Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Julai 07, 2017

Hot!! : Bebaskan Anwar dan benarkan dia bertanding Tun M

mahathir-anwar
PETALING JAYA: Bak pepatah “musuh kepada musuh aku ialah kawan aku”, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 2 dekad lalu kini berkata bekas timbalan perdana menteri itu mesti dibebaskan dari penjara dan dibenarkan bertanding pilihan raya.
Bekas perdana menteri itu memberitahu media United Kingdom, The Guardian, yang Anwar “mangsa dendam politik” dan “diperlakukan secara tidak adil”.
“Keputusan mahkamah jelas dipengaruhi pemerintah dan saya fikir kerajaan akan datang boleh meyakinkan Agong untuk mengampunkan Anwar.
“Jika begitu beliau boleh melibatkan diri dalam politik dan menjadi perdana menteri. Saya tidak akan menolaknya,” kata Mahathir menurut laporan itu.
Anwar sedang menjalani tempoh penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan liwat.
Bekas ketua pembangkang itu, yang dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir pada 1990-an, disingkirkan dari kerajaan dan timbalan presiden Umno pada 1998 atas dakwaan salah guna kuasa.
Ramai penyokong Anwar menuduh Dr Mahathir mendalangi pemenjaraan Anwar.
Dr Mahathir, yang sebelum ini berkata dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal, bagaimanapun berkata dirinya bukan jenis orang yang menaruh dendam terhadap musuh.
Beliau kini pengerusi PPBM, salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan. Tiga parti lain dalam pakatan pembangkang itu ialah DAP, PKR dan Amanah.
Pada April, Dr Mahathir berkata beliau tiada masalah untuk mengetuai usaha mendapatkan pengampuran diraja untuk Anwar jika pembangkang menang pilihan raya umum ke-14.
fmt
Picture

7 ulasan:

  1. Manusia yang pendek akal je percaya pada mahafiraun.

    BalasPadam
  2. Sebagai rakyat...kita tunggu mahdey dan anwar bersumpah laknat sama ada ia konspirasi atau anwar benar2 seorang peliwat.Mudah kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. PANcai semua boleh terima peliwat ke, pemfitnah liwat ke atau yang kena liwat ke bagi mereka itu semua tak penting yang penting jatuhkan najib bukan jatuhkan umno....politik cacamarba dan haru biru.

      Padam
  3. Semalam madey kata anwar boleh jadi PM, hari ini lain pulak ceritanya, PANcai tak terasa ke ditipu madey bulat2, kan aku dah cakap manusia yang berakal pendek je yang percaya pada mahafiraun......kahkahkahkah....PANcai semua memang mudah ditipu.

    BalasPadam
  4. Dia ingat mahkamah di negara kita era mahafiraun!!!!

    BalasPadam
  5. Betul sgt tu. Sekarang mahkamah kita sgt adil. Sebab itulah semua jerung2 telahpun didakwa.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...