Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Oktober 26, 2015

PANAS!! : ULAMA PAS BUAT TUDUHAN BERAT KEPADA AMANAH NEGARA


Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR - Pas tidak hairan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) terus ‎ mengangkat nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana parti itu didakwa sudah sedia maklum telah mengikut telunjuk DAP.

Ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At- Takiri berkata, oleh yang demikian Amanah tidak perlu 'malu-malu' untuk menonjolkan pendirian sebenar mereka.

‎"Pertama saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang berkata Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara.

Salahuddin berkata, Guan Eng adalah contoh mewakili orang bukan Islam kerana mempunyai integriti.

Susulan daripada itu, Mohd Khairuddin meminta supaya orang Islam berhati-hati dengan permainan politik yang dilihat membelakangkan perjuangan Islam.

"Dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam, barulah kita menolak idea (Baru Bian) sebagai Ketua Menteri (sebelum ini).

"Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan Ketua Menteri yang bukan Islam.

"Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain" jelasnya.

Beliau berkata, Amanah sudah mula akur kelemahan parti itu yang tidak mempunyai jaminan untuk menang di dalam pilihan raya akan datang.

Beliau turut memberitahu pimpinan Amanah bukanlah pilihan yang tepat untuk orang Islam memberi undi kepada mereka.

"Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.

"Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi dengan serpihan Pas ini," katanya lagi.

sh

 
http://iklanviral.blogspot.my/

18 ulasan:

  1. Amat setuju dgn kenyataan ustaz di atas..!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana orang macam hanglah Aji Adi dan konco2 bila qada hajat, tak payah cari air untuk bersuci.

      Padam
    2. Fuhhh...cepat jea wan rosli setuju...kihkihkihh..
      Nak tanya sikit...antara kapir yg baik tolong org, tak ponteng kerja, buat kerja dgn bagus berbanding yg mengaku islam tp perangai mcm harammm...mana satu nak pilih ni ooii wan rosli...pening2...

      Padam
    3. Kalau aku terpaksa pilih antara terima assobiyah atau tolak hudud (jika DAP pun tolak hudud), pasti aku pilih terima assobiyah.. !!

      Padam
    4. Wan Rosli ni sorang lagi bongok..barua Gerakan dan MCA.....kerja dok putar belit pasal DAP tolak hudud. Gerakan, MCA tolak hudud dia buat diam je. Terbaru Presiden Gerakan buat statement yang beliau akan halang perlaksanaan hudud PAS walaupun terpaksa kehilangan jawatan menteri.

      Dimana si Wan Rosli barua Gerakan dan MCA ni. Mana ularsemak At takiri, Tontowi, Abduh....hatta Haji Hadi pun senyap macam tikus.

      Hebat sungguh DAP tolak hudud dengan air lior. Pada ularsemak PAS dan barua Gerakan dan MCA seperti Wan Rosli ni, air lior DAP ni punya kuasa macam surat Mahathir kepada TGNA tahun 1993 woneng pasal hudud kot.

      Apa yang tentangan air lior DAP menolak hudud boleh buat untuk halang PAS dari meneruskan usaha hendak melaksanakan hudud? Air lior DAP ada kuasa majoriti dalam parlimen macam BN ke halang sebarang usaha PAS melaksanakan hudud melalui parlimen?

      Air lior DAP ada kuasa lerundangan ke nak halang PAS dari melaksana cita-cita hendak melaksanakan hudud? Kalau air lior mempunyai kuasa yang begitu kuat....Najib dah lama letak jawatan kerana sebahagian besar rakyat malaysia mahu najib meletak jawatan.

      Masuk akal ke DAP tolak hudud dgn air lior boleh menghalang PAS nak buat hudud? Yang menyebabkan RUUP tu masih terkandas xdapat dibentang dalam sidang parlimen disebabkan bantah air lior DAP ke?

      Wan Rosli....pasal apa selepas pemilihan, cerita hudud sudah disenyapkan oleh ulatsemak2 yang dok jaja dengan begitu hebat sebelum pemilihan setelah berjaya menang semua jawatan dan berjaya menghapuskan geng mat sabu?? SEBAB DAP TOLAK HUDUD DENGAN AIR LIOR KE?

      Bodoh punya manusia.....tak pasal2 menipu ahli-ahli akar umbi PAS dengan pembohongan yang xmasuk akal...kalau bukan kerja jahat nak kata kerja apa lagi?

      Padam
    5. ASSALAMUALAIKUM WAN ROSLI

      Assabiyah adalah bertolong-tolongan dalam melindungi dan membela maksiat yang dilakukan oleh kelompok sendiri. Orang Islam yang mengamalkan assabiyah tidak diterima Rasulullah SAW sebagai umatnya.

      Hudud adalah sebahagian kecil dari hukum Islam... wajib kepada orang Islam melaksanakannya jika memiliki kuasa politik dan pemerintahan yang kukuh.

      Wan Rosli sendiri tidak yakin bahawa DAP menentang hudud, statement JIKA ("JIKA" DAP pun tolak hudud) menunjukkan ketidakpastian. Ini menunjukkan Wan Rosli lebih rela dirinya tidak diakui sebagai UMAT NABI SAW, demi ketidakpastian sama ada benar DAP menentang hudud, atau DAP menentang perbuatan melaksanakan undang2 yang sia2. Ini kerana jika hudud diterima parlimen, namun perlaksanaanya akan separuh jalan kerana ada pertindihan kuasa mahkamah jika perkara ini dibawa ke mahkamah sivil.... contoh terbaik adalah kes pondan di seremban di negeri sembilan yang membatalkan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sivil kerana pertindihan klausa yang saling bercanggah... di mana sebarang percanggahan akan dimenangi oleh Perlembagaan Lord Reid.... menunjukkan apa yang DAP buat adalah benar malah sedikit sebanyak mengelakkan hukum Islam dan PAS itu dipandang hina oleh masyarakat kerana perlaksanaan undang2 separuh masak.

      Nasihat saya kepada Wan Rosli, jika kamu berkemampuan nasihatkan pemimpin kamu di dalam PAS, untuk menyelidik kembali keseluruhan undang2 Lord Reid, cari segala bentuk klausa2 yang dapat membatalkan undang2 yang dibawa oleh mahkamah syariah dan mencari penyelesaian atas perkara itu.

      Cuma saya ingin bertanya kepada Wan Rosli, ADAKAH ANDA PASTI BAHAWA RUU YANG CUBA DIBAWA OLEH DSHA DI PARLIMEN ADALAH UNDANG2 HUDUD, atau cuma sebahagian klausa undang2 yang dapat dibatalkan oleh Perlembagaan Lord Reid dengan klausa undang2 yang lain?

      WAN ROSLI.... MINTA BERLAPANG DADA ATAS PERKARA INI. SALAM.

      Padam
    6. org islam. sebab yang ponteng ada kunci syurga. sapa tak wala ke neraka

      Padam
  2. sokong dap lebih baik dari sokong penjajah umno penindas rakyat---cepat cepat masuk umno biag rakyat tahu siapa anda sebenarnya, pengkhianat rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak ranya ni..Siapa perosak bahasa melayu..siapa hilamgkn tanah simpanan melayu,sape hapuskn biasiswa anak melayu..dap ka..??
      Sape melayu Islam yg terang2 tolak hudud..?? Ni PAS x nampak kut, sebab PAS ni bukan perjuangkn ISLAM sgt.PAS dgn UMNO kulit je lain, tapi isinya sama..
      Masaalahnya, Kalau betui PAS perjuangkn ISLAM, akhlak mereka dah pasti dapat menarik org bukan Islam hatta ahli DAP utk masuk atau suka pd ISLAM..seterusnya menyokong hudud..ni mulut pun x dapat nak jaga, ikut sedap mulut je. Islam naik bukan dgn kekerasan..dan maki hamun..

      Padam
  3. Pas dah dpt penyakit umno...dulu umno kalau ada apa2 yg tak kena jea mesti penyebabnya anwar ibrahim...skrg pas pulak...bila ada apa2 jea yg tak kena mesti penyebabnya dap, dap dan dap...itu jealah modal yg dia ada...bila ajak berdebat penakut hampasss...puiii...woiii at takiri jom debat sekali dgn salahudin ayub sekali nak tengok guaner gaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak berdebat dgn geng2 TANPA rasa bersalah LANGGAR sumpah baiah dan LANGGAR harta wakaf malah sanggup TOLAK hudud?.... aku rasa macam buang masa ajer..

      Padam
  4. Sudahlah YB Kuala Nerus jgn senang sangat jatuh hukum ke atas seseorang. Penyakit jatuh hukum ketika era 80an sudah menular balik di zaman ini. Cukuplah biarlah garis pengukur tu Allah SWT yg menentukan...kalau rasa PAS tergugat perbetulkan lah. Bukan ker Islam suruh kita begitu dan jgn kelemahan kepimpinan dlm parti tu menjadi bebanan kpd org yg tidak ada kene mengena dgn Parti YB. Sudah Lah teruskan beristiqamah dgn Parti YB sendiri dan berimunasabah jika ada kelemahan didlm parti YB. Setiap perjuangan Allah SWT akan tengok dimana keikhlasan perjuangan dan bukannya senang2 jatuhkan hukum walaupun YB seorang yg berkelulusan Phd. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  5. Mengapa pahat masih terus berbunyi, bukan kah jenis rumah yang PAS hajat kan sudah pun terbena. Jenis rumah yang PAS idamkan saperti mana yang di ilham kan oleh Mokhtar a/l Sneak tak cukup semporna lagi ke? Bukan kan segala jenis malaun sudah kamu singkirkan dan yang tinggal kesemua nya lebai lebai belaka. Para lebai itu pula dari pelbagai jenis. Yang aula ada lah kepala rumah dengan keegoan nya yang tinggi, suka ponteng sekolah, mencerca orang dan sebagai nya. Selain dari itu ada yang memiliki kuasa siku&lutut, cakar harimau dan entah apa apa lagi.
    Elok lah kamu berhenti "MEROYAN", biarkan lah puak puak yang kamu benci itu melakukan kerja "AMAL" mereka dengan "AMANAH".

    BalasPadam
  6. Setuju sesangat dgn En. Sa'adun.

    BalasPadam
  7. PAS yang semakin bingung dan MERAPU, makin jahanam pemimpin PAS selepas era TGNA

    BalasPadam
  8. di tambah plak mcam org nama mohd rosli... sebab itu PAS skg dah tak serupa dahulu... main jatuh hukum saja... nak tanya pasai hudud... PAS ada usulkan ke utk bentang masa parlimen ni...klu usul pun tak msk... rasa tak yah la nak peningkan kepala kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada kesah2 di zaman Rasulullah SAW, memang terbuktilah wujudnya hukuman hudud di zaman Baginda serta para Khalifah selepas Baginda. Cumanya samada hukuman hudud itu benar2 dilaksanakan, ataupun ditangguhkan jika belum memenuhi syarat2 sah utk dilaksanakan.

      Kesah di atas sebenarnya memang selari dgn kenyataan TGHH sebelum ini bhw perlaksanaan hukuman hudud x boleh dilakukan selagi x cukup syarat (spt yg disebut oleh beliau dlm salah satu video yg pernah menjadi viral).

      Masalahnya di negara kita, jgnkan nak dilaksanakan hudud, undang2 hudud itu sendiripun belum diwujudkan terutama di peringkat persekutuan.
      Spt yg kita sedia maklum di peringkat negeri kelantan dan terengganu, sudahpun termaktub undang2 hudud tersebut. Tapi utk boleh dilaksanakan, perlulah ianya terlebih dahulu selari dgn perlembagaan persekutuan. Utk mencapai matlamat perlaksanaannya, perlembagaan persekutuan perlu diubah melalui undian dua pertiga majoriti atau lebih di parlimen agar selari dgn undang2 jenayah syariah yg telah termaktub di peringkat negeri. Ini ramai yg sudah sedia maklum.

      Bagaimanapun, kita haruslah terima hakikat bhw inilah yg sdg diusahakn oleh PAS skrg iaitu ke arah mewujudkan hukuman hudud sepenuhnya di negeri yg rakyatnya mahukan hudud dilaksanakan terutama di negeri kelantan. Ianya dimulakan dgn penyediaan undang2 hudud secara beransur2 iaitu bermula dgn RUU kecil jenayah syariah di peringkat persekutuan sehinggalah akhirnya (marilah sama2 kita berdoa agar dipermudahkan jua) termaktublah hudud itu menjadi undang2 persekutuan yg sah. Bila dah termaktub nanti, barulah ianya selari dgn peringkat negeri, maka bolehlah pula dilaksanakan di peringkat negeri2 yg mahukan hudud. Di negeri yg x mahu hudud spt di pulau pinang sbg contoh, x perlulah bertindak apa2 selain memerhatikan shj.

      Mengenai perlaksanaan sebenarnya nanti, terpulanglah kpd kebijaksanaan pemerintah negeri samada cukup syarat2nya atau tidak.

      Sbg satu contoh mudah, jika kita nak ke suatu destinasi yg amat jauh, mana mungkin kita boleh sampai ke destinasi berkenaan jika tanpa wujudnya kenderaan. Tapi jika kita sudah ada kenderaan barulah boleh kita pandu ke mana2 shj samada terus ke destinasi atau kita boleh shj berhenti di tgh jalan, malah boleh shj kita berpatah balik.

      Pokoknya, bila kenderaan terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita arah mana pun kita nak tuju.

      Begitu juga spt perkara hudud yg dibincangkan di atas, jika kita nak menjatuhkan hukuman hudud kpd pesalah merompak, zina dan sebagainya, mana mungkin kita boleh laksanakan jika tanpa wujudnya undang2 hudud itu sendiri. Tapi jika kita sudah ada undang2 hudud, barulah boleh kita laksanakan hukuman ataupun sebaliknya bergantung pd syarat2 tertentu samada boleh utk dilaksanakan ataupun sebaliknya.

      Pokoknya, bila undang2 hudud terlebih dahulu sudah wujud, terpulang pada kita cara manapun kita nak laksanakan asalkan segala syarat sudah dipenuhi.

      Sekian.. Wallahua'lam ..

      Padam
    2. Kami dok tunggu bila nak bentang hudud kat Parlimen...dah masuk bertahun ni cik wan rosli....ke nak kaji lagi? ke draf tak siap lagi? ke apa pasal? cuba terang bui suluh sikit...kita tak tentang hudud tp bunyi je nak buat tp xde plak bentang smp sekarang...persoalannya BILA NAK BENTANG?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...