Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mac 03, 2015

HOT!! : ULAMA UMNO BERFATWA kah kah kah kah kah kah kah....

Tengku Adnan

KUALA LUMPUR - Malaysia berasa dukacita apabila kumpulan‎ IS dikaitkan dengan Islam, agama yang menggalakkan umatnya untuk hidup dalam keadaan aman dan penuh harmoni, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, Islam agama rasmi Malaysia, tidak menggalakkan umatnya melakukan kezaliman, sebaliknya mengajar mereka supaya saling hormat menghormati.

"Kami hidup bersama-sama dengan penuh harmoni di dalam negara yang berbilang kaum ini. Meskipun merupakan sebuah negara majoriti penduduknya beragama Islam dengan Islam sebagai agama rasmi, terdapat kira-kira 40 peratus daripada penduduk di negara ini yang bebas mengamalkan agama lain seperti Buddha, Kristian, Hindu, Tao dan banyak lagi.

"Selain itu, terdapat juga pelbagai kumpulan etnik tetapi kami masih boleh hidup bersama-sama dan membina sebuah negara yang bergerak maju untuk memastikan kejayaan Malaysia dalam setiap aspek," katanya dalam ucapan alu-aluannya pada majlis makan malam Forum Kecemasan Perubatan, Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia ke-9 di sini, semalam.

Majlis makan malam itu dihadiri 82 perwakilan dari 22 negara termasuk Kemboja, Rusia, Filipina dan Indonesia.

Delegasi Malaysia diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Tengku Adnan berharap forum itu akan membawa hasil perbincangan yang bernas dalam memperjuangkan tujuan murni untuk memanfaatkan keamanan dan perpaduan.

"Saya pasti banyak idea yang menarik, pengalaman dan buah fikiran dapat dikongsi sepanjang program tiga hari ini berlangsung," katanya.

Mesyuarat tiga hari bermula semalam itu memberi peluang kepada Malaysia untuk mempelajari cara negara lain mengurus bencana, terutamanya di Filipina, Indonesia, Korea dan Jepun.

Beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil dari negara yang mengalami kemusnahan alam sekitar akibat tsunami, gempa bumi, letusan gunung berapi dan tanah runtuh.

sh

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...