Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mac 08, 2016

BENAR!!! : PENAT JERIH PENGASAS POLITIK BARU KINI BERPUTIK..JOM BACA!!

Dr Mujahid YusofDr Mujahid Yusof

Menerima kepelbagaian adalah ciri utama politik baharu yang digunakan untuk membina negara bangsa malah kepelbagaian bukanlah satu bala dan dimanipulasi sebagai punca perpecahan, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof.

Malah idea politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 dan ke-13 menerima tentangan sengit BN yang masih berdegil dengan politik ‘old school’ dan tegar dengan politik ‘cash is king’.

"Kami daripada pendukung politik baharu adalah penyeru tegar kepada konsep kesepaduan dan bukan sekadar retorik perpaduan.

"Kesepaduan bermakna kita masih boleh berada dalam kekuatan di sebalik kepelbagaian politik dan ianya diikat oleh kasih kita kepada kepentingan negara terlebih dahulu pada kepentingan parti dan kaum," katanya.

Kesepaduan, ujar beliau tidak mensyaratkan keseragaman (uniformity) sebaliknya didorong perasaan kasih pada negara walaupun berbeza ideologi.

Berbeza pandangan dengan pemerintah, jelas beliau bukan bersamaan dengan tidak suka kepada perpaduan.

"Pakatan Harapan tertegak atas prinsip ini dan mahu membuka lembaran baharu dalam berpolitik melalui formula pendemokrasian berterusan," ujar beliau mengulas Deklarasi Rakyat yang diisytiharkan petang Jumaat lalu.

Rakyat ujar Dr Mujahid menyaksikan deklarasi penting atas nama warganegara peduli merentasi sempadan politik dan ideologi untuk menyelamatkan negara.

"Tidak sukar bagi kami untuk menyertai gerakan ini kerana kami dipandu dengan kejelasan sejak awal bahawa pemimpin rasuah harus dihentikan, reformasi institusi perlu berterusan dan kesedaran rakyat melalui hak bermaklumat dan kebebasan media mesti diagendakan.

"Kami tidak ada masalah jika mana-mana pihak memilih kaedah ini untuk berpolitik dan hari ini harapan kami menjadi kenyataan," katanya.

Menurut beliau, dua asas penting yang dipersetujui dalam Deklarasi Rakyat itu adalah menyingkirkan Perdana Menteri dan mereformasi institusi.

Beliau berbangga melihat sebahagian hasil para pendokong politik baharu mula dapat dilihat.

"Penat jerih pengasas seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Lim Kit Siang dan lain-lain pejuang politik baharu kini sedang berputik.

"Begitu juga nama mereka yang tidak didendang sama ada yang telah meninggalkan kita atau yang menderita kerana politik baharu ini atau dipenjara kerana keazaman yang tidak pernah pudar, kepada mereka inilah kelazatan menikmati hasilnya," ujarnya lagi.

Dr Mujahid juga mengingatkan para pendukung supaya memahami prinsip dan matlamat politik baharu yang bakal mengubah lanskap politik nasional bagi memasuki era baharu yang menjaminkan.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
air-asia-free-ticket

20 ulasan:

  1. Teringat zaman shahrir samad di tahun 80an yg mana ketika beliau x berpuashati dgn Dr Mahathir sbg presiden umno sehingga membawa perletakan jawatan beliau sbg ahli parlimen Johor Bahru lalu mengisytiharkan diri sbg Bebas utk bertanding semula bg menunjukkan beliau berada di pihak yg benar..akhirnya beliau berjaya memenangi semula kerusi tersebut menewaskan calon umno ketika itu.. Kalau ini boleh dipanggil idea politik lama maka ianya adalah sesuatu yg amat hebat..

    Kini kita boleh melihat pula idea politik baru yg cuba dipromosikan oleh Dr Mujahid Rawa spt di atas...
    Caranya ialah bila x berpuashati dgn presiden, lalu teruslah keluar parti dan masuk parti baru.. di mana jgn haraplah nak letak jawatan apatah lagi utk bertanding semula melawan calon parti lama.. yg lebih mengaibkan terus menggantung harap pd sebuah parti sosialis utk memperjuangkan islam ala TGLKS dan TGLGE.

    Jadi di sini sy ingin menyimpulkan betapa haprak dan bengongnya idea politik baru yg cuba dipromosikan sehingga tidak timbul langsung rasa malu atas kebobrokan idea politik baru oleh PAN jika dibandingkan dgn idea politik lama oleh bekas MP johor bahru tersebut..

    INGAT PAN INGAT DAP..



    BalasPadam
    Balasan
    1. Fikiran walakontol algerman... ahli parti orang2 tolol (pas).

      Padam
  2. Walakontol brbunyi lagi...huhuh bodoh pnya knyataan.

    BalasPadam
  3. Ala walaon mane mampu berfikir. Tu pun die kopipes mane ntah.yg die tau tulis ujung tu je "igt pas igt dap"...aku pun heran pasai pa pas kecut sgt dgn dap...kata pas kuat hebat ada sikulutut..

    BalasPadam
  4. Daya fikir yg mengucup.dlu klu letak jawatan dun atau mp, calon tersebut masih blih bertanding semula dlm prk. Kau tau x undang2 skrg x benarkan masuk bertanding semula. Hrp pas nasihat kan umno bn bubarkán semula larangan tu. Penasihat x bolih pakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok mungkin saya terkhilaf di situ.. terima kasih kerana mengingatkan..

      Kalau macam tu idea politik baru adalah keluar parti bersama jawatan mp atau adun lepas tu langgar sumpah baiah dan harta wakaf.. well kemudian hapuskan prinsip lama spt islam misalnya demi mendapat sokongan parti yg menunggangi diri atau parti barunya.. x payahlah promosi lagi idea politik baru kalau macam ni..

      Padam
    2. Laaa...igtkn wanrosli semakin sedar,rupanya nya jadi semakin bodoh Pulak. Tu la.mkn dedak byk sgt

      Padam
  5. Tu je la pusing2 ayat..walakontol2..

    BalasPadam
  6. pan adalah ejen umno tujuan pan bukan untuk rakyat tapi untuk menghancurkan pas sebagai musuh utama umno. umno akan tetap berkuasa kerana pan berhidmat untuk umno. kenapa pan tolak hudud bukan kerana dap tak sokong tapi kerana umno tak mahu. kenapa pan nak bertanding di kelantan pru14 kerana untuk membantu umno tawan kelantan. kenapa pan menuduh pad berug dengan umno kerana itu perancangan umno supaya akarumbi pas lari pada pan. pan bukan nak menang tapi ikut arahan umno. umno tak mahu islam dan dap pun tak mahu islam pan terpaksa ikut walaupun mat sabu dan pemimpin kata pan parti islam. dap dan umno berjuang bersama untuk menyekat gerakan islam pas dan kini dibantu oleh pan. semua pemimpin pan tahu dan kenal tghh dengan baik dan tahu corak perjuangan menegahkan islam tghh tapi kerana umno mereka menghiyanati tghh dan pas. misi pan adalan menyekat gerakan islam yang digerakan oleh pas. antara jarum yahudi untuk memecahbelahkan umat islam adalah menyerang dan memburuk2kan para ulamak pewaris nabi. kaji balik jangan jadi jahil hingga tergadai agama kamu. moga allah melindungi ugama islam aminnnn

    BalasPadam
  7. 1 parti islam ditentang dengan berbagai tipu daya hanya pada allah kami memohon kekuatan dalam perjuangan menegakkan agama islam. aaminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam Pebende nye nk laksana hudud merayu pada umno dulu

      Padam
  8. Aamiin yaa robal'aalamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai..wanrosli jugak yg komen tukar2 nama nmpk mcm ramai.kahkahkahkah

      Padam
  9. Parti islam tpi sekongkol dgn pemerintah yg zalim..boleh jalan daa walakontol..dua org yg sama bgi komen..kahkahkah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kerana mengaku kami di bwh parti islam.. tak pasti plk pd parti yg x de perlemabgaan.. islam ke munafik??.

      Padam
    2. Apalah punya bangang Wan Rosli ni, komennya langsung tidak berisi. PAS memanglah merupakan parti islam tetapi hanya sebelum TGNA meninggal dunia. Selepas TGNA meninggal dunia, PAS hanyalah parti walaunta sahaja tidak lebih dari itu.

      Padam
  10. Alhamdulillah bila 2:15 dah verified yg PAS parti islam..ini sudah cukup memadai... tak mahu yg lain selain dari itu.. tak mahu PAN apatah lagi DAP!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni dinamakan bodoh xblh diajar,bebal xblh ditolong.kahkahkahkah

      Padam
    2. Sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih...

      Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap2 lagi.. ini berkemungkinan besar kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikuti al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu tak membantah kerana dia dah mengaku tidak berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu senantiasa taat kpd TOK2 GURU LGE dan LKS dan dlm masa yg sama; cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Octoberfest..

      Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang kerana memandai je mencabar DAP agar menyaman beliau dlm isu khutbah jumaat. Selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, barulah perlembagaan PAN boleh diendorsekan bila2 masa shj oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP sebelum proses seterusnya iaitu kelulusan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan..

      Sekian adanya..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...