Perkembangan
mutakhir ini, dengan kemunculan gerakan Harapan Baru (HB) telah
menyebabkan ramai ahli PAS berada dalam keadaan kebingungan. Mereka
tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa PAS yang
selama ini kelihatan kukuh bersatu dan sedang berada dalam kedudukan
yang antara paling berjaya sepanjang sejarahnya, tiba-tiba bagaikan
berpecah dua?
Bagi sebahagian ahli, soalan yang timbul dijawab secara mudah dan dengan kaedah menghukum seperti, “tiadanya keikhlasan”, “proses pembersihan”, “sifat munafik”, “kecewa” dan sebagainya. Namun dijawab pula sebahagian yang lain bahawa, “mereka yang terlibat adalah orang-orang lama, lebih 30 tahun bersama PAS dan telah berkali-kali diuji dan terbukti keikhlasan mereka. Sekiranya sebab-sebab seperti itu adalah puncanya, sudah pasti sudah lama mereka meninggalkan perjuangan ini”. Oleh itu ramai dari kalangan ahli biasa menolak penjelasan yang mudah seperti itu. “Semestinya wujud sebab yang lain”, kata sebahagian mereka lagi.
Maka di atas sebab lain inilah yang cuba saya rungkaikan di sini. Dalam membuat analisa ini, saya terpaksa menjelaskan bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Mungkin bacaan saya tepat, tetapi mungkin juga sebaliknya, namun dalam usaha memahami keadaan yang telah berlaku, penjelasan yang saya kemukakan ini adalah, bagi saya, yang paling munasabah dan rational.
BERMULANYA MASALAH
Masalahnya pada hemat saya bermula selepas sahaja kemenangan tercapai dalam PRU 2008. Boleh dikatakan ianya merupakan ‘ujian kemenangan’ buat PAS. Pada ketika itu, PAS dan PKR berada dalam Barisan Alternatif (BA). Untuk menghadapi PRU 2008, telah diwujudkan persefahaman politik antara BA dan DAP demi mengelak berlakunya pertandingan tiga penjuru apabila berdepan dengan UMNO/BN.
Tanpa dijangka, BA dan DAP telah mencapai keputusan yang begitu baik sehingga memungkinkan pembentukan kerajaan di lima Negeri dan menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen. Oleh kerana ianya tidak dijangka, maka PAS agak bercelaru menanganinya!
Sehari selepas keputusan diumumkan, terdapat pimpinan PAS yang telah mengatur pertemuan dengan pimpinan UMNO. Yang sah dan nyata, cadangan membentuk kerajaan bersama UMNO/BN telah dipertimbangkan untuk Selangor dan Perak. Saya tidak dengar cadangan sama dipertimbangkan untuk Kedah. Mungkin untuk Kedah ianya tidak dianggap perlu atas sebab PAS adalah majoriti. Ianya juga tidak releven untuk Kelantan.
Di Pulau Pinang pula, jumlah kerusi DAP dan PKR mencukupi untuk pembentukan kerajaan. Maka tiada apa yang boleh dilakukan PAS kecuali untuk bersama.
‘KETIDAK SELESAAN’ PIMPINAN UTAMA PAS
Racangan bertemu pimpinan UMNO ini mungkin atas sebab ‘ketidak selesaan’ pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP, melalui pembentukan PR, di Selangor dan Perak. Pada ketika itu, di kedua-dua negeri tersebut, PAS mempunyai kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP. Pada masa yang sama, barisan pembangkang merupakan barisan pembangkang kesemuanya Melayu Islam dari UMNO! Maka adalah dipercayai pimpinan utama PAS merasakan kekeliruan teramat untuk PAS berada di pihak majoriti bukan Melayu Islam berhadapan dengan pembangkang Melayu Islam!
Walaupun usaha rundingan ini telah akhirnya berjaya dipintas, namun sikap ‘tidak selesa’ memerintah bersama PKR dan DAP dalam keadaan PAS tidak ‘dominan’ terus menghantui pimpinan utama di dalam PAS. Hasil dari itu, timbul pemikiran yang mempertikaikan kebijaksanaan pendekatan ‘PR’ kerana ia memungkinkan PAS ‘memerintah bersama’ tetapi dalam keadaan minoriti.
Namun ketidak selesaan ini tidak dikemukakan untuk dibincang tetapi sebaliknya ianya dipendam. Dan dalam setiap ucapan, ungkapan “kukuhkan PR” terus diulangi walaupun hati berkata sebaliknya.
SEPTEMBER 16 DAN KONSEP UG
Di atas kerangka pemikiran dan logik yang sama, maka cadangan September 16 anjuran DSAI ditolak pimpinan utama PAS. ‘Majoriti Islam Melayu’ adalah syarat yang tidak mampu dipenuhi pada ketika itu.
Pada 2009 mungkin hasil ‘ketidak selesaan’ ini juga, maka cadangan ‘Unity Government’ dikemukakan oleh DS Presiden PAS tanpa apa-apa perbincangan di peringkat PAS Pusat mahu pun Majlis Syura. Mungkin UG ini dilihat sebagai satu-satunya cara untuk melepaskan PAS dari dilema bersama PKR dan DAP tanpa ‘dominasi’ PAS. Pada ketika itu kerusi PAS di Parlimen juga adalah yang tersedikit berbanding rakan PR. Melalui UG, paling kurang, majoriti ‘Melayu Islam’ dapat tercapai kalaupun tidak dominasi PAS.
Akan tetapi segala perbincangan berhubung UG ini telah dipatahkan oleh Almarhum TGNA sehingga akhirnya ianya ditarik balik secara rasmi.
Sebuah kerajaan PR dengan PAS atau ‘Melayu Islam’ sebagai minoriti, di Parlimen dan di beberapa Negeri, yang mungkin terbentuk melalui kemenangan PR, tidak boleh diterima oleh pimpinan utama PAS. Akan tetapi, ramai dari pimpinan Pusat tidak melihatnya sebagai satu ‘masalah’ yang mewajibkan PAS mempertimbang kembali keterlibatannya dalam PR! Pada masa sama, ahli biasa semakin teruja dengan terbentuknya PR. Ini terbukti melalui keputusan pemilihan Muktamar PAS pada tahun 2011.
Pada muktamar 2011 saya sendiri telah dipilih sebagai AJK PAS Pusat setelah gagal beberapa kali sebelum itu. Kemenangan saya diyakini atas sebab sikap pro-PR saya yang turut disokong perwakilan pada ketika itu.
MENANGANI ‘MASALAH’ PEMIMPIN DAN AHLI ‘TERLALU’ PRO-PR
Pada ketika inilah, pada hemat saya, ada yang merasai bahawa demi menangani ‘masalah’ ini, maka perlu ditukar saff pimpinan AJK PAS Pusat dengan yang tidak terlalu pro-PR. Pada masa sama, perlu juga ditimbulkan keresahan ahli terhadap keterlibatan PAS dalam PR. Kalau tidak, maka hubungan PAS dan PR akan benar-benar dikukuhkan dan dengan itu dilema pimpinan utama PAS akan berterusan!
Masalah ini ditangani melalui strategi serampang dua mata seperti berikut:-
1. Pimpinan ‘terlalu pro-PR’ perlu dijatuhkan pada pemilihan Muktamar dengan apa cara sekalipun, termasuk pendekatan melabel dan fitnah
2. Hubungan antara PAS dan PR perlu digodak sehingga ahli terpaksa pilih antara PAS atau PR
STRATEGI PERTAMA: MULANYA KEMPEN FITNAH DAN MELABEL
Maka sejak selepas muktamar 2011, usaha dimulakan untuk menyebarkan kebencian terhadap pemimpin tertentu. Istilah ‘parasit’, ‘Anwarinas’ dan ‘Erdogan’ mula dipopularkan dan pemimpin yang disasarkan ini turut dikritik kerana ‘tidak menyokong ide UG yang dikemukakan Presiden. Mereka dituduh menolak konsep UG kerana “mementingkan kepimpinan dan politik DSAI lebih dari politik DS Presiden”.
Pada muktamar PAS 2013, usaha untuk menjatuhkan pimpinan yang terlalu pro-PR telah diusahakan tetapi menemui kegagalan. Kewujudan usaha ini telah didedahkan oleh Dr. Hassan Ali melalui ‘video masyhurnya’ yang dirakam di satu majlis di Melaka pada 2013.
Kegagalan ini menyebabkan berlakunya usaha yang lebih gigih ke arah ‘pembersihan’ saff pimpinan dari anasir yang kononnya “wala’ Pakatan melebihi wala’ kepada PAS”.
i) Strategi Menjatuhkan Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’ Pada Muktamar 2015
Dengan itu strategi yang lebih kemas telah disusun bagi menghadapi Muktamar 2015.
Langkah pertama dilakukan sebaik sahaja selesai muktamar 2013. Pesuruhjaya PAS Negeri yang terlalu kommitted dengan PR ditukar. Antaranya, Dr. Rani, yang di bawah kepimpinannya PAS Selangor telah mencapai prestasi terbaik sepanjang sejarahnya dengan memenangi 15 kerusi DUN. Sambil itu muka baru turut dilantik sebagai PJ Perak walaupun terdapat mereka yang lebih lama dan lebih layak.
Langkah kedua adalah perlaksanaan program dalaman parti yang menjalankan kempen memburuk-burukkan pemimpin pro-PR. Program dalaman seperti Liqa’ Fikri, Liqa’ Siyaasi, Nekad dan sebagainya dianjurkan sepanjang hampir dua tahun dengan tujuan menanamkan kebencian ahli terhadap kelompok pemimpin ini.
Langkah ketiga, mempopularkan individu tertentu melalui program dalaman ini sambil pemimpin yang ingin ditolak terus diasak dan diserang dengan didakwa membawa fikrah menyimpang dari dasar Islam! Tuduhan bahawa kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Presiden mula diwar-warkan melalui program dalaman seperti ini.
Langkah keempat adalah untuk menguasai cawangan dan kawasan tertentu sebelum muktamar 2015 supaya usaha menukar saff pimpinan dapat dijayakan. Ini menjadi lebih mudah dengan kehadiran asatizah muda yang telah diasuh sejak 2009 dengan sikap tertentu. Mereka telah muncul sebagai pimpinan cawangan dan kawasan.
Langkah kelima dan terakhir, menghalang mereka yang ingin dijatuhkan dari bertemu dengan ahli melalui program parti. Program yang ingin diadakan oleh pimpinan ini dituduh “berniat berkempen” dan ditolak oleh pimpinan beberapa negeri tetapi program menjatuhkan mereka terus dianjurkan.
Lima langkah seperti di atas telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ianya tidak mungkin suatu kebetulan.
ii) Aduan Kepada Pimpinan Utama
Apabila diadu persoalan kempen jahat ini kepada DS Presiden semasa mesyuarat AJK PAS Pusat, maka telah sekadar dijawab bahawa fitnah dan dakyah adalah ‘perkara biasa’. Maka disyorkan semua yang difitnah dan diberi gelaran menghina menerimanya sebagai ‘sumber pahala’! Pokoknya, bibit perpecahan disemai dan dibiarkan begitu sahaja.
Terdapat juga pimpinan yang ‘menfatwakan’ bahawa label-melabel adalah ‘Sunnah’! Mereka mengemukakan berbagai hujjah untuk mempertahankan amalan terkutuk ini. Yang paling mengelirukan adalah dakwaan bahawa Abdullah Azam telah berpesan supaya sekiranya ada 10 peluru, maka 9 adalah untuk pengkhianat dan hanya 1 untuk musuh luar! Sedangkan Abdullah Azam menceritakan mengenai perjuangan untuk mencapai kemerdekaan menentang penjajah dan ‘pengkhianat’ yang dimaksudkan adalah orang tempatan yang bersekongkol dengan penjajah! Bukan ahli jemaah sendiri!
Tanpa usaha menghentikannya, media sosial dimanfaatkan untuk memperhebatkan lagi usaha dakyah dan fitnah terhadap pimpinan yang ingin dijatuhkan. Gelaran yang lebih serius diperkenalkan termasuk “Liberal, Sekular, Plural, anti-hudud, anti-ulama” dan sebagainya.
iii) Kemuncak Usaha Penyingkiran Pimpinan ‘Terlalu Pro-PR’
Pada muktamar 2014, istilah ‘barua dan broker’ diperkenalkan oleh DS Presiden sendiri. Melaluinya, pendirian DS Presiden yang jelas ‘berpihak’ semakin terserlah. DS Presiden menggelar saff pimpinan yang sediada pada ketika itu sebagai “pilihan muktamar, bukan pilihan dirinya”.
Menjelang Muktamar 2015, DS Presiden mengeluarkan kenyataan samada “pilih pimpinan pilihan PAS atau pilihan DAP”. Juga disebut “Muktamar sebagai medan membersihkan PAS dari pemimpin Sekular”.
Dengan usaha gigih yang dilakukan serta keterlibatan pimpinan utama sendiri, maka tidak hairan bahawa akhirnya matlamat pertama tercapai dengan cemerlangnya. Pimpinan yang ingin dijatuhkan dapat dijatuhkan secara ‘setandan’.
Bahagian kedua esok saya akan cuba menjelaskan strategi kedua, iaitu menimbulkan keresahan ahli terhadap PR. Ianya telah dilaksanakan dan jelas kelihatan semakin berjaya.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

sy rasa segala perancangan adalah hasil dari tangan2 di luar pas. pas hanya sebagai macai menjalankan apa yang telah dirancang.
BalasPadamcuba tuan perhatikan pemimpin pas sekarang. adakah mereka dilihat cerdik hingga boleh membuat perancangan yang begitu berjaya menghalau pemimpin yang tidak sehaluan?
cuba fikirkan, knp mereka tidak mengkritik kerajaan umno sekarang sepertimana mereka lakukan terhadap puak2 pro dulu? hinggakan hudud pun telah hilang dari media dan ceramah2 mereka...
Hadi itu jenama GAGAL..
BalasPadam#HumbanHadiKeLongkang