SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa 'kagum' dengan keberanian kerajaan Kelantan berhubung langkah negeri itu meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.
Husam yang juga merupakan Adun Salor itu berkata, 'kekaguman' itu bertitik tolak daripada keadaan ekonomi semasa kini.
" Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.
"Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini , kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.
Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji," katanya dalam satu kenyatan medianya hari ini,
Semalam Persidangan Dun Kelantan meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji MB Kelantan naik hingga RM10,000]
Keputusan itu menyaksikan anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Mengulas lanjut Husam berkata apa yang lebih memeranjatkannya adalah tindakan dua Adun BN yang menuntut elaun yang lebih tinggi.
"Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi! Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan 'reverse' memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar. Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timb dan juga MB. Sama-sama naik.
"Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan. Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan terasa hati," katanya.
Katanya, disebabkan kenaikan itu, bagaimana pula dengan nasib mangsa banjir pada Disember tahun lalu.
"Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan). Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?
"Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru? Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.
"Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki," katanya.
Dalam pada itu, katanya laporan bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.
sh
Walaupun saya menyokong kepimpinan PAS kelantan tapi sy juga bersetuju dgn Husam Musa spt di atas..
BalasPadamCuma sy harap kite pun kena paham juga yg selama ini kerajaan negeri memang bergelut dlm memerintah negeri dari segi kewangan yg antara puncanya senantiasa dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan.. dalam rakyat sdg bergelut dgn masalah ekonomi pasti lah ADUN2 ini pun antara tempat rakyat jelata mengadu dan memohon bantuan..
Hai Wan Rosli, anta sudah menunjuk kelaku tidak walak kepada kepimpinan tok guru. Mana boleh sokong Husam separuh sokong Kerajaan Kelantan separuh. Tak takut ke sakaratul maut nanti susah nak mengucap sebab derhaka pada kepimpinan Tok Guru.
PadamAstaghfirullah... kalau macam tu ko tny jugak dato husam.. dia walaq pd siapa.. TGHH atau Mat Sabu?.. budak tadika punya komen la bro...
BalasPadamSifir mudah, akan ada kemasukan wang besar dari Kerajaan BN. Kenapa Pas berkecuali untuk sokongan menolak burget2016? Melihat pada angka peruntukan untuk PMO sebanyak 20B, Pas akan dapat dibeli dengan janji. Jangan suka buang air tempayan, apabila dengar guruh berbunyi, belum tentu hujan kan turun. Kebodohan dan keserakahan pemimpin PAS sekarang amat mirip dengan saudara sebangsa dan seagama dari umno.
BalasPadamAkhir zaman.. kaum perjuang hudud diperlekehkan.. kaum perlekeh hudud diperjuangkan.. keh keh keh..
PadamPAS nak laksana hudud di Kelantan? Laksanakanlah tak ada siapa nak halang... DAP boleh takat bantah je.... tapi bukan dia boleh buat apa2. AMANAH? AMANAH ukkk dak ekkk pun dak dalam bab hudud ni... so PAS sila laksanakan. BN sokong tak?
PadamTapi yang PAS dok sembang pasal hudud ni... nak tanya juga selain RUU yang belum dibentang tu Pak Lebai U-turn Berserban Besau tu.... dah buat iklan untuk jawatan TUKANG SEBAT? Maksud aku tukang sebat dengan rotan tu.... bukan tukang sebat balak.... yang sebat balak tu takyah iklankan berlambak dalam proksi kepimpinan di Kelantan.
Dah buka tender untuk beli alat pemotong tangan? Pemancung? Kalau dak lagi maknanya hangpa PAS sembang je deraih.... LABUN JE BOSA.
PAN pun tolak jika DAP tolak hudud.. itupun dah dpt majoriti beb..
Padam