Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Mac 09, 2016

PANAS!! : TUN MAHATHIR CABAR POLIS DAKWANYA DI MAHKAMAH.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam siri temu bual dengan media asing.

Dalam wawancara bersama The Telegraph, negarawan berusia 90 tahun menceritakan bagaimana polis menghambatnya apabila beliau mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Polis datang ke pejabat saya, tetapi saya enggan jawab soalan-soalan mereka.

"Saya beritahu jika mereka mahu soal saya, mereka perlu lakukannya di mahkamah, di mana semua orang boleh dengar apa yang saya perkatakan dan peguam saya boleh menyoal mereka," katanya dipetik akhbar itu.

Menurut akhbar harian United Kingdom itu, Mahathir tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang jika diheret ke mahkamah.

"Jika saya dipaksa ke mahkamah, saya gembira untuk jawab. Mereka cuba untuk memerintah dengan ugutan, tetapi saya bersedia untuk semua itu," katanya.

Mahathir juga mengulangi dakwaannya terhadap Najib, dengan berkata pelbagai pihak datang meminta bantuannya kerana perdana menteri telah "memusnahkan" Malaysia.

"Kita mempunyai undang-undang untuk menangani rasuah, tetapi perdana menteri kita mencabuli kedaulatan undang-undang. Dia tidak boleh dibenarkan berbuat demikian. Jika kita soalnya, atau buat laporan pada polis, kita pula berakhir dengan tahanan dan dikenakan tindakan.

"Jika dakwaan ini tak benar, mengapa Najib tak saman? Dia nafikannya, tetapi memilih untuk tidak mendakwa. Sebaliknya, peguam negara baru mahu memenjarakan mereka yang mendedahkan maklumat untuk seumur hidup. Begitu cara mereka berurusan dengan semua tuduhan-tuduhan ," katanya.

mk

IKLAN PENAJA

 Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
 air-asia-free-ticket

4 ulasan:

  1. Mahathir pun berani


    HADI Berani ke???berani membodek najib je lah kjenye...

    BalasPadam
  2. Sebenarnya mahathir dgn najib 2 x 5 saja..bezanya najib sedang berkuasa sedangkan tun dah hilang kuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fadzil Noor pernah berkata "semoga mahathir dpjgkan usia melihat kemusnahan yg dilakukan nya" skrg turn mahathir kena balasan

      Padam
  3. Hahahaha. Jgn kutuk hadi,die maksum.nt walakontol2 die marah lalu membaruakn org.kahkahkahkah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...