Keperluan Meningkatkan Amalan Hidup Berakhlak
Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Misi gerakan Islam yang paling utama ialah membentuk diri dan umat dengan akhlak yang baik serta memgamalkan budi pekerti yang mulia . Kerana akhlak boleh menjadi punca kebaikan dan perpaduan atau sebaliknya menjadi punca perpecahan. Sebab itu Rasulullah ditugaskan untuk mempamerkan contoh budi pekerti yang tinggi dan mulia untuk seluruh manusia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:
لَّقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو
اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (ketika susah dan senang)
Rasulullah bersabda :
ما شيء أثقل من ميزان المؤمن يوم القيامة من خلق حسن وأن الله ليبغض الفاحش البذيء»
Tidak
ada yang memberatkan timbangan amal seorang mukmin pada hari kiamat
kelak yang lebih berat daripada akhlak yang baik. Allah memang sangat
benci kepada orang celupar dan suka bercakap kotor.
Sesungguhnya akhlak adalah penentu jatuh bangunnya sesuatu umat dan peradaban. Sebab itu selain dari iman maka amanah besar yang dipikul oleh umat ialah menghayati akhlak Islam atau al khuluqul Karimah.
Antara
akhlak yang berkaitan dengan penyembahan dan ubudiah kepada Allah ialah
tidak mendahului Allah dan Rasul dalam membuat ketentuan hukum dan
penilaian agama.
Allah berfirman, Surah Al Hujurat ayat 1:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sesiapapun tidak dibenarkan secara serampangan membuat keputusan hukum dalam sesuatu
perkara dengan hanya berpandukan pendapat manusia tanpa berpandu kepada
hujah yang terperinci berasaskan ayat quran, hadith dan seterusnya.
Hukum sesuatu perkara mestilah selaras dengan konteks dan kedudukannya
yang sebenar. Kejujuran dalam mengaplikasikan nas terahadap al Waqi’
yang berkaitan sangat perlu dimiliki oleh seorang yang faqih dan
berilmu.
Allah juga mengingatkan dalam Surah Al Nahl ayat 117
وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengungkapkan dengan lidah kamu suatu kedustaan : “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.
Mengada-adakan dan berdusta di sini bermaksud tidak merujuk sesuatu hukum berlandaskan kriteria pendalilan syara’. Sebaliknya berlandaskan pandangan orang atau nafsu dan kepentingan orang dan kumpulan tertentu. Apa yang menjadi sandaran bukan firman Allah dan Rasul tetapi ialah pandangan dan pendapat si pulan dan sipulan.
Dalam waktu yang sama ayat ayat yang ditujukan kepada orang kafir yang melepaskan diri dari agama Islam tidak boleh digunapakai dalam konteks khilaf sesama orang Islam yang beriman; di samping pertikaian dalam perkara yang dibenarkan dalam bidang agama. Ayat 159 dalam surah al An’am umpamanya
(إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ)
Tidak boleh menjadi dalil untuk persoalan menubuhkan parti politik yang dibenarkan oleh Fiqh Politik Islam Semasa dengan kriteria tertentu.
Al Qurthubi dalam nenafsirkan ayat ini menjelaskan :

( مَنْ قَالَ فِي القُرآنِ بِرأيِهِ ، فَلْيَتَبوأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ).
Siapa menafsirkan Quran menurut pendapat sendiri maka hendaklah dia menempah tempatnya di neraka.
Mengada-adakan dan berdusta di sini bermaksud tidak merujuk sesuatu hukum berlandaskan kriteria pendalilan syara’. Sebaliknya berlandaskan pandangan orang atau nafsu dan kepentingan orang dan kumpulan tertentu. Apa yang menjadi sandaran bukan firman Allah dan Rasul tetapi ialah pandangan dan pendapat si pulan dan sipulan.
Dalam waktu yang sama ayat ayat yang ditujukan kepada orang kafir yang melepaskan diri dari agama Islam tidak boleh digunapakai dalam konteks khilaf sesama orang Islam yang beriman; di samping pertikaian dalam perkara yang dibenarkan dalam bidang agama. Ayat 159 dalam surah al An’am umpamanya
(إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ)
Tidak boleh menjadi dalil untuk persoalan menubuhkan parti politik yang dibenarkan oleh Fiqh Politik Islam Semasa dengan kriteria tertentu.
Al Qurthubi dalam nenafsirkan ayat ini menjelaskan :
قوله تعالىٰ: { إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ } قرأه حمزة والكِسائي فارقوا بالألف، وهي قراءة عليّ بن أبي طالب كرم الله وجهه؛ من المفارقة والفراق. على معنى أنهم تركوا دينهم وخرجوا عنه. وكان عليّ يقول: واللَّهِ ما فرّقوه ولكن فارقوه. وقرأ الباقون بالتشديد؛ إلاَّ النَّخَعِيّ فإنه قرأ «فَرَقوا» مُخَفَّفاً؛ أي آمنوا ببعض وكفروا ببعض. والمراد اليهود والنصارى في قول مجاهد وقتادة والسُّدِّي والضّحاك. وقد وصفُوا بالتفرق؛ :
“Dalam
Qiraat Hamzah mereka baca dengan tambahan mad “Faaraqu” dan ini juga
qiraat Ali Bin Talib yang bermakna memisahkan diri dari agama dengan
maksud mereka melepaskan diri dari agama dan keluar dari agama
tersebut….”
Ini kerana kewujudan Parti Amanah Negara umpamanya bukanlah ajakan memisahkan umat dari agamanya. Bahkan adalah sebaliknya iaitu untuk mengukuhkan usaha memenangkan pakatan harapan yang boleh menjatuhkan kerajaan yang zalim. Berhujah dengan ayat di atas untuk mengharamkan parti berkenaan amat jelas bercanggah dengan akhlak dan ajaran Allah dan Rasul Nya.
Umat dan ilmuan Islam harus cermat dan berhati-hati dalam membuat pendalilan dan istinbat. Ini adalah juga tuntutan berakhlak dengan akhlak Islam.
Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa yang dikehendaki Allah SWT (mendapat) kebaikan, maka akan di berikan akhlak yang mulia.” (HR. Al-Baihaq)
Suatu
tanda Allah mahukan kebaikan untuk seseorang ialah Allah beri dia
kemulian budi dan akhlak yang santun dan tinggi. Penghayatan akhlak dan
adab ini lebih utama dari sekadar berilmu pengetahuan.
Lebih
jauh apabila Allah mahukan kebaikan untuk seseorang orang berkenaan
dijadikan Allah terus berkhidmat dan bergerak menghimpunkan umat dalam
satu kesepakatan yang membantu pencapaian kemenangan dan kejayaan
Islam.
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ ” قَالُوا: يَا رَسْوْلُ اللهِ، مَا اسْتَعْمَالُهُ ؟ قَالَ: ” يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Barangsiapa dihendaki Allah SWT (mendapat) kebaikan, maka ia akan dipergunakan”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulallah! Apa (maksud) dipergunakan?”. Beliau menjawab: “Akan dianugerahkan oleh Allah berupa taufiq untuk beramal shalih sebelum kematiannya.” (HR. Ahmad).
Mengenai berita yang di laporkan mendakwa bahawa Syaikh Yusuf Al Qaradhawi
memberitahu Presiden PAS haramnya penubuhan parti AMANAH setelah
wujudnya PAS dan bahawa kononya rombongan Parti Amanah menjelajah
berkeliling dunia dengan DAP adalah suatu dakwaan yang tidak benar.
Pertama, lawatan pemimpin DAP kebeberapa tempat tiada kaitan dengan rombongan Parti AMANAH yang hanya sempat melawat Qatar dan Istanbul.
Kedua, rombongan Parti Amanah hanya berkesempatan menziarahi SU Agong KUMS iaitu Dr Ali Muhyuddin Qaradaghi di rumah beliau pada petang 12 Oktober 2015 yang lalu. Kami tidak dapat bertemu dengan Syaikh Qaradhawi kerana beliau dilaporkan tidak sihat dan tidak dapat menerima tetamu.

Dalam
pertemuan dengan Syaikh Qaradaghi tersebut; antara yang disebutkan
kepada kami ialah Syaikh Yusuf mahu membuat kenyataan tentang situasi di
Malaysia tapi telah diminta oleh Syaikh Qaradaghi agar ditangguhkan
dahulu kenyataan tersebut sehingga dapat didengari pendapat sebelah pihak lagi dengan sempurna. Pihak
rombongan Parti Amanah kemudiannya telah menjelaskan dengan panjang
lebar latar belakang serta dalil syara’ dan Qawa’id Syar’iyah mengapa
Parti AMANAH diwujudkan. Kami kemudiannya telah meminta beliau
menyampaikan hujjah kami itu kepada Syaikh Yusud Al Qaradhawi untuk
makluman beliau.
Dalam
hal ini pendapat Syaikh Al Qaradhawi berhubung dengan pembentukan
jamaah atau parti amat jelas tersebar melalui kitab tertentu yang beliau
tulis serta sesawang fatwa khusus yang memuatkan fatwa beliau berkenaan
isu berkenaan. Antaranya terpapar dalam pautan berikut:
Sehubungan dengan ini pada 17/10/15 (hari pertemuan) Dr Mujahid telah dapat mengunjungi Syaikh Yusuf al Qaradhawi. Seperti yang dilaporkan beliau tidak pula menyebutkan tentang haramnya pembentukan Parti Amanah Negara di Malaysia. Sebaliknya beliau bersetuju untuk menjadi pihak yang merapatkan hubungan kedua belah pihak.
Kami
juga hairan bagaimana berita pertemuan Dr Mujahid boleh diketahui dan
diberitahu pada hari yang sama padahal terdapat jarak masa 5 jam antara
Malaysia dengan Qatar.
Bagaimana hubungan talifon dan penulisan surat dan pemberitahuan hukum boleh berlaku dalam tempoh yang singkat seperti yang didakwa oleh Presiden PAS. Apakah berita terpeinci boleh mendahului peristiwa?

Barangkali
wajar juga disiarkan apakah butir tulisan Presiden PAS kepada Syaikh
Qaradhawi sehingga keluar hukum haram seperti yang didakwa itu. Ini
kerana hukum lumrahnya bergantung kepada diskripsi atau pernyataan
soalan yang diajukan.
Satu
perkara lagi jika hukum berkenaan telah ditulis oleh Setiausaha Agung
beliau (seperti yang disebutkan dalam rakaman ucapan Presiden PAS) maka
perlulah disiarkan biji butirnya untuk tatapan umum. Dengan demikian
mereka dapat menekuni hujahnya dan membuat pembetulan jika wujud
kesilapan dan sebagainya kerana seperti yang lumrah disebutkan
اهل مكة ادرى بشعابها
Penghuni Mekah lebih mengetahui liku serta selok beloknya.
Kembali membincangkan akhlak dengan Allah, Surah Al A’ raf ayat 55-56 menegaskan :
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ
Berdoalah kepada Tuhan kalian dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (atau cenderung memperbaiki amalannya.)
Ketika berdoa kepada Allah pun ada etika dan sopan santun yang tertib serta wajar diamalkan. Kita
tidak boleh meninggikan suara berlebihan kerana Allah bukan Tuhan yang
pekak untuk kita berlebihan berteriak memohon harap kepadaNya. Kalau
dengan para pembesar dari kalangan manusia pun ada adab dan etika yang
perlu dijaga, apatah lagi dengan Allah S.W.T.
Banyakkanlah
berbuat baik, serta mengharapkan kebaikan untuk diri sahabat dan orang
lain. Jangan banyak mengharapkan kemusnahan kepada makhluk Allah kerana
itu membayangkan apa sebenarnya yang banyak terpendam dalam hati dan
jiwa kita. Jadilah manusia pemaaf, mudah berkira bicara, pandai
menghurmati dan menghargai orang lain, tidak cepat marah dan berusaha
menjadi manusia penyabar. Allah berfirman dalam Surah Al Ahqaf 35:
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ
Bersabarlah seperti tabahnya para Rasul “Ulul Azmi” zaman silam . Janganlah engkau bersikap gopoh menghadapi mereka.
Dalam Surah Al Qalam ayat 48 Allah menegaskan :
فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُن كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَىٰ وَهُوَ مَكْظُومٌ
Bersabarlah menghadapi ketentuan (qadha qadar serta hukum) tuhanmu. Jangan kamu ikuti telatah (gopoh) Yunus sehingga beliau terdesak berdoa dalam kegelapan (di perut ikan).
Sikap
sabar memang merupakan akhlak hamba Allah yang baik. Sebab itu Allah
tegaskan arahanNya kepada kita dalam Surah Ali Imran ayat 200
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Unjuran dari kesabaran ialah sifat menguasai emosi kemarahan. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 134 menyanjung orang dapat mengawal dan mengurus kemarahannya :
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Orang yang dapat mengawal perasaan marahnya di samping suka memaafkan orang lain, memang Allah suka kepada orang yang berbuat baik.
Dalam surah Al Nur ayat 22:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌا
Hendaklah mereka bermaafan dan saling bertolak-ansur. Tidakkah kalian suka Allah mengampunkan kamu, memang Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.
Hendaklah mereka bermaafan dan saling bertolak-ansur. Tidakkah kalian suka Allah mengampunkan kamu, memang Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.
Dalam Surah Al Hijr ayat 85:
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
(Bertolak-ansur) memberi kemaafan dan bersikap santunlah,
وقال الغزالي –رحمه الله-: “وقيل خمس من الأخلاق هي من علامات علماء الآخرة مفهومة من خمس آيات من كتاب الله –عز وجل-: الخشية، والخشوع، والتواضع، وحسن الخلق، وإيثار الآخرة على الدنيا وهو الزهد.
Imam Ghazali menjelaskan lima sikap sebagai sifat ulama Akhirat :–
takut kepada Allah, khusyu’, tawadhu’, berakhlak dan sopan serta lebih mengutamakan akhirat (berbanding dunia iaitu bersifat zuhud)
Semoga Allah menjadikan kita orang yang berbudi mulia dan bersopan santun sesama kita dan dengan orang ramai.
اللهم اهدنا لاحسن الاخلاق فانه لا يهدي لاحسنها الا انت
اللهم إني أعوذ بك من منكرات الأخلاق والأعمال والأهواء».
*Penulis adalah Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...