Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Julai 08, 2017

Panas!! Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Ketua Pemuda Pas Kelantan (berkopiah) tersenyum lebar di sisi Awie dalam program di Kota Bharu semalam
Kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie menyempurnakan gimik pelancaran Kelantan International Bike Week di Kota Bharu semalam hangat diperkatakan di media sosial.
Dalam program berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilapor menyambut ketibaan Awie bersama kumpulan penunggang motosikal Wing Motor Gang Society.
Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan golongan belia selain menunjukkan parti tersebut masih berpengaruh.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut hadir dalam program yang sebelum itu menyaksikan kematian dua penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan di Perak ketika dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut.
Pada masa sama, gambar Awie, 49, dalam suasana kelab malam juga tersebar. Penyanyi lagu 'Sejati' dan 'Di Ambang Wati' sebelum ini pernah didakwa sebagai pengusaha sebuah kelab malam di Ipoh, Perak.
Hal tersebut diakui bekas abang iparnya, Othman Misbun, 41, ketika prosiding perbicaraan permohonan hak penjagaan (hadanah) kekal terhadap tiga anak Awie dan bekas isterinya, Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 Julai tahun lalu.
Menurut Othman, Awie mengusahakan pusat hiburan Malai Rock Station Bistro yang turut menyediakan arak seperti kelab malam lain sejak beberapa tahun lalu.
Turut dikongsi netizen adalah gambar Awie bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengumumkan pertandingan muzik BN Youth Music 2011.
Pelakon lebih 30 filem tersebut sebelum ini umum dikenali sebagai artis yang kerap berada dalam program anjuran Umno-BN.
Awie dan Khairy bersama dua artis lain dalam sidang media Pemuda Umno pada 2011.
mdl
Picture

15 ulasan:

  1. Kesian sungguh PANcai, jangan marah sangat dengan PAS sebab mempunyai banyak sokongan dan semakin bertambah setipa masa.m

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu aku nasihatkan anak2 aku jangan masuk pan bila dah dewasa nanti.. bila pas menyantuni seorang islam pan tidak senang duduk.. sedangkan pan menyantuni org kafir sehinggakan membenarkan fatwa2 negeri dibelek tanpa rasa bersalah pun padahal pan sendiri punyai ulamak (pangkor 2!).. tapi kalau dah taraf barua canggitu la statusnya..

      Padam
    2. Awie ke Kelantan sebab tu PANcai bising dan cemburu, kalau ke Penang pengusaha kelab dialu-alukan.....

      Padam
    3. An anon,
      Tak sempat pun anak2 kita masuk Pandir sebabnya lepas pru 14 nanti berkubur tanpa nisan la PANgan....kahkahkah

      Padam
  2. Kesian pas, selepas ini sudah tak der lagi segan silu malu alah, segalanya halal belaka, segala kebusukkan yg lalu kini mewangi semuanya demi semangat kemelayuan yg semakin menebal, justeru nak mengambail hati dumnoh yg pernah dikafirkan dulu, sehinggakan ramai pengikut2nya terpaksa bercerai berai lantaran pernikahan oleh imam dumnoh menjadi tidak sah kononnya, sembahyang berimamkan dumbnoh pun batal. Jika dulu sembelihan ahli dumbnoh tidak halal, jadi jangan sampai sekarang ini babi yg disembelih dumbnoh sampai menjadi halal pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kau yang kata hakikatnya apa yang kau kata tu sebenarnya terjadi dalam pakatan haprak sendiri, yang bersalah dah tak bersalah, yang jadi penyamun disucikan oleh haprak, yang rosak akhlak pun boleh jadi pemimpin, yang lebih tersesat jauh apabila golongan kafir pun korang sanjung dan angkat mereka jadi pemimpin kamu, mana pergi iman kamu?

      Padam
    2. Mereka bersikap spt zaman jahiliyyah.. mereka menentang Rasulullah saw mencaci baginda dgn bermacam2 cara (memperlekeh ulamak).. tapi hakikatnya mereka menyembah berhala (bertuankan penyembah berhala) yg disangkakan oleh mereka di pihak yg benar..

      Padam
  3. Kesian Pas,
    Nanti terhantuk baru terngadah.
    Semoga Pas kembali kepangkal jalan. Insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn risau bro, pas senantiasa di bawah keredhaan Allah.. kesiankan lah pan yg senantiasa di bawah keredhaan dap!

      Padam
    2. Jom kita ratib sama2 dan beramai ramai...dap, dap, dap, dap, dap, dap, dapppp... lepas tu belasah balak, lepas tu u turn, lepas tu maki hamun org... lepas tu ratib lagi...kehkehkehh...

      Padam
    3. Bila dap pun dah biasa diratibkan maka apalah sangat dgn fitnah balak, u turn, makihamun, etc..

      Padam
  4. Admin,
    PAS Kelantan angkat pengusaha kelab malam sebagai apa? sebagai gimik aje kan, untuk pelancaran motorbike.

    Kerjaan Penang angkat siapa? sebagai pemimpin tu? bukan gimik tapi kenyataan ni, bukan setakat pengusaha kelab malam je, kafir tu kalian angkat mereka, sanjung mereka mengetuai maqasid syariah lagi, apa dah jadi ni admin?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...