Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Jun 08, 2016

PANAS!! : PKR CABAR PRESIDEN PAS.

Sidang media Rafizi di pejabat Amanah Kuala KangsarSidang media Rafizi di pejabat Amanah Kuala Kangsar

PKR hari ini mencabar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan jet mewah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Cabaran itu dikemukakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mahu melihat sama ada Pas akan mengotakan apa yang dilaungkan parti itu, kononnya bersedia menjadi "penasihat" kepada Umno BN.
"Saya harap kita dapat juga dengar maklum balas daripada Datuk Seri Hadi Awang sendiri.

"Saya mahu mendengar sama ada beliau akan menegur sendiri perdana menteri supaya menasihati isteri perdana menteri agar berhenti berbelanja dan bermewah seperti ini," katanya pada sidang media di Pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketidaksediaan Hadi menegur Najib hanya akan menjelaskan pendirian Pas kepada pengundi bahawa parti itu tidak berminat menegur BN dan tidak mahu mengangkat isu kepentingan rakyat.

Rafizi hari ini mendedahkan, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet peribadi mewah yang disewa untuk ke Istanbul mewakili Permata.

Rosmah dikatakan menghadiri satu majlis di Istanbul untuk mewakili Permata menerima anugerah "3G Children Welfare Award".

Rosmah menaiki jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang disewa khas dari syarikat penerbangan Emirates.
Permata merupakan program yang dibiayai wang rakyat.

Rafizi berkata, disebabkan Rosmah mewakili Permata, timbul persoalan sama ada sewaan sebuah jet peribadi untuk perjalanan ke Istanbul itu menggunakan wang rakyat.

Justeru beliau mahu Rosmah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perkara tersebut.
"Kenapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak menggunakan penerbangan komersil untuk perjalanan ke Istanbul yang sudah tentu jauh lebih murah berbanding menyewa sebuah jet peribadi ACJ319 hanya untuk beliau?
"Siapa yang membuat tempahan jet peribadi tersebut dan siapa yang membayar kos sewaan rersebut?
"Kenapa Rosmah sebagai seorang awam diberikan pelepasan menggunakan lapangan terbang di Pengkalan Udara Subang yang sepatutnya khusus untuk kegunaan ketenteraan dan bukan penerbangan awam seperti ini? soalnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Harapan di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Beliau juga menegaskan, ketika pelbagai peruntukan rakyat dipotong, gaya hidup yang menggunakan jet peribadi untuk satu perjalanan adalah sangat melampau dan tidak sensitif.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

14 ulasan:

  1. Nak nasihat kena nasihat ikut Islam tak perlu nasihat riuh sana sini, nak nasihat secara berdepan bukan nasihat dikhalayak ramai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Phuiiii.nasihat konon.24jam kutuk2 pan dap tu hapa..ptuihhh

      Padam
    2. Hadi sndiri tak upaya nk nasihat najib secara brdepan..nti tak dapat dedak..

      Padam
    3. Nasihat dlm bilik???silap2 haribulan si hadi hisap kontol najib pulak kat dlm bilik tu.

      Padam
  2. Dia akan ckp bg pas menang dulu. Heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. bertaubatlah atas fitnah kamu.moga allah swt merahmati kamu.amin

      Padam
  3. Sedah la lebai..
    Ckp mung mcm br lps minum ayaq ketum ja

    BalasPadam
  4. Laa.kan pak arab yg bayarkan sewa.......2.6b boleh derma ........setakat sewa jet mewah duit celah kuku pak arab pun x luak

    BalasPadam
  5. Perasuah dedak nasihat perasuah..ulamak plastik..ramai lagi ulamak2 sejati kat luar yg boleh nasihatkan najib jika diminta.

    BalasPadam
  6. Dlm umno bbrp ekor je ulamak yg blh dibeli umno tp skrg umno berjaya membeli semua ulamak2 pas,satu parti kena beli.dasyat najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. bertaubatlah atas fitnah kamu moga allah swt merahmati kamu.amin

      Padam
  7. kenapa rafizi cabar tghh sebab nak sokongan untuk pan menang. cuba dia sebagai ahli parlimen berfikiran matang dasar pas semasa muktardah jelas lagi pun isu ini baru dan dia yang tahu tanggungjawab dia yang membangkitkan perkra ini. tapi saya nak cabar rafizi sebagai ahli parlimen islam untuk sokong ruu 355 bila dibahaskan nanti itu cabarab saya sebagai raktat malaysia yang beragama islam bukan pada rafizi saja tetapi pada semua ahli parlimen yang beragama islam tak kira dari pas bn pkr dap pan dan pada semua ahli perlimen islam sekiranya kami tidak menyokong maka allah swt yang maha betkuasa yang akan menetukan bukan saya bukan tghh dan sesiap tetapu tuhan yang kita sembah. moga allah swt memberi hisayah pada yang non islam agar terima islam sebagai pegangan.amiim

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jwpn nyer senang je.sbb hadi dah jadi barua umno.

      Sekian

      Padam
    2. Tapi Umno masih islam.. jangan jadi barua kafir harbi pulak..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...