Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Oktober 31, 2015

PANAS!! : DESTINASI PARTI PAS KELIHATAN KABUR SEKARANG..


Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Pakatan Harapan ibarat bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Tegas timbalan pengerusinya, Salahudin Ayub destinasi Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk mengambil alih Putrajaya melalui barisan pembangkang.

“Matlamat AMANAH jelas, kami bersama-sama rakan kita dalam barisan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya melalui Pakatan Harapan,” tegas bekas naib presiden PAS itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Salahuddin adalah salah seorang pemimpin progresif yang pernah ada dalam PAS sebelum mereka disingkirkan secara pukal dalam muktamar parti itu di Kuala Selangor pada Jun lalu.

Mereka kemudian menyertai Gerakan Harapan Baru sebelum menubuhkan AMANAH yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu mendakwa sebenarnya 'bas' yang dinaiki PAS kini semakin kabur dan tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Mana ada bas ekspres dekat dunia ini bergerak tanpa ada destinasi. Semua ada destinasi.

“Cuma PAS sahaja pada hari ini kelihatan kabur mengenai destinasi dia dan rakyat melihat bas PAS tidak tahu ke mana hendak dituju,” kata Salahudin.

Cadangan DAP gurauan biasa 

Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pakatan Harapan umpama bas ekspres yang tidak ada destinasi.

Abdul Hadi yang dipetik Berita Harian berkata, PAS akan terus menjadi pembangkang yang beradab dan berakhlak berlandaskan Islam.

"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke destinasinya.

"Apabila tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai," kata ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, mengulas dakwaan DAP mungkin bertanding di lapan kawasan PAS di Selangor, Salahudin berkata ia hanyalah gurauan biasa.

Malah, beliau berkata kenyataan tersebut hanyalah tindak balas daripada hasrat PAS mahu meletakkan calonnya di kerusi yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ini kerana Pakatan Harapan setakat ini belum membincangkan isu kerusi yang akan ditandingi mereka.

“Kenyataan DAP itu hanyalah reaksi terhadap tindakan PAS yang nak bertanding di semua kerusi DAP dan saya anggap ia hanyalah gurauan biasa.

“Di peringkat Pakatan Harapan kita masih dalam proses mengukuhkan gabungan pembangkang. Kita pun tak bincang lagi soal kerusi mana yang hendak ditandingi,” tegas Salahudin.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!! : PARTI PAS AKAN BERPUTIH MATA DI SELANGOR....

Tony Pua

SHAH ALAM - DAP mengumumkan parti itu telah bersiap siaga untuk meletakkan calon sekaligus bersedia untuk bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini disandang Pas.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, namun perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat Pakatan Harapan Selangor terlebih dahulu.

“Kita akan buat persediaan untuk bertanding di kawasan-kawasan ini. Sama ada kita akan bertanding di kesemua Dun itu atau beberapa daripadanya akan di bincang dalam mesyuarat.

“Ia bergantung kepada rundingan, namun kami akan lakukan persiapan yang sewajarnya untuk bertanding di lapan kerusi tersebut yang kini dipegang oleh wakil Pas,” ujar Tony, petik Astro Awani.

Terdahulu, Tony Pua berkata, lapan kawasan Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Untuk langkah permulaan, DAP telah pun melantik Naib Pengerusi DAP Bandar Utama,  Edry Faizal Eddy Yusof sebagai penyelaras bagi Dun Taman Templer, untuk menjalankan langkah-langkah persediaan bagi DAP bertanding di situ.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

Jumaat, Oktober 30, 2015

PANAS!! : TELAHAN MENANTU USTAZ HADI TIDAK TEPAT..


Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.

Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.


“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit.

Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.

“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.

“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.

Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.

Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.

“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.

“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!! : PARTI PAS DAH RASA MEREKA DAH TAK KUAT KIKIKIKIKI...

Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan parti itu sedang mencari rakan politik baharu untuk bekerjasama dengan mereka.

Menurutnya, Pas sedang dalam proses rundingan dengan individu ataupun parti politik itu.

"Kita tidak semestinya tidak ada rakan politik, mungkin ada rakan politik baru. Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu,"katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Pas tetap bertegas tidak akan bersama BN dan kekal sebagai pembangkang selain tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Jika BN adalah pembangkang mungkin kami akan bekerjasama.Kami bertegas tidak akan kerjasama dengan BN di PRU akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang. Yakin tidak yakin kalau perlu kita bersendirian kita akan bersendirian, kita pernah bersendirian,"katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bayangan kerjasama pilihan raya BN-Pas]

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti berkenaan sedia untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.

Katanya lagi, kenyataan Abdul Hadi yang akan bekerjasama dengan BN bukan atas dasar perjuangan  politik sebaliknya atas beberapa isu.

" Ia bermakna kita kerjasama, beri pendapat, kami (Pas) tidak pernah mahu sertai BN melainkan BN jadi pembangkang.

"Pas tidak mahu kerjasama politik, bertanding bersama tidak pernah. Kami kerjasama atas isu, apa yang baik untuk rakyat kami akan kerjasama. Itu sahaja,"katanya.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

Khamis, Oktober 29, 2015

YB KHALID SAMAD SEKOLAHKAN SIAPA NI??? JOM BACA..


My Photo

2 Jamaah: Apa Yang Sebenarnya Haram


Dewasa ini ada kedengaran suara sumbang yang menyatakan bahawa kewujudan dua parti politik Islam pada masa yang sama di sesebuah negara adalah haram. Apabila dijelaskan kepada mereka keadaan sebenarnya, iaitu bahawa hukumnya adalah harus, maka dijawab balik ianya harus hanya sekiranya saling membantu dan tidak berbalah satu sama lain.

Sebenarnya itulah hukumnya yang paling tepat. Kewujudan parti Islam lain selain PAS tidak merupakan masalah pada dasarnya. Yang menjadi masalah ialah apabila berlakunya perbalahan dan saling menyerang antara satu sama lain. Dalam erti-kata lain, yang haram adalah perbalahan dan bukan kewujudan lebih dari satu parti Islam.

SIAPA SEBENARNYA YANG MELAKUKAN PERKARA HARAM?

Kalau premis seperti di atas itu dipersetujui, maka apa yang perlu dilakukan adalah usaha untuk mendamaikan antara parti Islam yang wujud ini. Perlu difahamkan kepada semua pihak bahawa mereka semua berhak wujud dan yang wajib ke atas mereka adalah untuk saling membantu dan bukan saling menyerang. Perbezaan pendapat yang wujud adalah berhubung isu sampingan, termasuk persoalan pendekatan dan oleh itu sambil masing-masing ingin terus berpegang kepada pendirian dan pendekatan masing-masing, ianya perlu dilakukan dalam keadaan saling menghormati satu sama lain.

Dalam keadaan itu maka pihak yang ingin mencetuskan perbalahan dengan mendakwa pihak satu lagi adalah haram, pengkhianat dan ‘perlu dimusnahkan’ adalah pihak yang merupakan pencetus masalah. Pihak ini perlu difahamkan bahawa kewujudan pihak lain adalah dibenarkan dan sikap ‘mengharamkan’ dan ingin ‘memusnahkan’ adalah tindakan haram dan terkutuk di sisi syariat.

HAKIKAT PERBEZAAN PANDANGAN

Pendekatan merupakan persoalan ijtihad dan khilaf berhubungnya adalah perkara biasa. Pendekatan mana yang lebih benar, tepat dan berkesan akan hanya terbukti apabila ianya dilaksana dan diamalkan. Kesan dan natijah pendekatan adalah bukti pendekatan mana satu yang lebih baik.

Sebagai satu contoh mudah, kalau ada yang menyatakan sesuatu jalan adalah lebih cepat berbanding jalan satu lagi, maka cara untuk memuktamadkan persoalan mana yang lebih cepat adalah dengan dibenarkan kedua-dua jalan diikuti dan dilihat siapa yang sampai dahulu. Begitu jugalah dalam berbagai persoalan yang merupakan ijtihad dan pendapat.

Termasuk dalam soal ijtihad ini adalah pendekatan yang terbaik untuk mendapat sokongan dari masyarakat Melayu. Bagi mana-mana parti Islam yang ingin bergerak di Malaysia, persoalan sokongan Melayu adalah penting. Dalam pada itu mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mengusahakannya.

PERSOALAN SOKONGAN MASYARAKAT MELAYU

Antara perbezaan sikap pimpinan PAS dan Amanah dewasa ini ialah persoalan samada hubungan dengan DAP akan menyebabkan larinya undi Melayu. PAS beranggapan Melayu akan lari darinya sekiranya PAS bersama dengan DAP. Oleh itu perbalahan dengan DAP perlu diusahakan demi meyakinkan masyarakat Melayu terhadap PAS. Manakala Amanah beranggapan sebaliknya.

Bagi Amanah, masyarakat Melayu, khususnya golongan muda sudah tolak persoalan perkauman. Mereka ingin melihat wujudnya sebuah parti yang mampu menyatu-padukan rakyat keseluruhannya. Oleh itu parti Islam yang mampu berkerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang amat diinginkan.

Dalam soal ini biarlah kedua-dua parti mengamalkan pendekatan masing-masing. Kesan dan natijah pendekatan akan membuktikan ijtihad mana yang lebih tepat dan sesuai dengan waqi’ atau realiti masyarakat.

Pada masa sama, sambil mengamalkan pendekatan masing-masng, hendaklah dielakkan penggadaian prinsip dan pencemaran imej perjuangan Islam oleh kedua-dua parti. Kedua-dua parti perlu kekal dengan pendirian tegas menentang perkauman dan penerimaan setiap aspek ajaran Islam termasuk tuntutan syariat. Penggadaian kesucian mesej Islam, samada melalui laungan semangat perkauman atau pengguguran sebahagian aspek ajaran Islam seperti perlaksanaan syariat, hendaklah ditolak oleh PAS dan juga Amanah.

RUJUKAN AL-QURAN

Dan inilah apa yang dapat dilihat sebagai sebahagian dari pengajaran yang terkandung dalam ayat 9 dan 10 Surah Al-Hujurat yang bermaksud :-

“Dan sekiranya dua kumpulan (Taaifah) orang-orang beriman berbalah, maka damaikanlah mereka. Tetapi sekiranya salah satu dari mereka bertindak zalim terhadap yang satu lagi, maka lawanlah pihak yang yang bertindak zalim sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Dan bila mereka kembali maka damaikanlah mereka secara adil dan saksama. Sesungguhnya Allah kasih pada yang golongan yang bertindak adil dan saksama.”

“Sesungguhnya orang-orang beriman adalah bersaudara maka damaikan dan datangkan kebaikan antara saudara-saudara kamu. Bertaqwalah kepada Allah semoga kamu dirahmatiNya.”

Dari dua ayat ini maka boleh dirumuskan bahawa kewujudan dua kumpulan (Taaifah) jelas sekali tidak dilihat sebagai masalah. Yang menjadi masalah adalah perbalahan. Maka yang menjadi wajib adalah usaha mendamaikan dua kumpulan ini. Sekiranya satu kumpulan tidak mahu berdamai, malahan ingin terus menzalimi kumpulan satu lagi, dengan diserangnya dan diusahakan kemusnahannya, maka yang wajib untuk dilakukan adalah untuk menentang kehendak kumpulan ini. Dan kehendak mereka ini perlu ditentang sehingga mereka kembali kepada perintah atau hukum Allah. Dalam kes ini hukum Allah adalah wujudnya kumpulan satu lagi adalah harus sambil berbalah di antara satu sama lain adalah haram. Dan sekiranya kumpulan yang ingin terus berbalah itu kembali kepada perintah Allah itu, maka hendaklah didamaikan dengan adil dan saksama.

Dilengkapkan perintah ini dengan diingatkan bagaimana orang-orang beriman adalah bersaudara dan perdamaian antara mereka wajib diusahakan sekiranya ingin dirahmati Allah.

KESIMPULAN

Berdasarkan semua yang dikemukakan di atas adalah jelas jalan benar dari jalan yang salah. Semoga kita mempunyai kekuatan keimanan dan akhlak untuk melakukan yang benar dan menjauhkan diri kita dari yang salah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!!! : RAMAI AHLI PAS KEDAH AKAN KELUAR PARTI


Ismail Salleh

ALOR SETAR - Amanah Kedah mendakwa terdapat ramai individu yang dikategorikan sebagai ‘harum manis’ dalam Pas, yang hanya menunggu masa untuk ‘gugur’ atau keluar dari parti itu pada bila-bila masa.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kumpulan itu dilabel sedemikian kerana secara luaran mereka adalah ahli Pas, namun dalaman cenderung kepada Amanah.

“Ibarat buah mempelam harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini. Walaupun masih bergelar ahli Pas, mereka secara senyap menyokong Amanah dan belum bersedia tinggalkan Pas,” katanya.

Menurutnya, antara kekangan yang menghalang ahli Pas meninggalkan parti itu antaranya apabila kenyataan-kenyataan yang dibuat pimpinan tertinggi parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berunsurkan ugutan atau mengelirukan.

“Pas cuba menakut-nakutkan ahlinya dengan ancaman ‘kafir’ jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah. Mereka yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat bagi tempoh tertentu supaya suasana lebih harmoni,” katanya.

Ismail bagaimanapun tidak pasti jumlah sebenar golongan ‘harum manis’ ini, namun mengakui jumlahnya ramai dan wujud di setiap negeri.

“Kumpulan ini akan sertai Amanah dalam masa terdekat, tunggu masa sesuai. Malah sudah ada yang berani sertai program Amanah secara terang-terangan,” katanya.

Menurutnya, individu terbabit terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latarbelakang, termasuk pelbagai peringkat sama ada ahli biasa atau berjawatan dalam parti.

“Golongan muda antara yang paling ramai menunjukkan minat, kemungkinan wakil rakyat pun ada yang tunjuk kecenderungan. Saya juga ada dengar khabar angin terdapat wakil rakyat Pas dari Kedah juga antara ‘harum manis’,” katanya.

Namun beliau enggan mendedahkan senarai nama bayangan itu berikutan ianya belum sahih.

“Selagi belum sah, tak sesuai umum. Tunggu dan lihat sahaja, ini bukan cakap-cakap kosong,” katanya.

Ditanya sama ada wakil rakyat Pas itu akan menggerakkan strategi ‘lompat parti’ yang seringkali menjadi trend setiap kali menjelangnya PRU, Ismail menyifatkan perkara itu bukan mustahil.

“Perubahan yang berlaku di Kedah sangat positif bagi Amanah yang baharu wujud dua bulan lalu. Selain kenamaan atau wakil rakyat, sesiapa sahaja boleh mendekati Amanah,” katanya.

Ismail yakin sekiranya maklumat sebenar berkaitan parti baharu itu diuarkan, lebih ramai akan menyatakan sokongan khususnya golongan muda yang mahukan perubahan.

“Jika ada yang kata, ahli Pas masih setia dan ramai sokong berdasarkan Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, baru-baru ini, ia tidak sesuai dijadikan perbandingan. Ini kerana Amanah baharu bertapak dua bulan,” katanya.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

ANALISIS : UMNO BAKAL TERKUBUR...

Samsu Adabi Mamat
SHAH ALAM - Tindakan untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membawa kepada perpecahan parti itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Muhyiddin mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti.

“Ketua bahagian Umno harus menangani dengan baik sekiranya berhasrat untuk singkirkan Muhyiddin. Ini kerana Muhyiddin bukan sahaja mempunyai pengaruh dalam Umno malah turut membawa sentimen Johor.

“Ini akan menyebabkan perpecahan dalaman yang teruk dalam Umno selain akan merumitkan lagi keadaan Umno yang dilihat semakin parah,” katanya, semalam.

Usaha untuk menyingkirkan Muhyiddin semakin rancak diperkatakan ekoran Timbalan Presiden Umno itu semakin lantang bersuara membidas tindakan Najib.

Terbaru, terdapat khabar angin mengatakan beberapa ketua bahagian Umno sedang melakukan perancangan bagi menyingkirkan Muhyiddin.

Menurut Dr Samsu lagi, adalah lebih baik sebarang usaha untuk singkirkan Muhyiddin tidak dilakukan dan menunggu sehingga pemilihan Umno akan datang.

“Penyingkiran Muhyiddin adalah perkara yang perlu dielakkan. Seeloknya perkara ini diselesaikan secara baik dengan Muhyiddin. Mungkin Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh bersemuka dengan Muhyiddin.

[ARTIKEL BERKAITAN : Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin]

“Saya percaya ahli Umno juga tidak mahu melihat perpecahan yang lebih teruk dalam parti,” katanya.

Namun, beliau berkata, berdasarkan perlembagaan parti, penyingkiran Muhyiddin boleh berlaku sekiranya jawatankuasa tata tertib menerima laporan daripada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian.

“Namun laporan itu perlu berdasarkan kesalahan kukuh yang telah dilakukan Muhyiddin. Mungkin juga sehingga memberikan kesan teruk kepada parti.
“Dan terpulang kepada jawatankuasa untuk menjatuhkan bentuk hukuman,” katanya.

sh

http://iklanviral.blogspot.my/

Rabu, Oktober 28, 2015

PANAS!! : YB KHALD SAMAD TEGUR MUFTI PAHANG..


 My Photo

DAP Menentang Islam?

Khutbah Eidul Adha di Negeri Pahang tahun ini telah menyebut DAP sebagai parti yang jelas menentang Islam. Tetapi malangnya tidak dinyatakan sebab mengapa disebut begitu. Tiada hujah ataupun bukti yang dikemukakan untuk menyokong dakwaan tersebut. Hanya dikeluarkan kenyataan dengan begitu sahaja. Apabila pimpinan DAP Pahang meminta untuk bertemu dengan Mufti Pahang supaya dapat dijelaskan mengapa DAP dianggap sebagai menentang Islam, Mufti menjawab dengan sekadar mengatakan “keluar DAP dulu..”.

TERKEJUT DENGAN TUDUHAN DAN RESPON

Saya sebenarnya terkejut dengan keadaan di mana tuduhan terhadap DAP dimasukkan dalam khutbah Eidul Adha. Ianya jelas merupakan tindakan menyalah-gunakan agama demi kepentingan politik golongan tertentu.

Saya terkejut buat kali kedua apabila mendengar jawapan sebegitu rupa dari Mufti Pahang apabila ditanya oleh pimpinan DAP Pahang. Apakah ini kaedah dakwah dan penjelasan mengenai Islam yang terbaharu? Tidakkah sepatutnya peluang untuk menjelaskan isi kandungan khutbah itu kepada golongan yang terbabit digunakan dengan sebaiknya? Tetapi sebaliknya peluang itu digunakan untuk menempelak golongan yang terbabit dan tanpa disedari, merosakkan imej institusi agama yang sepatutnya dijaga dan dipertahankan.

Saya sebenarnya menunggu untuk pejabat Mufti bertindak secara bertanggung-jawab dan memberikan alasan dan penjelasan mengenai tuduhan mereka itu. Namun hingga hari ini tiada sebarang penjelasan yang diberi dan dengan itu imej institusi Islam terus tercemar.

PENYALAHGUNAAN INSTITUSI AGAMA DAN KHUTBAH

Saya tidak tahu apa matlamat dan agenda sebenarnya di sebalik khutbah yang sebegitu rupa. Tetapi yang jelas ianya telah merosakkan imej institusi agama yang dalam kes ini jelas redha dirinya digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Cukup jelas bahawa khutbah itu mempunyai agenda politik kerana sekiranya tidak, mengapa DAP dijadikan sasaran? Adakah DAP dianggap menentang Islam kerana mereka menolak perlaksanaan Hudud? Sekiranya benar begitu, maka adakah hanya DAP yang menolak perlaksanaan hudud? Mengapa tidak disebut sekali MCA, MIC, Gerakan dan juga UMNO yang turut menolak perlaksanaan hudud?

Kedua, tidakkah sudah dijelaskan bahawa pernolakan oleh DAP adalah atas sebab ianya bercanggah dengan perlembagaan Malaysia sepertimana yang telah diterangkan dan bukan kerana ianya dianggap zalim atau ketinggalan zaman? Maka sekiranya begitu, tidakkah sepatutnya respons yang lebih wajar dan adil dari pihak Mufti adalah mendesak supaya perlembagaan dipinda? Sebaliknya DAP pula dijadikan sasaran sedangkan bukan DAP yang menggubal perlembagaan.

KEDUDUKAN KERAJAAN NEGERI PAHANG

Pada masa yang sama, sekiranya penolakan terhadap hudud adalah ukuran, maka bagaimana pula kedudukan kerajaan Negeri Pahang itu sendiri? Adakah kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan hudud atau paling kurang meluluskan rang undang-undang mengenainya? Dan sekiranya tidak, maka mengapa Mufti Pahang tidak menegur kerajaan Pahang sepertimana yang telah dibuat ke atas DAP?

Ataua adakah mungkin Mufti Pahang terlupa bahawa Pahang sendiri tidak lagi meluluskan rang undang-undang hudud kerana kerajaan Negeri Pahang sendiri tidak pernah mengusulkannya? Atau adakah beliau menganggap bahawa DAP yang memerintah Pahang dan oleh itu DAP yang dipersalahkan dan bukan BN?

ALASAN LAIN

Mungkin ada alasan-alasan lain di sebalik tuduhan tersebut. Adakah mungkin ianya atas sebab agama selain Islam dan kaum?

Adakah DAP dianggap menentang Islam atas alasan murahan seperti kerana ramai ahlinya bukan Islam? Atau berbangsa Cina? Sekiranya itu alasannya, maka mengapa tidak disebutkan sekali parti lain juga?

Dan sudah jelas alasan dan hujjah itu adalah sangat dangkal dan tidak betul. Seseorang yang bukan Islam tidak semestinya dia menentang Islam. Sikap menganggap semua orang bukan Islam sebagai menentang Islam adalah sikap yang sesuai dengan pengikut dan pemimpin IS tetapi jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Dan semestinya tidak wajar dipegang oleh seorang Mufti!

Atau adakah ianya kerana DAP menentang penyelewengan dan rasuah yang berterusan di bawah UMNO? Dan dianggap menentang UMNO itu sebagai menentang Islam? Jika itulah asas dan hujjah yang digunapakai maka semestinya ianya sikap yang tidak layak bagi seorang Mufti.

Atau kerana DAP ingin perjuangkan demokrasi, ketelusan dan pertanggung-jawaban? Tidakkah itu semua prinsip yang selari dengan ajaran Islam? Maka sekiranya begitu, bagaimana DAP boleh dituduh menentang Islam apabila mereka memperjuangkan prinsip yang selari dengan Islam? Tidakkah yang mempertahankan rasuah dan menolak ketelusan serta pertanggung-jawaban dalam pemerintahan lebih layak digelar ‘menentang Islam’?

KENAPA BELA DAP?

Mungkin ada juga yang bertanya mengapa saya membela DAP dalam isu ini dan seolah “menyerang” Mufti Negeri Pahang.

Pertama ianya adalah atas sebab prinsip keadilan. Sebagai seorang beragama Islam, bukan sahaja saya, bahkan semua ummat Islam perlu mempertahankan keadilan. Tuntutan mempertahankan keadilan adalah begitu penting dalam Islam sehingga ianya dituntut walaupun terhadap musuh dan mereka yang tidak disukai. Tindakan memfitnah DAP adalah suatu kezaliman dan demi keadilan, fitnah ini perlu ditentang.

Kedua, ianya penting kerana DAP adalah rakan kami dalam Pakatan Harapan. Sekiranya DAP dilihat sebagai sebuah parti yang menentang Islam, sudah pasti semua akan terpalit atas sebab berkerjasama dengan mereka. Kerjasama dengan DAP dan kewujudan Pakatan Harapan sendiri akan hanya dapat kami pertahankan sekiranya DAP dibersihkan dari tuduhan rambang dan fitnah yang tidak bertanggungjawab ini.

Dan sebenarnya, inilah sebabnya fitnah ini sengaja diadakan, supaya menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan dan AMANAH demi kepentingan politik pihak tertentu. Dalam ertikata lain, DAP difitnah kerana kami dan oleh itu adalah amat wajar agar mereka dibela.

KESIMPULAN

Saya harap pihak pejabat Mufti Pahang akan berani bertanggungjawab untuk menjawab soalan yang timbul berhubung isi kandungan khutbah tersebut. Dengan itu mungkin dapat dikembalikan sedikit maruah kepada institusi agama yang dalam kes ini dilihat oleh ramai sebagai alat politik semata-mata. Biarlah sesuatu ‘fatwa’ itu berasaskan hujah dan dalil yang jelas dan nyata dan bukan demi memenuhi kehendak golongan berkuasa.

Saya harap khutbah dan hari perayaan Islam tidak akan lagi dicemari oleh tindakan politik murahan pada masa-masa akan datang. Biarlah Eidul Adha dan khutbahnya dihormati dan terselamat dari mainan politik dan sebaliknya digunakan untuk membawa manusia untuk mengenali Penciptanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
http://iklanviral.blogspot.my/

POLITIK 90AN DAN SEKARANG BERBEZA - AMANAH NEGARA


Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Kerjasama politik dua pembangkang sejak 1990 antara Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat tidak boleh lagi dijadikan sebagai ‘kayu pengukur’ untuk mewujudkan dua pakatan pembangkang secara serentak pada hari ini.

Demikian kata Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad sambil menegaskan kombinasi dua koalisi itu bukan menjadi perkara utama, sebaliknya ia sekadar untuk mewujudkan persefahaman tertentu khususnya antara Pas dan Amanah.

“Perbandingan kedudukan politik pembangkang hari ini dengan sejarah kerjasama dua koalisi pembangkang pada 1990 secara serentak, adalah menarik tetapi tidak semestinya seluruhnya tepat mahupun sesuai dibuat.

“Selama tujuan dan cita-cita membuat perubahan itu sama-sama didukungi semua parti-parti pembangkang, sama ada kombinasi pendekatan 'koalisi' atau sekadar tahap 'persefahaman', bukan perkara paling utama,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat boleh wujud secara serentak.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keadaan itu pernah wujud suatu ketika dulu apabila Pas bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

“Perkara yang sama boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan PKR, DAP dan PAN serta satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan Pas dan PKR.

“Kami masih bersama. Tanpa kami (Pas) tiada kerajaan (di Selangor) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua exco DAP dan PKR,” Takiyuddin dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly juga berkata, pengwujudan dua koalisi secara serentak itu lebih menjurus ke arah memberi kelebihan dalam pilihan raya untuk mengekalkan sokongan pengundi sedia ada namun ia harus ditangani dengan rasional.

“Perkara terperinci tentang pilihan raya walau sukar macam mana pun ia pastinya boleh diatasi dengan sikap kewajaran, tidak terlalu emosi serta berlandaskan pengetahuan-maklumat kajian,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, formula koalisi itu hanya akan diputuskan bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU14 akan datang.

“Ini pastinya, akan dibuat dalam semangat membuat perancangan untuk memacu cita-cita perubahan yang kini dituntut oleh rakyat merentasi kaum, agama dan budaya, di bandar, pinggir bandar dan luar bandar serta rentas jantina dan umur,” katanya lagi.

KENYATAAN PRESIDEN PAS TAK BETUL - YB KHALID SAMAD


Wakil rakyat Pakatan Harapan hari ini mempertahankan tindakan mereka untuk menaikkan sepanduk 'Mana RM2.6 bilion? di Dewan Rakyat semasa pembentang bajet, Jumaat lalu sebagai tindakan beradab.

Ini kerana mereka tidak membaling kasut dan kerusi, dan juga gas pemedih mata seperti yang berlaku di Parlimen Kosovo, kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata ahli parlimen parti itu tidak menaikkan sepanduk berkenaan kerana mereka membangkang secara ‘beradab’.


Khalid yang juga adalah Ketua Whip AMANAH berkata kenyataan Hadi seolah-olah tindakan mereka adalah tidak bertamadun.

"Kami berpendapat bahawa kenyataan Presiden PAS itu tidak betul. Ini kerana kami tidak membaling kasut dan kerusi. Kami juga tidak melemparkan gas pemedih mata seperti di parlimen Eropah timur.

"Menaikan sepanduk adalah tindakan beradab," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan meneruskan tindakan sedemikian di Dewan Rakyat.

"Kita harap ahli pembangkang lain akan bersama menyertai kita.

"Kita akan teruskan selagi tidak ada tertulis (larangan) dalam Peraturan Mesyuarat Dewan, (selagi) speaker tidak membuat kenyataan," kata Khalid.

Turut hadir bersama pada sidang media itu adalah whip DAP Anthony Loke dan timbalan whip PKR Abdullah Sani Abdul Hamid.

Loke berkata PAS ketika pembentangan bajet tahun lalu, semasa bersama dalam Pakatan Rakyat, berssatu menyokong protes sepanduk anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Kenyataan beliau tidak konsisten. Pada tahun lepas, beliau juga memegang sepanduk membantah pelaksanaan GST.

"Saya harap, Hadi meskipun tidak bersama dengan kami (Pakatan Harapan), tetapi beliau mestilah konsisten dengan pendirian," katanya.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/

Selasa, Oktober 27, 2015

PANAS!! : LAPORAN RASUAH TERHADAP EXCO KERAJAAN PAS KELANTAN..



Kenyataan Media laporan rasuah kait Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan seorang Datuk beralamat di Istana Negara bersangkutan aktiviti pembalakan

Saya mengiringi beberapa teman pengundi Kelantan pagi ini ke sprm untuk menfailkan laporan sprm dan menyerahkan dokumen bukti rasuah terkait exco kerajaan negeri kelantan dan seorang datuk yg menggunakan alamat Istana Negara.

Bayaran rasuah dari seorang tauke cina CEO sebuah sykt balak yg berpengkalan di K.Lumpur.
Dari jam 12tghari td hingga kini Mohd Afiq masih dlm bilik soal siasatan untuk sesi rakaman percakapan aduan SPRM.

Lanjut sila rujuk Kenyataan media.

27 Oktober 2015

Saya Mohd Afiq Bin Ayob, mewakili pengundi muda luar Kelantan hari ini telah memfailkan aduan rasmi berkaitan rasuah bernilai lebih RM5 juta bersangkutan kegiatan pembalakan di negeri Kelantan.

Diyakini SPRM bukan sahaja tidak punya alasan untuk memulakan siasatan tetapi dengan dokumen lebih 50 helaian bukti yang saya serahkan mampu untuk menyelesaikan hampir setengah kes ini.
Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi  melibatkan

· pembayaran wang kepada seorang Exco Kerajaan Negeri
· ‘sumbangan’ kenderaan Toyota fortuner termasuk Salinan perjanjian jualbelinya
· Pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan
· ‘sumbangan’ RM 32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang exco kerajaan negeri
· ‘sumbangan’ ‘tile’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana billnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan
· Pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan Salinan cek disertakan.

· Dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta)
· Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Semua transaksi tersebut dibuat oleh seorang Datuk berbangsa Cina bertindak bagi sebuah syarikat berkaitan perkayuan (balak) yang beralamat di Kuala Lumpur.

Dokumen  bukti yang diserahkan kepada SPRM jelas menyebut beberapa kali nama seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Lebih pelik lagi kegiatan Exco Kerajaan negeri Kelantan yang dimaksudkan turut  melibatkan seorang Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara dan dari carian laman sosialnya ia dikenali cukup rapat dengan pimpinan kerajaan pusat.

Selaku anak muda Kelantan saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional.

Kami memberi masa 30 hari kepada SPRM untuk menyesaikan, jika tidak saya dan teman – teman tidak punya banyak pilihan selain dari mendedahkan semua dokumen dan bukti terbabit kepada rakyat. Kami bersedia mencetak semua bukti tersebut untuk edaran kepada rakyat khususnya seluruh negeri Kelantan. Pelaku yang mengotori Kerajaan Kelantan harus disingkirkan segera.

Dalam pada masa itu kami sedia untuk bertemu YAB Datuk Menteri Besar bagi menjelaskan dan menyerahkan semua dokumen bukti terbabit dengan syarat, exco terbabit perlu digantung khidmat tugas serta merta sepanjang penyiasatan ini dan selepas terbukti bersalah Kerajaan Negeri sendiri harus bertindak ke atas Exco ini selain dari tindakan undang – undang oleh SPRM.

Sekian.

Mohd Afiq Bin Ayob

Sumber : http://chegubard.blogspot.my
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!!! : PARTI PAS KIAN TERDESAK...


Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat boleh wujud bersama-sama, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keadaan itu pernah wujud suatu ketika dulu apabila PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada era 1990-an PAS berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan pada masa sama Semangat 46 bekerjasama dengan DAP, Parti Bersatu Sabah dan Parti Rakyat Malaysia melalui Gagasan Rakyat.


"Ia boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan dan satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan PAS dan PKR.

"Kami masih bersama. Tanpa kami (PAS) tiada kerajaan (di Selangor) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua exco DAP dan PKR," katanya merujuk kepada menteri besar di negeri itu sebelum ini.

Takiyuddin ditemui media di parlimen hari ini.

Katanya, keadaan sama juga dihadapi DAP yang memerlukan PKR sebagai sekutu politik.
"Tengok di Pulau Pinang. Tanpa PKR bolehkah DAP mentadbir negeri?" katanya.

Pakatan Rakyat secara rasmi terkubur apabila DAP dan PAS memutuskan hubungan antara satu sama lain.

Keadaan itu dan konfik dalaman PAS kemudian membentu Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kemudian bergabung dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan.

Pada masa sama PAS masih menganggap kerjasama parti itu dengan PKR membuktikan Pakatan Rakyat masih wujud.

mk


http://iklanviral.blogspot.my/

BERITA PAGI : RAFIZI RAMLI SEKOLAHKAN KETUA UMNO SELANGOR..

Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - "Saya tidak kira amalan angkat  plakad sebagai kebudak-budakan apatah lagi ia amalan biasa di negara yang jauh lebih matang dari Malaysia,” demikian respons Rafizi Ramli (PKR-Pandan) ketika mengulas sindiran Datuk Seri Noh Omar.

"Di negara-negara ini ia menjadi amalan biasa. Bagi saya alasan perkara ini, kebudak-budakan adalah kerana tiada jawapan kepada gimik yang cukup berkesan di mana‎ duit RM 2.6 bilion itu.

“Bagi saya tidak timbul kebudak-budakan yang penting ialah tanggungjawab jaga wang rakyat, itu sahaja," katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Sebelum ini, Noh yang juga Pengerusi Umno Selangor mendakwa, tindakan ahli Parlimen pembangkang menayangkan plakad "Di Mana RM2.6 Bilion" pada pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu seolah-olah membuat ‘pertunjukan sarkas’ dan akan viral di media sosial kononnya memperjuangkan nasib rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Pemimpin pembangkang macam budak-budak']

Rafizi menambah, situasi itu pernah berlaku di Parlimen Eropah termasuk di Britain.

sh

http://iklanviral.blogspot.my/

Isnin, Oktober 26, 2015

PANAS!! : ULAMA PAS BUAT TUDUHAN BERAT KEPADA AMANAH NEGARA


Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR - Pas tidak hairan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) terus ‎ mengangkat nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana parti itu didakwa sudah sedia maklum telah mengikut telunjuk DAP.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At- Takiri berkata, oleh yang demikian Amanah tidak perlu 'malu-malu' untuk menonjolkan pendirian sebenar mereka.

‎"Pertama saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang berkata Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.

Salahuddin berkata, Guan Eng adalah contoh mewakili orang bukan Islam kerana mempunyai integriti.

Susulan daripada itu, Mohd Khairuddin meminta supaya orang Islam berhati-hati dengan permainan politik yang dilihat membelakangkan perjuangan Islam.

"Dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam, barulah kita menolak idea (Baru Bian) sebagai Ketua Menteri (sebelum ini).

"Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan Ketua Menteri yang bukan Islam.

"Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain" jelasnya.

Beliau berkata, Amanah sudah mula akur kelemahan parti itu yang tidak mempunyai jaminan untuk menang di dalam pilihan raya akan datang.

Beliau turut memberitahu pimpinan Amanah bukanlah pilihan yang tepat untuk orang Islam memberi undi kepada mereka.

"Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.

"Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi dengan serpihan Pas ini," katanya lagi.

sh

 
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!!! : AJK PAS PUSAT KENA SEKOLAH...


Tindakan Ahli Parlimen menaikkan sepanduk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan wang ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank perbadinya bukan sekadar bahan lawak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tindakan mereka bangkit adalah bagi menentang rasuah manakala mereka yang mempersendakan aksi itu adalah "lebih teruk daripada kanak-kanak" kerana sebegitu bodoh untuk tidak melihat gambaran yang lebih besar.


"Tingkah laku yang saya tahu lebih buruk daripada kanak-kanak adalah orang dewasa dan intelektual yang mendakwa tingkah laku orang lain seperti kanak-kanak tetapi tidak mengetahui realiti sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kepada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki yang mencemuh ahli parlimen yang menaikkan sepanduk selepas ucapan bajet perdana menteri di Parlimen pada Jumaat lalu, melebihi kanak-kanak.

Beliau juga mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.

Raja Kamarul Bahrin berkata senarai panjang individu terkemuka telah menuntut jawapan berhubung isu ‘derma’ RM2.6 dan 1MDB, tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Malah menurut ahli parlimen AMANAH itu, ada juga mereka yang kehilangan pekerjaan atau menjadi mangsa tahanan berhubung skandal tersebut.

"Tiada apa yang seperti kanak-kanak dalam menagani keseriusan isu 1MDB. Saya harap Zuhdi sedar betapa serius isu ini," katanya.

Sebagai penasihat kanan sebuah parti Islam, Raja Bahrin meminta Zuhdi supaya menasihati Ahli Parlimen PAS untuk bangkit menentang rasuah dan kezaliman seperti ajaran Islam.

Ini adalah lebih penting daripada menasihati rakan-rakannya untuk berkelakuan sopan di Dewan supaya tidak menyinggung perasaan rakan-rakan Umno," katanya secara sinis.

mk
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!!! : UMNO DAN AJK PAS PUSAT SENADA

Di Mana RM2.6 Bilion

KUALA SELANGOR - “Pemimpin pembangkang macam budak-budak," demikian kata Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berikutan tindakan ahli Parlimen pembangkang menayangkan plakad “Di Mana RM2.6 Bilion” pada pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Jumaat lalu.

Beliau berkata, tindakan tersebut menunjukkan ahli parlimen pembangkang seolah-olah tiada idea untuk menarik perhatian rakyat.

"Mereka harap dengan buat ‘pertunjukan sarkas’ seperti itu, ia akan viral di media sosial kononnya memperjuangkan nasib rakyat,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor kepada Kampung Sungai Sembilang, Jeram, di sini.

Noh berkata, cara yang ditunjukkan kesemua ahli parlimen pembangkang itu tidak betul dan hanya menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab mereka.

“Rakyat boleh nilai ahli parlimen pembangkang ini melalui aksi mereka yang memalukan di Dewan Rakyat itu,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim. 

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyarankan Pengerusi JKKKP di negeri ini agar memberi penekanan kepada pembangunan modal insan yang masih belum memenuhi matlamat yang digariskan.

“Kerajaan sudah sediakan banyak kemudahan dan kita mesti gerakkan anak buah supaya merebut setiap peluang yang ada sama ada dari segi pendidikan, keusahawanan dan sebagainya,” katanya.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!! : PKR DAN PAS ADA HUBUNGAN GELAP..

Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas akan memperkasakan PR dengan penyusunan semula kekuatan antara parti itu dengan PKR.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah tersebut akan turut melibatkan beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak‎.

Menurut beliau, keputusan tersebut dipersetujui dalam hasil mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas.

"Kami bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan. PR tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini.

"PR masih lagi wujud dan ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang iri hati lalu menimbulkan spekulasi seperti Langkah Rawang sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, ‎sudah tiba masanya bagi masyarakat Islam untuk melakukan perubahan total dalam negara.

Jelasnya, perubahan‎ tersebut perlu dibuat demi kesejahteraan ekonomi dan masa depan negara.

"Anjakan besar juga dijangka berlaku di kalangan pengundi Melayu apabila kos dan kualiti kehidupan mereka terus dihimpit oleh polisi-polisi dan penyelewengan pentadbiran kerajaan seperti peningkatan kadar GST yang dijangkakan akan berlaku dalam masa setahun dua jika negara terus kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa bergantung kepada GST untuk menampung perbelanjaannya.

Kegagalan dalam mengurus tadbir negara dan kontroversi tidak henti memberi petanda bahawa masa sudah tiba untuk anjakan paradigma politik di kalangan pengundi Melayu dan Bumiputera," katanya lagi.

sh
http://iklanviral.blogspot.my/

Sabtu, Oktober 24, 2015

PANAS!! : 13 CAWANGAN UMNO DESAK NAJIB LETAK JAWATAN.

 

Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presidennya mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.

"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.

"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.

mk

 
http://iklanviral.blogspot.my/

PANAS!! : BANTUAN KERAJAAN RM100 KEPADA PELAJAR DIHAPUSKAN..


Bermula tahun depan, bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid sebelum ini, akan hanya diberi kepada mereka yang ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 petang ini.

Najib juga mengumumkan pelepasan cukai bagi penjaga yang anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 bermula 2016.

mk
 
http://iklanviral.blogspot.my/

Tuduhan Rombongan Parti Amanah menjelajah berkeliling dunia dengan DAP adalah suatu dakwaan yang tidak benar

Keperluan Meningkatkan Amalan Hidup Berakhlak

Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

ustaz abd ghaniMisi gerakan Islam yang paling utama ialah membentuk diri dan umat dengan akhlak yang baik serta memgamalkan budi pekerti yang mulia . Kerana akhlak boleh menjadi punca kebaikan dan perpaduan atau sebaliknya menjadi punca perpecahan. Sebab itu Rasulullah ditugaskan untuk mempamerkan contoh budi pekerti yang tinggi dan mulia untuk seluruh manusia. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (ketika susah dan senang)

Rasulullah bersabda :

ما شيء أثقل من ميزان المؤمن يوم القيامة من خلق حسن وأن الله ليبغض الفاحش البذيء»
Tidak ada yang memberatkan timbangan amal seorang mukmin pada hari kiamat kelak yang lebih berat daripada akhlak yang baik. Allah memang sangat benci kepada orang celupar dan suka bercakap kotor.

Sesungguhnya akhlak adalah penentu jatuh bangunnya sesuatu umat dan peradaban. Sebab itu selain dari iman maka amanah besar yang dipikul oleh umat ialah menghayati akhlak Islam atau al khuluqul Karimah.

Antara akhlak yang berkaitan dengan penyembahan dan ubudiah kepada Allah ialah tidak mendahului Allah dan Rasul dalam membuat ketentuan hukum dan penilaian agama. 

Allah berfirman, Surah Al Hujurat ayat 1:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sesiapapun tidak dibenarkan secara serampangan membuat keputusan hukum dalam sesuatu perkara dengan hanya berpandukan pendapat manusia tanpa berpandu kepada hujah yang terperinci berasaskan ayat quran, hadith dan seterusnya. Hukum sesuatu perkara mestilah selaras dengan konteks dan kedudukannya yang sebenar. Kejujuran dalam mengaplikasikan nas terahadap al Waqi’ yang berkaitan sangat perlu dimiliki oleh seorang yang faqih dan berilmu.

Allah juga mengingatkan dalam Surah Al Nahl ayat 117

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengungkapkan dengan lidah kamu suatu kedustaan : “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.

Rasulullah bersabda :

( مَنْ قَالَ فِي القُرآنِ بِرأيِهِ ، فَلْيَتَبوأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ). 

Siapa menafsirkan Quran menurut pendapat sendiri maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka.

Mengada-adakan dan berdusta di sini bermaksud tidak merujuk sesuatu hukum berlandaskan kriteria pendalilan syara’. Sebaliknya berlandaskan pandangan orang atau nafsu dan kepentingan orang dan kumpulan tertentu. Apa yang menjadi sandaran bukan firman Allah dan Rasul tetapi ialah pandangan dan pendapat si pulan dan sipulan.

Dalam waktu yang sama ayat ayat yang ditujukan kepada orang kafir yang melepaskan diri dari agama Islam tidak boleh digunapakai dalam konteks khilaf sesama orang Islam yang beriman; di samping  pertikaian dalam perkara yang dibenarkan dalam bidang agama. Ayat 159 dalam surah al An’am  umpamanya 

(إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ)

Tidak boleh menjadi dalil untuk persoalan menubuhkan parti politik yang dibenarkan oleh Fiqh Politik Islam Semasa dengan kriteria tertentu. 

Al Qurthubi dalam nenafsirkan ayat ini  menjelaskan :

قوله تعالىٰ: { إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ } قرأه حمزة والكِسائي فارقوا بالألف، وهي قراءة عليّ بن أبي طالب كرم الله وجهه؛ من المفارقة والفراق. على معنى أنهم تركوا دينهم وخرجوا عنه. وكان عليّ يقول: واللَّهِ ما فرّقوه ولكن فارقوه. وقرأ الباقون بالتشديد؛ إلاَّ النَّخَعِيّ فإنه قرأ «فَرَقوا» مُخَفَّفاً؛ أي آمنوا ببعض وكفروا ببعض. والمراد اليهود والنصارى في قول مجاهد وقتادة والسُّدِّي والضّحاك. وقد وصفُوا بالتفرق؛ :

“Dalam Qiraat Hamzah mereka baca dengan tambahan mad “Faaraqu” dan ini juga qiraat Ali Bin Talib yang bermakna memisahkan diri dari agama dengan maksud mereka melepaskan diri dari agama dan keluar dari agama tersebut….”

Menggunapakai ayat berkenaan terhadap isu fiqh ranting seperti yang di lakukan olih pihak tertentu tentang boleh atau tidak mendirikan parti politik sebagai instrumen di negara demokrasi untuk meraih undi dan sokongan rakyat demi menjayakan sesuatu manifesto dan perancangan politik tentulah tidak tepat dan sesuai untuk mengaitkannya dengan penubuhuban parti AMANAH. 

Ini kerana kewujudan Parti Amanah Negara umpamanya bukanlah ajakan memisahkan umat dari agamanya. Bahkan adalah sebaliknya iaitu untuk mengukuhkan usaha memenangkan pakatan harapan yang boleh menjatuhkan kerajaan yang zalim. Berhujah dengan ayat di atas untuk mengharamkan parti berkenaan amat jelas bercanggah dengan akhlak dan ajaran Allah dan Rasul Nya. 

Umat dan ilmuan Islam harus cermat dan berhati-hati dalam membuat pendalilan dan istinbat. Ini adalah juga tuntutan berakhlak dengan akhlak Islam.

Rasulullah bersabda: 

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْراً يَجْعَلْ خُلُقَهُ حسناً

Barangsiapa yang dikehendaki Allah SWT (mendapat) kebaikan, maka akan di berikan akhlak yang mulia.” (HR. Al-Baihaq)

Suatu tanda Allah mahukan kebaikan untuk seseorang ialah Allah beri dia kemulian budi dan akhlak yang santun dan tinggi. Penghayatan akhlak dan adab ini lebih utama dari sekadar berilmu pengetahuan.

Lebih jauh apabila Allah mahukan kebaikan untuk seseorang orang berkenaan dijadikan Allah terus berkhidmat dan bergerak menghimpunkan umat dalam satu kesepakatan yang membantu pencapaian kemenangan  dan kejayaan Islam.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ ” قَالُوا: يَا رَسْوْلُ اللهِ، مَا اسْتَعْمَالُهُ ؟ قَالَ: ” يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

Artinya: “Barangsiapa dihendaki Allah SWT (mendapat) kebaikan, maka ia akan dipergunakan”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulallah! Apa (maksud) dipergunakan?”. Beliau menjawab: “Akan dianugerahkan oleh Allah berupa taufiq  untuk beramal shalih sebelum kematiannya.” (HR. Ahmad).

Mengenai berita yang di laporkan mendakwa bahawa Syaikh Yusuf Al Qaradhawi memberitahu Presiden PAS haramnya penubuhan parti AMANAH setelah wujudnya PAS dan bahawa kononya rombongan Parti Amanah menjelajah berkeliling dunia dengan DAP adalah suatu dakwaan yang tidak benar. 

Pertama, lawatan pemimpin DAP kebeberapa tempat tiada kaitan dengan rombongan Parti AMANAH yang hanya sempat melawat Qatar dan Istanbul. 

Kedua, rombongan Parti Amanah hanya berkesempatan menziarahi SU Agong KUMS iaitu Dr Ali Muhyuddin Qaradaghi di rumah beliau pada petang 12 Oktober 2015 yang lalu. Kami tidak dapat bertemu dengan Syaikh Qaradhawi kerana beliau dilaporkan tidak sihat dan tidak dapat menerima tetamu. 

Dalam pertemuan dengan Syaikh Qaradaghi tersebut; antara yang disebutkan kepada kami ialah Syaikh Yusuf mahu membuat kenyataan tentang situasi di Malaysia tapi telah diminta oleh Syaikh Qaradaghi agar ditangguhkan dahulu kenyataan tersebut sehingga dapat didengari pendapat sebelah pihak lagi dengan sempurna. Pihak rombongan Parti Amanah kemudiannya telah menjelaskan dengan panjang lebar latar belakang serta dalil syara’ dan Qawa’id Syar’iyah mengapa Parti AMANAH diwujudkan. Kami kemudiannya telah meminta beliau menyampaikan hujjah kami itu kepada Syaikh Yusud Al Qaradhawi untuk makluman beliau. 

Dalam hal ini pendapat Syaikh Al Qaradhawi berhubung dengan pembentukan jamaah atau parti amat jelas tersebar melalui kitab tertentu yang beliau tulis serta sesawang fatwa khusus yang memuatkan fatwa beliau berkenaan isu berkenaan. Antaranya terpapar dalam pautan berikut:


Sehubungan dengan ini pada 17/10/15 (hari pertemuan) Dr Mujahid telah dapat mengunjungi Syaikh Yusuf al Qaradhawi. Seperti yang dilaporkan beliau tidak pula menyebutkan tentang haramnya pembentukan Parti Amanah Negara di Malaysia. Sebaliknya beliau bersetuju untuk menjadi pihak yang merapatkan hubungan kedua belah pihak.

Kami juga hairan bagaimana berita pertemuan Dr Mujahid boleh diketahui dan diberitahu pada hari yang sama padahal terdapat jarak masa 5 jam antara Malaysia dengan Qatar. 

Bagaimana hubungan talifon dan penulisan surat dan pemberitahuan hukum boleh berlaku dalam tempoh yang singkat seperti yang didakwa oleh Presiden PAS. Apakah berita terpeinci boleh mendahului peristiwa?

Barangkali wajar juga disiarkan apakah butir tulisan Presiden PAS kepada Syaikh Qaradhawi sehingga keluar hukum haram seperti yang didakwa itu. Ini kerana hukum lumrahnya bergantung kepada diskripsi atau pernyataan soalan yang diajukan.
Satu perkara lagi jika hukum berkenaan telah ditulis oleh Setiausaha Agung beliau (seperti yang disebutkan dalam rakaman ucapan Presiden PAS) maka perlulah disiarkan biji butirnya untuk tatapan umum. Dengan demikian mereka dapat menekuni hujahnya dan membuat pembetulan jika wujud kesilapan dan sebagainya kerana seperti yang lumrah disebutkan

اهل مكة ادرى بشعابها

Penghuni Mekah lebih mengetahui liku serta selok beloknya.

Kembali membincangkan akhlak dengan Allah, Surah Al A’ raf ayat 55-56 menegaskan :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kalian dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (atau cenderung memperbaiki amalannya.)

Ketika berdoa kepada Allah pun ada etika dan sopan santun yang tertib serta wajar diamalkan. Kita tidak boleh meninggikan suara berlebihan kerana Allah bukan Tuhan yang pekak untuk kita berlebihan berteriak memohon harap kepadaNya. Kalau dengan para pembesar dari kalangan manusia pun ada adab dan etika yang perlu dijaga, apatah lagi dengan Allah S.W.T.

Banyakkanlah berbuat baik, serta mengharapkan kebaikan untuk diri sahabat dan orang lain. Jangan banyak mengharapkan kemusnahan kepada makhluk Allah kerana itu membayangkan apa sebenarnya yang banyak terpendam dalam hati dan jiwa kita. Jadilah manusia pemaaf, mudah berkira bicara, pandai menghurmati dan menghargai orang lain, tidak cepat marah dan berusaha menjadi manusia penyabar. Allah berfirman dalam Surah Al Ahqaf 35:

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ

Bersabarlah seperti tabahnya para Rasul “Ulul Azmi” zaman silam . Janganlah engkau bersikap gopoh menghadapi mereka.

Dalam Surah Al Qalam ayat 48 Allah menegaskan :

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُن كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَىٰ وَهُوَ مَكْظُومٌ


Bersabarlah menghadapi ketentuan (qadha qadar serta hukum) tuhanmu. Jangan kamu ikuti telatah (gopoh) Yunus sehingga beliau terdesak berdoa dalam kegelapan (di perut ikan).

Sikap sabar memang merupakan akhlak hamba Allah yang baik. Sebab itu Allah tegaskan arahanNya kepada kita dalam Surah Ali Imran ayat 200

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Unjuran dari kesabaran ialah sifat menguasai emosi kemarahan. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 134 menyanjung orang dapat mengawal dan mengurus kemarahannya :

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Orang yang dapat mengawal perasaan marahnya di samping suka memaafkan orang lain, memang Allah suka kepada orang yang berbuat baik.

Dalam surah Al Nur ayat  22:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌا

Hendaklah mereka bermaafan dan saling bertolak-ansur. Tidakkah kalian suka Allah mengampunkan kamu, memang Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.

Dalam Surah Al Hijr ayat 85:

فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
(Bertolak-ansur) memberi kemaafan dan bersikap santunlah,

 وقال الغزالي رحمه الله-: “وقيل خمس من الأخلاق هي من علامات علماء الآخرة مفهومة من خمس آيات من كتاب الله عز وجل-: الخشية، والخشوع، والتواضع، وحسن الخلق، وإيثار الآخرة على الدنيا وهو الزهد.

Imam Ghazali menjelaskan lima sikap sebagai sifat ulama Akhirat :
takut kepada Allah, khusyu’, tawadhu’, berakhlak dan sopan serta lebih mengutamakan akhirat (berbanding dunia iaitu bersifat zuhud)

Semoga Allah menjadikan kita orang yang berbudi mulia dan bersopan santun sesama kita dan dengan orang ramai.

اللهم اهدنا لاحسن الاخلاق فانه لا يهدي لاحسنها الا انت 
اللهم إني أعوذ بك من منكرات الأخلاق والأعمال والأهواء».
*Penulis adalah Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara

 
http://iklanviral.blogspot.my/

Jumaat, Oktober 23, 2015

PANAS!! : EXCO AGAMA PUN BOLEH BOHONG?

Image result for husam musa

Saya membaca respon Kerajaan Kelantan terhadap isu tunggakan caruman guru-guru YIK, Sinar Harian, beberapa hari lalu.

TMB dilaporkan berkata : 'Memang ada potongan tertunggak tetapi tidak terlalu banyak seperti didakwa....'
Saya mendakwa jumlah tunggakan caruman itu adalah RM 14.6 juta.

Jika angka itu salah, berapa jumlahnya?

Saya mempertahankan ketepatan angka ini - RM 14.6 juta.

Saya juga terbaca isi kandungan ucapan seorang Exco Kelantan di Kota Raja yang menyebut tunggakan ini wujud sejak waktu saya menjadi Exco lagi.

Bagi tujuan kebenaran, saya petik semula data-data dari buku mesyuarat di mana YB TMB sendiri mempengerusikannya pada 12 Oktober 2015 seperti di bawah.

Laporan Tunggakan Potongan Gaji YIK Sehingga 30 September 2015

A) Institusi Kewangan/Bank

1. Biro Angkasa RM 159,873.62
(Tertunggak sejak 8/2015)
2. Bank Islam RM 32,353.41
(Tertunggak sejak 8/2015)
3. Bank Rakyat RM 435,426.62
( Tertunggak sejak 8/15)
4. Public Bank RM 382,134.00
( Tertunggak sejak 7/15)
5. Perumahan Perbendaharaan
RM 1,357,150.40
( Tertunggak Sejak 2014)
6. Tabung Haji
RM 600,956.00
( Tertunggak Sejak Feb 2015)
7. Etiqa Insurance
RM 4,075.08
(Tertunggak Sejak Ogos 2015)
8) Takaful
RM 42, 806.12
( Tertunggak Sejak Ogos 2015)
9) KWAP
RM 3,876,557.75
(Tertunggak sejak Mac 2015)
10) KWSP
RM 166, 273.00
( Tertunggak sejak September 2015)
Jumlah Tunggakan A:
RM 7,077,620.00

B) Koperasi-Koperasi
1) Koperasi Maik
Rm 4,469,588.00
(Tertunggak sejak Jun 2014)
2) Koperasi YIK
RM 2,292,451.70
(Tertunggak sejak Jun 2014)
3) Koperasi Tarbiah Kelantan
Rm 697,908.36
(Tertunggak sejak Jun 2014)
4) Koperasi MGU
Rm 15,021.47
(Tertunggak sejak Mei 2015)
5) Koperasi Pegawai Melayu
Rm 3,805.00
Jumlah Tunggakan B :
RM 7,478,874.53

C) Lain-Lain Potongan
1) Pinjaman Komputer
Rm 624.00
(Tertunggak Sejak Jun 2015)
2) Pinjaman Kenderaan
Rm 22,239.00
(Tertunggak Sejak Mei 2015)
3) Pinjaman YAKIN
Rm 46,200.00
(Tertunggak sejak Mei 2015)
4) JPA
Rm 3,469.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
5) Zakat MAIK
Rm 15,007.11
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
6) Pelbagai Potongan
Rm 6,788.00
(Tertunggak sejak Ogos 2015)
Jumlah Tunggakan C :
RM 67,962.11
Jumlah Besar Tunggakan A+B+C:
RM 14, 650,821.64 (14.650 juta)

Saya berharap Exco yang berucap di Kota Raja sudi menatap angka-angka ini. Supaya tidak dikata orang, bagaimana se orang berpendidikan Islam boleh bercakap bohong?
Membaca angka-angka berkaitan hal ehwal pentadbiran juga satu ibadah. Bercakap benar juga satu ibadah dan amat dituntut oleh Islam.

Janganlah kerana bencikan Husam, maruah sendiri tergadai.

Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah berlarutan.

Permintaan pihak berkaitan untuk menemui pemimpin dan pegawai tinggi di Kota Darulnaim tidak dilayan.
Pelbagai kerumitan pencarum/peminjam makin parah.

Tunggakan makin hari makin besar.

61 orang guru ini telah pun bersara tetapi gagal menikmati kemudahan atas caruman mereka kerana tunggakan itu. (Saya belum menyentuh terhadnya jawatan tetap dan berpencen yang menyebabkan kebajikan guru tidak dapat dipenuhi).

Pada masa sama, Kota Darulnaim ada pula wang untuk 'berjoli'.

Pada hal Islam mengajar, apa yang wajib perlu diutamakan.

Berbalik pada ucapan Exco berkenaan di Kota Raja:

1. Isu Pembalakan Haram di Ulu Sat. Realiti wujudnya pembalakan haram tidak disentuh.
2. Isu KPK. Konsensi diberi kepada syarikat lain di bawah pasaran tidak disentuh. Isu pekerja diberi VSS tidak disentuh. Isu ke mana wang dari kawasan seluas 20,000 ekar tidak disentuh.
3. Lawatan ke Padang. Indonesia. Beliau kena ikut melawat untuk menjimatkan perbelanjaan. Apa pula halnya dengan Speaker ikut sama? Dan tiap YB membawa isteri masing-masing.

Selekeh itu alasannya? Kalau dah rapat, di talipon saja tidak memadai?
Jelaskan dulu tunggakan yang menyebabkan guru dihimpit masalah, termasuk kehilangan dividen dan gagal mengeluarkan simpanan, tentunya dari segi hukum lebih aula dari menghabiskan wang untuk tambang kapal terbang kerana dapat makan nasi free di Padang.

Husam Musa
10 Muharram 1437H/23 Oktober 2015

Nota: Mesyuarat penuh Lembaga Yik pada 22 Oktober 2015 yang dipengerusikan oleh MB sekali lagi menatap angka yang saya petik di atas.

 
http://iklanviral.blogspot.my/