Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 16, 2016

PANAS BERAPI!! : BERITA BAIK UNTUK PARTI ISLAM (AMANAH) DIPRK KUALA KANGSAR

Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar

Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, kata pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu, Amanah tidak putus-putus mendapat kunjungan dan sokongan daripada pihak-pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga pemilihan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid.

“Pada esok sokongan akan dapat dilihat dengan kehadiran Tun M bersama pasukan Deklarasi Rakyat dan Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia yang akan turun membantu kami di seluruh parlimen Kuala Kangsar kerana mereka telah berjanji memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memberikan kemenangan kepada calon Amanah.

“Ini merupakan satu suntikan kepada kami kerana mereka menyatakan sokongan dan akan menterjemahkan ke dalam bentuk undi,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Menurut Asmuni juga, Amanah akan menguruskan dengan baik sokongan golongan rebel Umno ini agar dapat memenangkan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.
“Selain daripada isu nasional mereka menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap kepimpinan BN dan calon dan juga masalah dalaman di Kuala Kangsar.

“Kita uruskan dengan cara paling baik bantahan akar umbi Umno ini untuk disalurkan ke peti undi Amanah,” katanya yang juga bendahari agung Amanah.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke Kuala Kangsar esok untuk menghadiri forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.


Mahathir Ahad lalu telah menghadiri forum Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!! Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN?? Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang... Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

dana-100-all

5 ulasan:

  1. Parti keris panjang pulak mcmne.ada harapan menang x..hahaha

    BalasPadam
  2. Semua pihak buat kenyataan yg serupa dari dulu2 lagi masa kempen kata sokongan yg berlambak2 bila keputusan kluar hilang deposit...syok sendiri, idea kitar semula aje...semua parti mcm tu. Mcm jugak ahli sukan sblum main kunun dah cukup sedia alih2 bila lwn first round kena belasah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah namanya politik. Kalau x,jgn masuk politik g dok dlm utan main keris pjg.kahkahkah

      Padam
  3. Syukurlah PAS konsisten bersama islam bukan bersama DAP!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah pas bersama umno sedondon baju merah jambu lagi tu dan sama berkeris lagi tu.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...