tengok saja Anuar Musa.

    Najib curi duit 1MDB masuk akaun sendiri bising, bila Rafizi bayar Rafizi guna duit derma dari rakyat diam.

    Jadi kesimpulannya dua-duanya sama. Sama-sama tak berguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Tuan, Istiqamah bersama Gagasan Sejahtera dan jauhilah BN dan PH, tumbangkan mereka pada PRU 14 nanti, sejahterakan Malaysia.

      #RafizibayarRafizi, yang bengap ialah penderma kepada Rafizi.

      Padam
    2. Alamak broo..
      Parti kesukaan broo.. juga diragui..
      Isu RM90 juta yang masih tergantung dan tingkah laku 'kaki ponteng Parlimen' presiden anda sangat memalukan..
      Apa tanggapan bro apabila seorang murid/pelajar/pekerja telah dilebel kaki ponteng..?
      Sesuai lagi ke diangkat jadi ketua..?
      Percakapannya walau disulam dengan ayat Quran/hadis, ada makna dan hikmah lagi ke..?
      Cakap tidak serupa bikin.
      Kepimpinan yang tiada teladan.
      Haprak dan kelaut sahaja tarafnya broo..
      Tentu broo dan kumpulan broo amat arif tentang definisi adil dan keadilan, tak gitu ke broo..
      Ditambah lagi gaya hidup pak-pak lebai bermewah-mewahan bukan akhlak kepimpinan dalam Islam.
      Sudah-sudahlah perasan kita sahaja yang benar/baik/bijak/alim dan sebagainya.
      Broo..
      Pejuang agama dapat dilihat pada kehidupan Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda r.a.h.
      Ciri berkenaan TIADA pada parti taksuban broo.. lebih-lebih lagi dalam kalangan kepimpinannya.
      Orang-orang lain selain kumpulan broo juga ada kefahaman, peranan, pendekatan dan cara mereka memperjuangkan agama keyakinan mereka.
      Sorry..
      PAS/BN berbeza tetapi sehaluan.
      ASOBIAH.
      Satu asobiah kaum
      dan yang satu lagi mengasobiahkan perjuangan Islamnya. Islam yang berasaskan asobiah inilah yang memporak-perandakan hubungan kaum dalam negara ini. Islam gaya itu jugalah yang membolehkan musuh-musuh Islam mencaing-caing kumpulan dan negeri/negara umat Islam di seluruh dunia.
      Nabi saw membawa ajaran Islam yang menyatukan bangsa-bangsa hingga berasakan bersaudara tetiba pejuang gaya Islam Asobiah pula yang menular hingga teramat sukar hendak menyatukan usahkan sesama manusia, sesama muslim pun sukar. Itulah bahananya Islam yang diperjuangkan melalui asobiah.
      Nabi tidak memperjuangkan Islam melalui asobiah.
      Parti itu hanya alat. Sesiapa sahaja berhak menghasilkan alat-alat untuk merialisasikan hasrat dan tujuan mereka.
      Maaf dan betulkan jika aku juga silap.
      Broo..
      Kepimpinan umpama kepala dalam organisasi.
      Kepala rosak habis sengsara satu badan.
      Kepimpinan yang ada dalam Pakatan Harapan walaupun tidak sebersih mana namun mereka berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan lalu. Mereka jauh lebih boleh diharap dan disandarkan harapan berbanding lebai-lebai yang mula menggemari 'kemerduan' suara si gagak, helang, murai, tekukur dan merpati. Mereka dilihat tidak tahu apa-apa selain fasih membacakan ayat-ayat/hadis tetapi tidak tahu mengaplikasikan maksud bacaan itu sehingga menjadi rialiti untuk menjana kehidupan rakyat dan negara.
      Sorry broo..
      Selain nama, otak kita juga perlu sihat.
      Syabas untuk Dato' Seri Wan Azizah dan kepimpinan dalam Pakatan Harapan.

      Padam
    3. Brooo, Tak perlu la nak tulis panjang2 bro, bosan nak baca akhirnya tiada isi, gajah depan mata kamu buat2 tak nampak semut yang jauh jugak yang kamu nampak, jangan membazir masa la brooo, tak usahlah nak memperbetulkan kesalahan dan dosa2 perompak dan penyamun yang belum menemui keinsafan dalam diri. Pilih lah pemimpin yang meletakkan Islam sebagai panduan bukan pemimpin yang hanya gilakan jawatan dan kuasa, nanti binasa, pilih lah Gagasan Sejahtera agar Malaysia ini sejahtera akhirnya.

      Padam
  3. Undi PH = Undi DAP,

    Eeee tak nak aku..

    BalasPadam
  4. Tahniah bro 4:07.. mpk telah meluluskan pesta arak di kelang.. kesilapan lalu pemimpin PH telah ditebus akhirnya melalui kelulusan pesta arak itu.. dah lega ke rasanya sekarang bro?

    BalasPadam
  5. Kepala tak rosak badan tak binasa ke bro jika sokong pesta arak?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...