Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, November 04, 2015

PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI BUAT KERAJAAN BN TIDAK SENANG DUDUK..

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Fungsi Perdana Menteri dengan Menteri Kewangan yang kini dipegang Datuk Seri Najib Tun Razak kekal seperti sekarang selagi BN berkuasa.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, usulnya yang dikemukakan melalui emel bagi memohon agar fungsi itu dipisahkan telah ditolak Dewan Rakyat semalam dengan dua alasan.

"Pertama, tidak menepati Peraturan Mesyuarat 27 iaitu perlu dihantar secara bertulis. Saya menghormati kuasa Yang Dipertua yang berhak menafsirkan Peraturan Mesyuarat. Walau selama ini sebarang pemberitahu diuruskan melalui emel dan telah diterima dengan baik.

"Kedua, bertentangan dengan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Alasan ini bermakna Dewan Rakyat tidak akan benarkan apa-apa RUU Persendirian yang cuba memisahkan fungsi ini selagi akta itu tidak dipinda.

"Ini juga bermakna selagi BN berkuasa, sebarang usaha untuk menggubal undang-undang untuk membina tata kekola yang lebih baik dengan memisahkan fungsi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak akan dibenarkan untuk dibawa ke Dewan Rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, beliau akan tetap memfailkan usul sama pada sidang akan datang melalui surat.

"Pendirian ini akan mengurangkan kebebasan Parlimen dan merendahkan kedudukan Parlimen yang sepatutnya setaraf dengan cabang eksekutif kerajaan dari segi bidang kuasanya.

"Oleh itu, saya akan failkan kembali RUU sama secara surat bertulis mengikut Peraturan Mesyuarat 27 dan berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat mempertimbangkannya untuk dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat sidang depan," katanya.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...