MELAKA - Parti Amanah Negara (PAN) menjangkakan lebih 100,000 orang
termasuk anggota Pas akan menyertai parti itu menjelang hujung tahun
ini.
Presiden PAN Mohamad Sabu berkata sehingga kini PAN menerima sambutan
yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat
umur daripada pelbagai pelbagai parti politik di negara ini.
"Kita telah mengedarkan borang keahlian PAN di seluruh negara dan
menjangkakan bilangannya akan meningkat sehingga akhir tahun ini.
"Pada hari ini PAN telah menerima borang keahlian sebanyak 500 melibatkan penduduk Melaka termasuk anggota Pas.
"Di Johor PAN menerima 5,000 borang keahlian manakala di Kedah sebanyak
2,721 borang keahlian," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Pelancaran PAN Melaka di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PAN Melaka Adly Zahari dan Anggota Dewan Undangan
Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Melaka.
Mohamad Sabu berkata PAN Melaka akan bergerak sebagai sebuah parti
politik bermula hari ini dan terus bekerjasama dengan DAP, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang
menyokong parti itu.
Beliau berkata PAN juga bersedia bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan Pas dalam sesuatu isu sekiranya perlu.
Mengulas tentang anggota Pas iaitu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri
Muhammad Mohd Taib dan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar
memilih untuk yang menyertai PKR, katanya ia tidak memberi kesan kepada
PAN kerana mereka masih anggota Pakatan Rakyat.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...