KOTA BHARU - Pas Kelantan memberi ‘peluang’ kepada Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.
“Kita tunggulah bulan Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya, kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisanlah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menurutnya, Pas Kelantan menghormati dan bersikap adil dalam melihat perkara tersebut melalui banyak skop memandangkan dalam suasana kini, banyak perkara lain yang mungkin perlu mendapat pertimbangan yang sama.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberitahu, oleh sebab yang munasabah pihaknya masih memberi peluang kepada kerajaan pusat selesaikan dahulu segala keperluan kerajaan sebagaimana yang ternyata iaitu usul persendirian tidak boleh dibahas selagi agenda-agenda kerajaan di bawah peraturan mesyuarat tidak diselesaikan.
“Selepas ini (sesi parlimen bulan Oktober) kita ada sebulan lebih, masa itu panjang dan Insya-ALLAH masa itu kita harap Umno akan menunaikan janji mereka,” katanya.
sh
dia ni tak reti bahawa dia dah kena tipu.. TGNA dah bagi tahu berkali2 tapi telinga org ni tak dak....goodbye PAS selagi ulama jenis ni memimpin....
BalasPadamBODOH YANG MAHA BODOL @ BAHLUL @ HAPRAK...Gila talak dengan BN sanggup cium bontot BN. Realitinya UMNOBN tak akan sokong HUDUD . Satu Malaya tahu...kah kah kah
BalasPadamPeperangan anda dh sampai penghujung..nak perang habis2an camana..jeneral2 perang anda dah nak lari..hanya tinggal tuang guru anda dan pengikut yg cuma bersenjatakan siku dan kepala lutut..hahahaha...
BalasPadamBerhentilah Sdr Nik Amar bercerita. Sesungguhnya orang nak naik muak dan "juak" dgn kamu dan puok2 kamu. Kebangkitan menolak geng2 kamu adalah sama dengan kebangkitan 1978 (apabila Asri ditolak), 1988(apabila Mahathir ditolak), 1998 (Bila Anwar dizalimi) Malulah kepada perjuangan arwah ayah demo tu. Walau pun kamu tak baca, salahkah saya membandingkan perbuatan kamu sama dengan Marcos, Sisi, Assad yang menzalimi rakyatnya atas kepentingan peribadi kamu.
BalasPadam