Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Jun 20, 2015

HOT!! : DAP nafi tuntut MB pecat Exco PAS

 

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menafikan laporan akhbar Sin Chew Daily yang mengatakan pihaknya meminta supaya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memecat exco PAS dan membubarkan DUN negeri itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Pua menganggap laporan akhbar berbahasa Cina itu sebagai "tidak tepat" dan "mengelirukan".

Malah, Pua berkata pembubaran DUN adalah  perkara yang perlu dielakkan dan ia merupakan pilihan terakhir sekiranya kemelut Pakatan masih berlanjutan.

Sehubungan itu, Pua berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai masalah Pakatan untuk dibincangkan bersama Azmin.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi di sini bahawa mesyuarat DAP Selangor mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian untuk dibincang dengan menteri besar. Kami juga mengambil pendirian untuk sedia mendengar cadangan-cadangan beliau," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu.



Sedia kerjasama

Sin Chew Daily pada Khamis lalu melaporkan hasil mesyuarat tergempar DAP Selangor memutuskan supaya mendesak Azmin memecat tiga exco PAS memandangkan Pakatan sudah tidak lagi wujud.

Laporan itu juga menyebut, DAP Selangor membincangkan beberapa penyelesaian, termasuk menarik diri daripada kerajaan negeri dan meminta Azmin membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri diadakan.

Selain itu, Pua berkata, pihaknya juga mengalu-alukan sebuah kerajaan gabungan negeri yang baru memandangkan Pakatan tidak lagi wujud.

Katanya, DAP Selangor juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak yang ingin melaksanakan dasar bersama dan manifesto kerajaan negeri.

"Tanpa wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan sebuah kerajaan gabungan negeri Selangor yang baru. Gabungan ini perlulah berasas secara menyeluruh kepada kerangka dasar bersama dan manifesto kerajaan Selangor yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya lalu.

"Kami mengalu-alukan kerajaan gabungan ini bersama dengan PKR dan mana-mana pihak lain yang sedia bekerjasama politik antara satu sama lain secara rasmi untuk mencapai matlamat tersebut," katanya.

Justeru, Pua berharap supaya pertemuan bersama Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu dapat disegerakan bagi mengelakkan tercetusnya sangkaan buruk di media massa.

Jelasnya, permintaan untuk mengadakan pertemuan itu telah disampaikan kepada Azmin pada Khamis lalu dan pihaknya kini sedang menunggu tarikh untuk mengadakan pertemuan tersebut.

"Perjumpaan antara DAP Selangor dengan menteri besar adalah amat penting dan perlu disegerakan untuk menyelesaikan kemelut politik ini secepat mungkin.

"Selagi mesyuarat ini belum diadakan, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang ingin mencetuskan sangkaan buruk di dalam media massa arus perdana.  Permintaan ini telah disampaikan kepada menteri besar pada hari Khamis yang lalu dan kami kini menunggu penetapan tarikh dan masa daripada pejabat beliau," katanya lagi.

mk

3 ulasan:

  1. Aku mahu keluar dari Parti Akal-akal Sasau.

    BalasPadam
  2. surat khabaq cina pun dah jadi lidah tak bertulang ga ka?saman ja la,macam utz ahmad awang pertimbang akan saman presideng parti tolol malaysia tu!

    BalasPadam
  3. MMEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg berjaya dengan kempen percuma dari TV3 dan Utusan Malaysia.

    Islam itu teguh tapi kepimpinan Pas itu yg tidak teguh dengan amalan fitnah men jebon, tolol dan barua kan orang lain. Tapi duit jawatan masih nak dari kerajaan DAP. Letak jawatan secara sukarela la semua. Tak kan fulus mengatasi rasa cinta pada dewan ulama,
    Telur dan maruah telah lebur dlm pas cai

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...