Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Jun 15, 2016

PANAS!! : PKR SERU PENGUNDI UNDI PARTI ISLAM (AMANAH)

Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar

Mengundi calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungameneruskan legasi BN iaitu legasi mungkir janji kepada rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PKR berkata, tindakan kerajaan menaikkan kadar tol di lapan lebuhraya mulai Januari lalu adalah bukti BN memungkiri janji kepada rakyat.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini, Nurul Izzah berkata, rakyat terbeban akibat perjanjian yang membolehkan pihak konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sehingga 2038 mulai tahun ini.
Beliau mengulas tema "Meneruskan Legasi BN" yang dibawa oleh calon BN di P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Jelasnya, kerajaan tidak mempunyai kerangka dasar yang jitu dalam mengurangkan beban pengguna jalan raya sebagai pembayar cukai jalan.

"Ini merupakan bukti kerajaan tidak punya kredibiliti moral dan menyebabkan rakyat sekali lagi dimangsakan akibat daripada urus tadbir negara yang tempang," bidasnya dalam kenyataan bersama Pengarah Komunikasi Amanah Pusat, Khalid Samad dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Mengulas lanjut Nurul Izzah berkata, tidak munasabah kerajaan Umno-BN tidak mampu membayar pampasan kepada konsesi tol sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh enam tahun.

Sebaliknya, jelas beliau, kerajaan patut menggunakan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengelak kenaikan kadar tol yang membebankan rakyat sebagai pembayar cukai.
"Di mana duit dan hasil GST? Kerajaan telah mengutip wang rakyat daripada GST sebanyak RM27 bilion pada tahun 2015.

"Kami menegaskan bahawa pihak PKR dan Pakatan Harapan telah mencadangkan mekanisme yang dikenali sebagai 'first right of refusal' dalam menyelesaikan isu kenaikan harga tol," jelasnya.

Tambahnya lagi, pemansuhan kadar tol secara berperingkat sama sekali tidak mustahil kerana Najib Razak sendiri mengumumkan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,090 kilometer dengan kos sebanyak RM16.1 bilion akan bebas tol.


PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon Amanah, Ustaz Azhar Ab Shukur manakala Pas meletakkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!! Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang... Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

dana-100-all

11 ulasan:

  1. UMNO pun parti Islam jugak.

    BalasPadam
  2. Mana wanrosli nih lama senyap je.merajuk ker sbb keris. Kahkahkah

    BalasPadam
  3. islam akan menang dan hukum hudud akan dapat dilaksanakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertanding bukan untuk menang...
      Macamana nak laksana hudud...

      Padam
    2. Bertanding bukan untuk menang...
      Macamana nak laksana hudud...

      Padam
    3. Macaipas sememangnya bodoh. Toksah layan.kahkahkah

      Padam
  4. Menang undi Cina pun nak bangga?.. kuikuikui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestila bangga sbb Islam xmengenal cina melayu india.semua dlm rahmat Allah.bukan mcm pas igt islam tu melayu punya pastu igt pas tu agama pulak, sape keluar pas tu jatuh kapir.kahkahkah.. Ni mst wanrosli anggap hadi tu sbg tuhan ataupun anak tuhan kan kan kan.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...