Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, September 12, 2015

TINGGALKAN PAS : INI ALASAN KENAPA MEREKA MENYERTAI PKR..

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

PETALING JAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menafikan tindakannya meninggalkan Pas dan bersama PKR bukan kerana kecewa dengan parti Islam itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa platform baharu itu mampu menjadi ruang untuknya berjuang lebih baik.

"Tidak ada (kecewa). Ramai yang tinggalkan (Pas). Cuma saya fikir, saya boleh 'perform better' di sini (PKR)," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dalam sidang media tersebut, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan dua ahli Pas,Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Muhammad Taib sah menyertai PKR.

[ARTIKEL BERKAITAN: MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR]

Image result for tone excel
 
Mengulas lanjut soal 'penghijrahannya' itu, Muhammad Taib berkata, semua parti pembangkang perlu bekerjasama dan kukuh untuk menentang BN.

"Kita semua kena kerjasama. Macam di Selangor, PKR punya...ramai yang bertanding, jadi PKR kena kukuh. Mengukuhkan PKR maknanya mengukuhkan PR.

"Tapi kita perlu kepada semua...PKR, Pas, Amanah, DAP kerana kita banyak hadapi...diganggu oleh BN. Jadi, kita kena kukuh," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah turut mengumumkan Kamaruddin dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar manakala Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda

sh

6 ulasan:

  1. Apa sudah jadi dgn mike taisen? Jika tujuan hanya sekadar mencari pangkat dan harta sia2 shj lah anda..tiada tempat utk anda dlm pan ka?kehulu ke hilir dgn geng serpihan..ujung2 masuk pkr..mujur x Dap.. Kj jatuh talak 3 dah..punggah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro rambu apa yg kau meroyan ni ? Kau ni macam ularmak Pas juga... Bila dok dlm Pas suruh keluarga. Bila keluarkan meroyan juga. Tak tau la apa yg kau nak rambu ooi.

      Padam
  2. saya SEDIH sebab MP PAS kena curi oleh PKR. Kalau kena curi dgn Amanah kira ok la juga. INI satu penghinaan, satu sindiran kepada PAS. Apa lagi kita blah la dari kerjasama dgn PKR
    MALU LA KITA, MANA MARUAH KITA BILA PKR CURI YB KITA.
    KITA KAN KA KUAT, apa lagi exco kita keluar la dari kerajaan Selangor. Din ayam pun letak la jawatan GLC negeri sebagai bantahan'

    Sambil Aku tersenyum je memerhatikan Kepimpinan Cai

    BalasPadam
  3. Curi MP PAS, Ustad Mokhtar tunggu apa lagi, usulkan putus hubungan dengan PKR. Ini maruah para ulama, mana boleh dibuat macam tu depan hidup kepimpinan baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ust seneak cepat la bawa usul. Tunggu apa lagi bawa jgn tak bawa.

      Padam
  4. Mat Taib kan ahli biasa je ... ribu lagi tunggu kelulusan jadi ahli.. x sempat nak proses .... ramai sangat.
    Lagi pun Mat Taib bukan ada kepakaran apa2 berbanding dengan kepimpinan PAS masakini. Kalau Obama mohon masuk PAS pun tentu dia akan jadi ahli biasa, masih terlalu rendah kepakaran berbanding dengan kepimpinan yang ada.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...