Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, September 30, 2017

Akibat Fitnah: Khairy kena bayar RM210,000 kepada Anwar

Fitnah: Khairy kena bayar RM210,000 kepada Anwar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua Ppergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kenyataannya “Anwar main dua-dua ikut belakang….” sembilan tahun lalu.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata, dakwaan yang dibuat Khairy serius dan memfitnah plaintif serta mengarahkan menteri belia dan sukan itu membayar ganti rugi am RM150,000 kepada Anwar.
MalaysiaKini melaporkan, Hakim Azizul bagaimanapun tidak memberikan pampasan bagi ganti rugi teruk kerana menolak wujudnya niat jahat.
Beliau juga tidak memberikan perintah injunksi yang melarang Khairy daripada mengulangi kata-kata itu memandangkan ia diucapkan dalam insiden sembilan tahun lalu dan banyak perkara berubah.
Hakim Azizul juga mengarahkan Khairy membayar kos RM60,000 kepada Anwar.
Anwar memfailkan saman RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan daripada Khairy ekoran ucapan beliau pada 19 Februari 2008 yang kemudiannya dilaporkan oleh MalaysiaKini, pada hari berikutnya.
Anwar mendakwa, ucapan Khairy memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.
Khairy adalah Naib Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan melancarkan jentera pilihan raya BN Lembah Pantai, menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).
Hari ini adalah tarikh perbicaraan pertama untuk kes saman fitnah itu yang berlarutan selama lapan tahun termasuk disebabkan gagal dalam proses mediasi.
mdl
Picture

17 ulasan:

  1. Bila pulak agaknya Anwar nak saman Madey?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mgkin dah kena beli oleh mahdey spt kit sial dgn jumlah yg wang yg sgt besar.Nak anaknya bertahan dlm politik mgkin boboi akan brtanding pru14 dlm kandang kuat dapigs.
      Gila punya mamak...pelaburan politik demi harta dan kuasa.

      Patut pon kit sial yg tahu kejahatan mahdey jadi bisu dan bodoh.Rupa2nya kena dedak oleh mahdey....ptuuuiiihhhh!

      Padam
    2. 1 Billion bro.....tahi gigi je tu, ada lagi 99 Billion, tu sebabnya PANdir dan PKR jadi lemah dengan Madey. Dedak besar rupanya.

      Padam
    3. Sembang 1 billion tapi yang telah terbukti RM2.6 billion masuk dalam akaun peribadi Najib. Sembang lagi yahudi bagi billion2 tapi yang hilang puluahan billion duit 1MDB........si bodoh dengan bayang2nya

      Padam
    4. Puak2 Haprak dangan puak2 BN suka benar dengan rasuah dan sogok menyogok, rakyat yang menyokong mereka telah ditpu dan diperbodohkan begitu mudah. Yang cerdik mereka yang menyokong Gagasan Sejahtera.

      Padam
    5. 90 juta sampai sekarang tak boleh nak bersih...

      Padam
    6. Kaki klepet kata ada akaun affin.. sahih pan dah kena klepet.. keh keh

      Padam
    7. Saman kalau berani? Sembang kencang saman takut....

      Padam
    8. Nak bersih apanya? sebut aje PAS, orang memang dah tahu tahap kebersihannya. Sebut je PH dah boleh nampak kekotoran yang amat jijik.

      Padam
    9. Tunggu selesai dengan SR dulu, PAS bijak, tenang dan sabar. Bukan macam Haprak yang selalu kecoh, terutama Rafizi, sekarang penyokong haprak dah ditipu bulat2 oleh Rafizi, penyokong bengap derma pada Rafizi, Rafizi bayar Rafizi....

      Kahkahkahkahkah....kebodohan apakah ini?

      Padam
    10. Biasa golongan tak bersih sentiasa berasa dirinya bersih....

      Padam
  2. Dok tunggu Najib saman Mahathir.....kalau Najib berani lah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Madey dengan Najib sama je, kalau Najib saman Madey, Madey pun akan saman Najib, Anwar pun sama jugak saman menyaman, perbodohkan rakyat dengan tipudaya.

      Mereka semuanya tiada prinsip dan mereka inilah pemimpin hipokrit sebenarnya termasuk DAPigs dan baruanya.

      Padam
    2. Ada satu lagi puak jenis sembang saman tapi takut sampai sekarang. Mula2 bergegar bumi akan saman lepas hilang telur sekali dengan sarung.

      Padam
    3. Yg kata ada akaun affin akhirnya didapati klepet.. kesian..

      Padam
  3. Kenapalah lahirkan manusia begini kat malaysia ni... Memaki menyelar.. Mcm takde otak.. Bg komen biarlah membena sikit.. Nak maki2..anuar tu dpt rm 150 ribu.. Memang kita anggap tun M tu jahat.. Kes 5 hakim letak jawatan.. Beribu2 org fitnah dia.. Dia punya kerja.. Last2 peguam negara bg jawapan.. Gitu juga kes forex..beribu2 fitnah tun M terima..last sekali apa jawapannya...zaman tun M.. Masjid negara maldives malaysia yg buat...dr yg aku tulis kat atas.. Pahala tun M berjln.. Yg kelian ada pahala sentiasa bertambah ke... Yg lawan pahala tu bertambah adalah..nak mengutuk org tu lain kali fikir kebaikan dia bertambah ke tidak.. Jgn main hentam je..menulis guna otak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu la sedara nak bercerita tentang dosa dan pahala kat sini, politik ni dah jadi kotor disebabkan oleh banjngan-banjingan yang rakus dan tamak, Islam diketepikan, Ulamak dihina dan dimaki, kafir disanjung, politik tanpa roh Islam akan menjadi kekotoran yang amat jijik.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...