Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Jun 08, 2016

PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI AKAN MEMBUAT KEJUTAN LAGI.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berjanji akan membuat pendedahan berterusan setiap hari bermula esok dalam usaha meyakinkan pengundi untuk meminggirkan BN pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Rafizi berkata pendedahan berkenaan akan menjadi peringatan kepada pengundi bahawa mereka perlu membayar lebih kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh BN manakala pemimpinnya terus hidup dalam kemewahan.

“Mulai esok saya akan memulakan siri pendedahan yang baru.



“Saya pasti apabila rakyat mendapat tahu tentang satu lagi pembaziran melampau yang berlaku, ia akan dapat meyakinkan rakyat bahawa pilihan yang ada hanyalah menukar kerajaan persekutuan dengan mengundi calon Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rafizi, siri pendedahan dengan butiran pertama akan dibuat di Bilik Operasi Utama AMANAN/Pakatan Harapan di Kuala Kangsar.

“Pendedahan ini akan berterusan setiap hari sehinggalah hari-hari terakhir kempen,” katanya.
Rafizi berkata pilihan raya kecil akan menjadi pemilihan antara untuk mengekalkan sistem ekonomi yang pro-orang kaya dan menekan rakyat terbanyak atau sistem ekonomi baru yang pro-rakyat.
Menurutnya, Pakatan Harapan antara lain, akan menghapuskan GST, memberi subsidi kepada yang memerlukan dan mendemokrasikan pendidikan dengan menawarkan pendidikan bermutu pada kos yang minimum.

Rafizi juga mengkritik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Wahid Omar yang mempertahankan GST dan menyokong pemansuhan subsidi.






“Tanggungjawab sebuah kerajaan ialah membela golongan paling daif dengan memastikan ekonomi berkembang secara adil; bukannya memotong peruntukan orang miskin untuk membayar hutang yang gagal dibayar orang kaya.

“Atas dasar ini juga saya lantang menentang GST. Cukai ini menjadi satu perkara yang zalim kerana fakir miskin dipaksa membayar cukai yang sama dengan orang kaya untuk menutup lubang hutang kerajaan dek kerakusan orang-orang kaya elit membolot kekayaan negara,” katanya.

Katanya, tindakan Wahid mempertahankan dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah bukti bahawa selagi BN berkuasa, golongan miskin akan terus ditindas.

mk

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

4 ulasan:

  1. Jgn mcm nik abduh sudahla,sbl muktamar dia kata nk buat kejutan.rupa2 kejutan jd pendekar kontol.siap berkeris bagai.igtkn nk berlawan tp rupanya nk potong kek aje.kahkahkahkahkahkakah...mmg tergezut.kahkahkahkahkah

    BalasPadam
  2. macai pan takda ilmu suka memburu2kan pas dengan niat untuk menumbangkan pas dan membiar umno berkuasa. pas dahnyatakan bahawa gst haram dilaksanakan sebab menindas orang susah untuk menangung beban hutang negara yang mana kerajaan gagal tanggung dan rakyat yang dibebani. isu ini adalah salah satu yang diputuskan dimuktamar pas yang baru lepas macau pan tak tahu sebab hanya pandai buat fitnah dan buat lawak. saya bersetuju dengan yb rafizi kita mesti tukar kerajaan umno/bn dan laksanakan dasar kebajikan. sesungguhnya islam menuntut keadilan dan penting kebajikan kepada rakyat. islam indah sesungguhnya keadilan terdapat dalam sistem pemerintahan islam dan tiada penafian dari kawan atau lawan. untuk menjadikan sistem ini dapat dilaksanakan dengan betul maka hukum hudud diperlukan untuk memastikan ketidak adilan tidak mudah dilakukan dan allah swt berjanji sekiranya kita laksanakan hukumnya maka kita akan memperolehi rahmatnya dan sumber rezeki yang melimpah ruah. sesungguhnya janji allah swt itu pasti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulis panjang tp xdak isi mcm bebudak br belajar menulis.skrg ni org berhujah berdasarkan fakta bukan drama.Spt jg tuduhan kata matsabu tolak hudud ada video lagi,bila minta video nya smpi skrg xda,so siapa yg fitnah skrg ni?Kes pil kuda pulak siapa yg fitnah tanpa bukti?dap ek?kahkahkah.alahai otak walaun

      Padam
    2. Hudud mende nye walaun.akta 355 je
      Muktamar dah tegaskan akta tu xda kaitan hudud, apa yg walaun mabuk lg ni.kalau lah akta itu walaun umpamakan sbg hudud bermakna negeri lain pun semua ada hudud lah, termasuk penang yg pas kutuk 24jam(tapi xberani kutuk najib)..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...